Saturday, April 2, 2016

Cyclone Technology

James Dyson was not happy with his vacuum cleaner. As he was vaccuuming his house, he noticed that the vacuum cleaner would lose power as more dirt and dust was sucked into it. This was because fine dust particles clogged the vacuum cleaner’s dust collecting bag and thus prevented airflow. He took 5 years and 6,000 different designs to perfect his bag-less vacuum cleaner. This new vacuum cleaner used cyclone technology – where centrifugal forces were used to remove dust and dirt effectively from the airflow.

The use of cyclone technology to separate dirt from the air is not new. This technology has been used in sawmills to remove sawdust from the air. It is also used in oil refineries and cement factories. Jamed Dyson managed to reduce the size of the device to generate cyclonic airflow from the size of a house to a small box!

Food for Thought :

Keep looking to nature for solutions. Discussion with other people will also assist you in gaining new ideas to solve problems.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 11

Cermin Kehidupan


Di hadapan cermin waktu
kuraup wajah usia yang berkedut
garis-garis waktu yang kusut
menandah urat rambut kehidupan
yang mula semakin menghilang

Sehelai uban yang tumbuh
dalam rimbunan peribadi
tak mampu disembunyikan lagi
menjalar mencari makna diri
menuju ke ruang hakiki

Semakin lama aku menghitung diri
semakin nurani larut
dalam kolah peribadi
di hadapan cermin kehidupan hakiki.

Baharuddin Sairi
Sungai Nobong Sekinchan
BH,. 28 Feb 2016

Al-’Adl

Asma Ul-Husna 30

Al-’Adl ertinya Allah Maha Adil dan yang Maha Mempunyai Keadilan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran,meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dialah yang sentiasa Mendengar;lagi sentiasa Mengetahui.
(Al-An’aam:115)

Allah Maha Adil

Al-’Adl ertinya pertengahan, jauh dari tindakan penindasan atau berbuat zalim kepada sesiapapun dalam perintah-perintah dan perbuatan-perbuatanNya. Sebaliknya, Dia memberi setiap orang sesuatu yang menjadi haknya; Dia menempatkan segala sesuatu di tempatnya yang benar; tak sesuatu pun yang keluar dariNya selain keadilan. Dia berbuat apapun yang Dia kehendaki sesuai dengan sifat adilNya yang meliputi seluruh makhluk ciptaanNya.

Oleh kerana Allah bersifat Al-’Adl, maka Dia memerintahkan keadilan dan kejujuran dan berfirman dalam ayat berikut yang bermaksud : Dan ketika engkau menetapkan suatu keputusan bagi manusia, hendaknya engkau mengadili dengan adil.
                                                                                                                                          (An-Nisaa: 58)

Banyak hadis yang meriwayatkan bagaimana rasulullah saw menekankan masalah keadilan dan menyoroti kedudukan orang-orang yang bertindak berdasarkan keadilan. Salah satu darinya adalah hadis baginda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi Allah pada hari ketika tidak ada naungan selain naunganNya salah satunya adalah seorang imam yang adil.

Sifat manusia yang ketigapuluh ialah adil

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigapuluh dengan bercermin  pada Asma ul-Husna ialah berlaku adil, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Allah swt menyuruh kita berlaku adil dan berbuat kebajikan kepada orang lain dan memberi kepada kaum kerabat, melarang berbuat keji dan kemungkaran serta permusuhan.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010
ms 71-72

Friday, April 1, 2016

Maulid Daiba’i ....bahagian 20

Apakah agaknya yang dapat diperkatakan lagi buat orang yang telah disifatkan sendiri oleh Al-Quran dan telah diterangkan juga tentang keutamaaannya oleh Taurat, Injil, Zabur dan Furqan.

Allah telah menghimpunkan baginya dua keutamaan melihat dan berkata-kata kepadaNya. Nama Allah digandingkan dengan namanya oleh Allah sendiri jelas menunjukkan ketinggian darjatnya. Allah jadikan cahaya dan rahmat bagi sekalian alam serta dipenuhkannya semua hati dengan kegembiraan disebabkan kelahirannya.

Ya Allah Ya Tuhanku cucurilah rahmat dan kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya.
Aameen.

Ustaz Zulkifli Mat Isa
Maulid berzanji & daiba’i
2008

Chewing Gum

The chewing gum is one of the earliest existing candies in the world. In the early days, people chewed a kind of substance (product) made from tree resin (liquid compound found in plants). They chewed this kind of gum as an after-dinner candy,either to clean their teeth or to freshen their breath.

The invention of the chewing gum began when a Mexican former general, Santa Anna, met with an American, Thomas Adams in Staten Island,New York. Anna introduced chicle (a kind of gum-like substance) to Adams,who tried to make toys,maks and main boots out of the substances,all of which failed.

One day,whilst at his workshop,feeling demotivated and exhausted. Adam decided to give a piece of the substance a taste and liked it. While chewing on the substance, he had an idea of adding flavour to it. Later, he successfully created a locorice-flavoured gum, but the gun could not hold the flavour for long.
 
In 1880,a man named William White tried adding peppermint as flavouring to the gum, and the flavour stayed during the chewing process. Other flavourings such as sugar and corn syrup were eventually added to the gum.

In the early 1950s, sugar-tree gums were introduced. These mint-flavoured and sugariess gums were often suggested for teeth-cleaning or as a means to relieve stress. Today, people of all ages continue to chew these gums.

In time, with improved methods of manufacturing packaging and advertising, modern chewing gums have increased in popularity.
.
Food for Thought :

The journey towards invention requires one to always keep an open mind, to constantly observe, be imaginative and creative, and to explore new innovative ideas.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 7-8

Ketika Dia Memilihmu

Ketika Dia memilihmu
untuk diberikan selaut ujian
selalulah melihat akan
mutiara berkilauan
yang tersembunyi di lantai lautan
diam menanti waktu
untuk menjadi perhiasan bermutu.

Palingkan sebentar pandangan
daripada mereka
yang sedang berlari perlahan
lihatlah pula
mereka yang hanya
punya sebelah kaki
dengan kepayahan mereka
tetap mampu berdiri.

Alihkan matamu
daripada mereka yang tidak
pasti mahu memilih
senarai makanan di kartu hidangan
tetapi jenguklah seketika
mereka yang menghargai sebutir nasi\
hidup gelandangan beratapkan langit
dan bertilamkan bumi.

Ketika Dia memilihmu
Dia sebenarnya
lebih tahu!

Ratna Laila Shahidin
IPGKRM Seremban
BH, 28 Feb 2016

Al-Hakam

Asma Ul-Husna 29

Al-Hakam ertinya Allah Maha menghukum atau yang Menetapkan Hukum-hukum ke atas makhlukNya sebagaimana firmanNya bermaksud:

Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.
(Al-An’aam: 57)

Maha Menghukum dan Maha Menetapkan Hukum

Al-Hakam ataupun al-Hakim mengandungi pengerti yang sama; asal-usul yang pertama bererti semakna dengan man’, larangan , yang darinya suatu kata seperti hakama, suatu bahagian dari pengekang besi yang digunakan untuk mengendalikan kuda.

Al-Hakam ertinya Zat yang kata-kataNya adalah final dalam menentukan kebenaran dan kebatilan, dalam menjelaskan antara tindakan-tindakan kesolehan dan tindakan-tindakan dosa. Dia mengaganjari setiap jiwa menurut apa yang diusahakannya, yang memutuskan di antara hamba-hambanyaNya, sebagaimana dikehendakiNya yang menerangkan antara kelompok yang binasa dan yang beruntung, menyiksa yang pertama dan mengganjar yang kedua. Al-Hakam adalah Maha Pemutus perkara yang terbaik. Hakim yang benar secara mutlak yang keputusanNya tidak seorang pun dapat membalikkannya, atau tak seorang pun yang dapat memupus titahNya.

Al-Hakam adalah Zat yang dalam janjiNya tidak ada keraguan sama sekali, yang perbuatanNya tidak mengandungi kesalahan (kekeliruan) sama sekali. Dia telah memerintahkan bahawa hati-hati harus puas dan redha kepadaNya, bahawa jiwa-jiwa harus tunduk dan taat kepadaNya. Dia memisahkan kebenaran dari kebatilan.

Diriwayatkan, Syuraih bin Hani telah mengatakan bahawa ayahnya Hani bin Yazid mengatakan, Suatu hari aku mengunjungi rasulullah saw dan baginda mendengar ada orang memanggilku Abu al-Hakam. Baginda berkata kepada mereka: Al-Hakam adalah Allah! Mengapa engkau dinamai seperti itu?

Aku berkata kepadanya: Setiap kali kaumku berselisih satu sama lain, aku memutuskan di antara mereka yang dapat memberi kepuasan pada pihak-pihak yang bertikai. Kemudian nabi saw menyoalku apakah aku punya anak. Ya, mereka adalah Syuraih, Abdullah dan Muslim, putera-putera Hani (yakni aku).

Siapakah yang tertua dari mereka? Tanya rasulullah lagi. Aku mengatakan bahawa yang tertua adalah Syuraih. Lalu baginda berkata: Engkau adalah Abu Syuraih. Kemudian baginda berdoa kepada Allah untuk merahmatiku dan anak-anakku.
 
Sifat manusia yang keduapuluh sembilan ialah bijak menghukum

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keduapuluh sembilan dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menghukum dan pandai dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan merujuk kepada hukum Allah swt.

Imam Al-Fudhail mengatakan bahawa Al-Hakam Allah sebaik-baik hukum dan hakim yang paling bijak. Dengan bercermin pada Asma Allah ini dapat membuat kehidupan diliputi oleh keadilan hukum Allah yang selari dan sesuai dengan fitrah kejadian kita.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010

ms 68 - 70