Friday, April 17, 2015

Cermin


Jika cermin tingkap
tidak kaugilapkan sentiasa dit
kau akan sentiasa ditipu
oleh pandanganmu yang silap
mentafsir dunia luar
dengan hakikat samar.

Jika cermin hati
tidak kaucuci
jernihnya pasti pudar
ditindih lebat debu
mengotorkan perlakuanmu
setiap waktu.

Abizai
Miri, Sarawak
Berita Harian
12 April 2015


Doa tatkala mengangkat kitab




Dengan nama Allah, Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah. Maha Tinggi, Maha Agung, Maha Perkasa, Maha Mengetahui segala huruf yang telah tertulis dan yang akan ditulis sepenuh abad dan sepanjang masa. Aameen.

Asy-Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati Yang Lalai
2013

Thursday, April 16, 2015

Nabi Musa as dan sakit gigi

Suatu ketika nabi Musa as mengalami sakit gigi. Nabi Musa as mengadu kepada Allah swt. Allah swt turunkan wahyu agar baginda mengunyah sejenis daun. Sakit gigi nabi Musa as pun sembuh. Beberapa ketika kemudian sakit gigi baginda berulang lagi. Kali ini nabi Musa as terus pergi mengambil daun yang sama lalu mengunyahnya. Tetapi kali ini sakit giginya tidak sembuh. Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt mengapa tidak sembuh setelah mengunyah daun yang sama.

Allah swt mewahyukan kepada nabi Musa as iaitu ketika kali pertama mengalami sakit gigi nabi Musa as telah mengadu kepada Allah swt. Tetapi sakit gigi kali kedua itu nabi Musa as teeus mengunyah daun tersebut tanpa mengadu lagi kepada Allah swt.

Wallahu a’lam.

Shuib Sulaiman
Prestasi umat cemerlang, 2012

Ayah

Matlamat : Ayah mesra anak-anak

v  Mengetahui & melaksanakan peranan, hak & tanggungjawab sebagai ibu & bapa ke atas mereka yang berhak
v  Menjadi model ikutan kepada anak-anak
v  Sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak di dunia & di akhirat
v  Memberi & mempamerkan kasih sayang dalam keluarga
v  Memberikan kasih sayang pada anak-anak secara adil
v  Memastikan anak-anak mendapat pendidikan fardhu ain yang sempurna
v  Mengenali rakan-rakan pergaulan anak-anak
v  Memantau kegiatan & aktiviti anak-anak
v  Tidak bertengkar & bertelingkah dengan pasangan di hadapan anak-anak
v  Mengambil berat tentang calon pasangan hidup anak-anak
v  Sentiasa berhubung & memantau kehidupan anak-anak walaupun setelah berumahtangga
v  Mengetahui perkembangan semasa seperti ICT
v  Memainkan peranan yang seimbang di antara kerjaya, keluarga & masyarakat
v  Menggalakkan anak-anak mengembangkan potensi & bakat masing-masing
v  Mendidik & menghukum anak-anak tanpa mendera
v  Mengasingkan tempat tidur anak-anak lelaki & perempuan sebelum mereka baligh
v  Memastikan keseluruhan kehidupan berkeluarga mematuhi syariat

Wallahu a’lam

Panduan keluarga Mawaddah Negeri Kelantan
Urusetia PWKK&KR
Kerajaan Negeri Kelantan, 2014

Menyejuk matahari

Bagaimana hendak kumenyejukkan
bahang matahari yang keras
menikam keeping belulang jasad
saat meniti di atas ubun-ubun
dengan pijarnya picing mata
lalu mengintai daerah bayang
untuk perlindungan
yang bernama diri
mari kita basuh dengan air iman
berbekalkan tawakal
pasrah kepadaNya
agar cengkaman panas ini
dapat menyejuk seketika
sang matahari
kerana ini baru cuaca dunia
dan akan lebih hebat di sana
takah suhu kepanasan
yang tiada tolok bandingan
hanya putih doa kudus
dapat menyejuk matahari
yang membahang di dalam diri
melantun di muka bumi ini.

Ria Asmira
Johor Bahru
Berita Harian
12 April 2015

Selawat memudahkan rezeki

Ya Allah semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan atas penghulu kami nabi Muhammad dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami. Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan.Aameen.

Fathullah Yasin
Doa & zikir penawar tekanan segera

Saturday, April 4, 2015

Mati membawa iman

Ada 4 golongan di akhirat kelak

1) Bighairil hisab
Golongan yang masuk ke syurga tanpa hisab
a) Para rasul dan nabi
b) Sebahagian sahabat
c) Syuhada
d) Wali besar
e) Orang yang terlalu sabar
f) Orang yang terlalu miskin yang sangat redha
g) Orang yang hatinya menafikan alam dan merasakan yang wujud hanyalah Allah swt

2) Ashabul yamnin
Golongan yang sehari semalam 18 jam dalam kebaikan. Hanya 6 jam dalam perkara yang harus atau sekali sekala terjatuh kepada dosa kecil yang terlalu sedikit dan segera minta ampun. Mereka ini dijamin tidak akan jatuh ke neraka namun lambat ke syurga kerana perlu dihisab terlebih dahulu.

3) Ashabussyimal
Golongan yang mati  membawa iman namun timbangan jahatnya lebih berat berbanding baik. Akan masuk ke neraka menurut banyak dan besarnya dosa-dosa yang dilakukan terlebih dahulu sebelum ke syurga.

4) Ashabul a’raf
Golongan yang timbangan baik dan jahatnya sama banyak. Mereka ini paling akhir masuk ke syurga setelah semua ahli syurga memasuki syurga. Mereka masuk syurga kerana mendapat syafaat daripada ahli syurga.

Wallahu a’lam.

Shuib Sulaiman
Prestasi umat cemerlang, 2012