Saturday, September 13, 2014

Rezeki

Pelajaran ke-27

a) Telah diriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda: Percukupkanlah dirimu dengan kekayaan Allah. Tanya para sahabat: Apa itu? Ya rasulullah! Ialah nafkah satu hari satu malam, jawab rasulullah.

b) Bersabda rasulullah saw: Barangsiapa meminta-minta padahal ia memiliki limapuluh derham atau emas seharga itu, maka ia telah meminta-minta secara paksa.

Perbedaan riwayat tentang batas-batas keadaan di mana minta-minta dibolehkan atau diharamkan disebabkan kerana keadaan yang berbeda-beda. Maka apa yang dibutuhkan oleh pengemis seketika dari pakaian dan tempat berteduh serta makanan untuk sehari semalamnya tidak ada syak dan perbedaan dalam hal itu. Akan tetapi minta-minta untuk hari kemudian adalah berbeda-beda hukumnya, yang terperinci ada tiga. Pertama, apa yang dibutuhkan untuk hari esok. Kedua, yang dibutuhkan sesudah empatpuluh atau limapuluh dari dan ketiga yang dibutuhkan sesudah setahun kemudian. Dalam keadaan terakhir ini jelas diharamkan minta-minta, kerana itu bererti ingin menumpuk kekayaan sedang ia ada kemungkinan tidak akan hidup sampai besuk, jadi ia minta-minta apa  yang tidak dibutuhkan sesudah mendapat apa yang cukup buat makan untuk hari dan malamnya.

Barangsiapa tidak berdaya mencari nafkhah dan dikuatiri mati kelaparan, ia diharuskan minta-minta kerana minta-minta dengan keadaan itu adalah juga suatu cara pencarian, sebagaimana sabda rasulullah : Minta-minta itu adalah cara pencarian nafkhah yang terakhir.

Dalam hal orang membiarkan dirinya mati kelaparan tanpa berusaha minta-minta sekadar menyambung hidupnya adalah dosa dan bererti membunuh diri. Dan tidak hinalah orang yang minta-minta dalam keadaan seperti di atas. Tetapi hinalah orang, meminta-minta padahal ia sudah memiliki nafkhah sehari semalamnya, kerana telah merendahkan dirinya tanpa sebab yang memaksa ( Majalisur – rumi dengan ringkas).

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977

Isu Ketua Jabatan dalam Tatatertib 2

a) Ketua Jabatan tidak menunjukkan komitmen
Terdapat Ketua Jabatan yang melaporkan pelanggaran tatatertib pegawai bawahan tetapi enggan mengemukakan ulasan, syor dan perakuan. Salah satu perkara penting yang diambil kira oleh mana-mana Lembaga Tatatertib yang akan bersidang adalah ulasan oleh Ketua Jabatan kerana ulasan berkenaan akan bertindak sebagai check and balance kepada representasi yang akan dikemukakan oleh pegawai yang sedang diambil tindakan tatatertib.

b) Ketua Jabatan mempunyai konflik terhadap pegawai yang dilaporkan
Kadang-kala terdapat Ketua Jabatan yang mempunyai konflik peribadi dengan pegawai yang melakukan pelanggaran tatatertib yang dilaporkan. Di dalam kes ini, adalah penting bagi Ketua Jabatan memastikan konflik berkenaan tidak menganggu kebolehannya untuk membuat keputusan secara objektif malah perlu kelihatan objektif di dalam membuat laporan berkenaan. Sekiranya perlu, Ketua Jabatan boleh mendapatkan bantuan daripada pegawai atasannya bagi membuat laporan di atas alasan ingin memastikan prinsip keadilan di dalam kes tatatertib dipatuhi.

c) Kurang pendedahan kepada prosedur tatatertib dan peraturan
Terdapat Ketua Jabatan yang menyerahkan tanggungjawab pelaporan pelanggaran tatatertib sepenuhnya kepada pegawai bawahan kerana kurang mahir terhadap prosedur dan peraturan tatatertib. Walaupun penyediaan pelaporan tersebut diserahkan kepada pegawai bawahan, Ketua Jabatan masih lagi perlu bertanggungjawab terhadap pelaporan berkenaan. Ketua Jabatan boleh merujuk kepada urusetia Tatatertib di JPN sekiranya kurang jelas mengenai sesuatu prosedur tatatertib.

d) Bimbang tindakan oleh orang bawahan
Kes saman-menyaman yang biasa berlaku pada masa sekarang menyebabkan ada Ketua Jabatan yang teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pegawai bawahan yang melakukan pelanggaran tatatertib. Perlu diingatkan bahawa Ketua Jabatan yang bertindak mengikut peraturan adalah dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang.

e) Keperluan memberi tumpuan kepada aspek-aspek lain di dalam organisasi
Selain daripada tugas harian lain yang perlu dilaksanakan, aspek tatatertib merupakan salah satu perkara penting di dalam pengurusan sumber manusia. Kegagalan Ketua Jabatan melaksanakan urusan tatatertib dengan cekap dan berkesan boleh mengakibatkan moral kakitangan dan perjalanan organisasi yang diterajuinya terjejas.

Wallahu a’lam.

Toolkit Pengetua dan Guru Besar
BPSM, KPM, 2010

Choraldra I


Sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2006

Vision 2020
Teachers charting the future
Ladies and gentlemen
Welcome to the world of teachers!
Walk with us as we take you
Down the rocky path and
Unfold our story
To stimulate and tantalize you
With the joys, the sorrows
The trials and the sensations
Of a teacher’s life
So sit back, relax, enjoy!

Teachers-
A motley group
Of specially trained people
Professionals, second to none;
With different talents
Strengths,weaknesses
Of different shapes and sizes.
(Here we go…..)
Big,fat,burly ones
Tall thin squiggly ones
Pot-bellied loveble ones
(Yes!)(I’m a little  bit country)
(And I’m a little bit rock and roll)
Don’t know whether we’re good or bad
But teaching’s in our soul
We’re a little bit country
We’re a little bit rock and roll
(Heard of Mr.Remote Control?) Huh?
(You know, body in canteen,
student no where in sight?) Ahh….
And what about Shah Rukh Khan?
Wah,wah,wah!

By:
Pn. Lyla Roberts
Pn. Janet Ratnam
PWTC, Kuala Lumpur

Dipermudahkan urusan




Ya Allah, siapa pun yang diserahi urusan umat ini, kemudian ia mempersulit mereka, maka persulitlah ia. Dan siapa pun yang diserahi urusan umat ini, kemudian ia bersikap lemah-lembut (mempermudah) kepada mereka, maka berbuat lemah-lembutlah kepadanya. Aameen Ya Rabb.


Friday, September 12, 2014

Pahala murah hati

Pelajaran ke-26

a)  Diriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda kepada Siti A’isyah ra: Ya A’isyah! Janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara: Sebelum khatam Quran, sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari Qiamat, sebelum para muslimin meridahai engkau dan sebelum engkau melaksanakan haji dan umroh.
Bertanya Siti A’isyah kepada rasulullah  setelah dilihatnya beliau telah merampungkan sembahyangnya. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara itu seketika Ya rasulullah. Tersenyumlah rasulullah mendengar pertanyaan A’isyah itu dan bersabda: Jika engkau telah membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka engkau seakan-akan telah mengkhatamkan Quran. Jika engkau telah membaca selawat untuk aku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat untukmu di hari Qiamat, jika engkau beristighfar untuk para mu’minin maka mereka akan meridhai engkau dan jika engkau bertasbih, bertahmid dan bertahlil serta bertakbir maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah ( Tafsir Haggi )

b) Diriwayatkan bahawa rasulullah saw telah ditanya oleh sahabatnya: Jika engkau telah keluar dari dunia, ya Rasulullah, manakah lebih baik bagi kita, permukaan bumi ataukah perutnya? Dijawab oleh rasulullah : Jika amir-amir penguasa kamu adalah orang-orang yang terbaik di antara kamu dan para hartawan kamu orang-orang yang murah hati di antara kamu dan urusan-urusanmu dipermusyawaratkan di antara kamu, maka permukaan bumi lebih baik bagi kamu dari perutnya dan sebaliknya jika amir-amir kamu orang-orang jahat, para hartawan-hartawanmu orang-orang bakhil dan urusan-urusanmu diserahkan kepada wanita-wanitamu, maka perut bumi lebih baik bagi kamu dari permukaannya. (Mau’idhah)

c) Diriwayatkan oleh Siti A’isyah ra bahawa rasulullah saw bersabda: Sifat dermawan murah hati itu adalah umpama pohon, akarnya di syurga dan cabang-cabangnya bergantungan di dunia. Barangsiapa berpegang dengan salah satu cabang itu akan dibawanya ke syurga, sedang kebakhilan itu merupakan suatu pohon yang berakar di neraka dan bercabang di dunia. Barangsiapa berpegang kepada salah satu dari cabang-cabangnya akan dibawanya  ia ke neraka.

Bersedekahlah kamu walaupun dengan seteguk air untuk dirimu dan untuk mayat-mayatmu, kalau tidak dapat, maka dengan satu ayat dari kitab Allah dan kalau tidak mengetahui sesuatu dari kitab Allah, maka berdoalah kepada Allah minta ampun dan rahmatNya. Allah telah berjanji akan mengkabulkannya. (Hayatul-Gulub).

d) Diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahwa Rasulullah bersabda: Barangsiapa mempunyai harta hendaklah bersedekah dengan hartanya, barangsiapa mempunyai ilmu hendaklahg bersedekah dengan ilmunya dan barangsiapa mempunyai kekuatan hendaklah bersedekah dengan kekuatannya. ( Jami’ul-Azhar )

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977

Isu Ketua Jabatan dalam Tatatertib 1

Antara isu-isu yang sering berbangkit berhubung peranan Ketua Jabatan di dalam pemantauan tatatertib pegawai bawahan ialah:

a) Ketua Jabatan enggan melaporkan kes pelanggaran tatatertib yang dilakukan
Salah satu alasan yang kerap diberikan adalah kerana berasa kasihan dengan pegawai bawahan yang melakukan pelanggaran tatatertib berkenaan ataupun dalam erti kata lainnya ingin menjaga periuk nasi. Terdapat Ketua Jabatan yang sengaja tidak melaporkan pelanggaran berkenaan kerana tidak mahu imej dan nama baik organisasinya terjejas. Namun, perlu diingatkan bahawa di dalam sesetengah kes perbuatan Ketua Jabatan menyembunyikan pelanggaran berkenaan akan mendatangkan kesan yang lebih teruk di masa yang akan datang.

b) Cuai di dalam menghantar perakuan
Terdapat Ketua Jabatan yang terlalu berlembut dan hanya mengambil tindakan ke atas pegawai yang melakukan kesalahan tataterib setelah satu tempoh yang lama telah berlalu. Sebagai contoh, terdapat Ketua Jabatan yang hanya membuat laporan mengenai pegawai yang tidak hadir bertugas setelah tiga tahun sudah berlalu. Di dalam kes-kes ini, Ketua Jabatan wajib membuat laporan sekiranya pegawai tidak bertugas selama tujuh (7) hari dan bukannya membiarkannya perkara berkenaan berlarutan. Seperti yang dinyatakan di atas, kegagalan Ketua Jabatan berbuat demikian akan menyebabkan beliau diambil tindakan tatatertib.

c) Menghantar perakuan yang tidak lengkap
Terdapat Ketua Jabatan yang membuat laporan kepada pihak berkuasa tatertib agar mengambil tindakan ke atas pegawai bawahannya namun tidak memberikan bukti yang kukuh. Perlu diingatkan bahawa tindakan tatatertib adalah satu prosiding quasi-judicial di mana tindakan berkenaan meyerupai satu tindakan undang-undang. Justeru pembuktian sesuatu pelanggaran yang dilaporkan adalah penting dan hanya boleh dicapai jika Ketua Jabatan mengemukakan perakuan yang lengkap.

d) Membuat perakuan berdasarkan hearsay evidence
Terdapat Ketua Jabatan yang terus melaporkan mengenai pelanggaran tatatertib hanya disebabkan oleh satu aduan. Sebaliknya Ketua Jabatan hendaklah menyiasat terlebih dahulu aduan berkenaan sama ada benar atau tidak  dan seterusnya mendapatkan bukti-bukti yang kukuh.

e) Menganggu prosedur tatatertib
Terdapat Ketua Jabatan yang sengaja atau tidak telah mensabotaj perjalanan prosiding tatatertib. Sebagai contoh, terdapat Ketua Jabatan yang tidak menghantar surat pertuduhan kepada pegawai tetapi sebaliknya memaklumkan Lembaga Tatatertib bahawa surat berkenaan telah dihantar. Terdapat juga Ketua Jabatan telah menyuruh pegawai berkenaan menandatangani surat aku janji akan mematuhi peraturan kerana terlampau kasihan kepada pegawai yang sedang dikenakan tindakan tatatertib. Perbuatan ini boleh menjejaskan prosiding tatatertib yang sedang dijalankan kerana Ketua Jabatan telah bertindak melangkaaui Lembaga Tatatertib. Perlu diingatkan di dalam kedua-dua contoh yang diberikan, Ketua Jabatan akan diambil tindakan.

Wallahu a’lam.

Toolkit Pengetua dan Guru Besar
BPSM, KPM, 2010

Nasihat Abu Darda’ ra

Wahai penduduk Syria…….
kamu sekalian adalah saudara seagama, jiran tetangga dalam rumah tangga dan pembela melawan musuh bersama
tetapi saya merasa hairan melihat kalian semua, kerana kalian tidak punya rasa malu?
kalian kumpulkan apa yang  tidak engkau makan
engkau bina bangunan semua yang tidak akan kalian diami
kalian harapkan apa yang tidak akan engkau capai
beberapa kurun waktu sebelum kamu, mereka pun mengumpulkan dan menyimpannya
mereka mengangan-angankan, lalu mereka berkepanjangan dengan angan-angannya
mereka membina, lalu mereka teguhkan bangunannya itu
tapi akhirnya semua itu menjadi binasa
angan-angan mereka hanya fasa morgana belaka
dari rumah-rumah mereka menjadi perkuburan belaka
mereka itu adalah kaum 'Ad, yang memenuhi daerah antara Aden dan Oman dengan anak-pinak dan harta benda!

Wallahu a’lam

Dr. Khalid Muhammad Khalid
Sejarah 133 wira terbikng di zaman rasulullah
2012