Wednesday, January 2, 2013

Ibnu Hazm dan kesetiaan


Suatu hari Ibnu Hazm bertanya kepada orang-orang yang pergi menuju Cordova dan menanyakan apa yang telah terjadi. Dia berkata : Aku tidak mengatakannya agar dipuji tetapi aku melaksanakan adab santun Allah. Allah berfirman,

Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-yebutnya (bersyukur)
(Q.S Adh-Dhuha: 11)

Allah telah memberiku kesetiaan terhadap setiap orang yang baru pertama kali bertemu denganku. Allah memberiku kesetiaan untuk menjaga orang yang merasa malu dariku, walau dengan berbicara satu jam dan kepadaNya aku berterima kasih, kepadaNya aku menyandarkan diri dan meminta lebih. Tidak ada yang paling berat bagiku dari meminta maaf di sepanjang umurku. Aku tidak akan mengizinkan jiwaku mempunyai fikiran untuk berbuat jahat kepada orang yang antara diriku dan dirinya ada hak walaupun sedikit dan walaupun dosanya banyak kepadaku. Yang menimpaku seperti itu tidaklah sedikit. Aku tidak pernah membalas kejahatan, kecuali aku balas dengan kebaikan. Aku memuji Allah atas itu sebanyak-banyaknya.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi, Muhammad Aizat Farhan)

Ibnu Hazm dan mencintai manusia


Ibnu Hazm menyatakan : Jauhilah olehmu menentang orang yang sedang duduk, menentang orang-orang  yang sezaman denganmu dalam hal yang tidak membahayakan duniamu juga akhiratmu, walaupun sedikit atau kecil, kamu mengakhiri pergaulan dengan rasa sakit, rasa benci dan permusuhan kepada mereka. Barangkali hal itu boleh  menjadikan bahaya yang lebih besar tanpa ada manfaat sedikitpun bagimu. Kalau tidak ada alasan untuk marah kepada  manusia, atau marah kepada Allah dan kamu tidak memiliki pilihan untuk membenci manusia, atau membenci Maha Pencipta, maka marahlah pada manusia dan bencilah mereka, tetapi janganlah kamu marah kepada Tuhanmu dan janganlah membenci kebenaran.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi, Muhammad Aizat Farhan)

Ibnu Hazm dan keikhlasan


Menurut pandangannya, jika merasa sombong dengan pendapat-pendapat sendiri, maka berfikirlah tentang kejatuhan-kejatuhan. Pada setiap pendapat yang dianggap benar, maka akan keluar darinya kebalikan dari penilaian itu. Orang lain adalah benar, dan andalah yang salah. Jika anda melakukan itu, maka bawalah keadaan anda untuk menimbang-nimbang kesalahan dan kebenaran pendapat anda, maka ianya akan keluar bukan untuk anda dan tidak akan menimpa anda juga. Yang sering terjadi ialah bahawa kesalahan anda lebih banyak daripada kebenaran, begitulah yang terjadi pada setiap manusia setelah nabi.

Demi keikhlasan Ibnu Hazam menyatakan juga: Bersungguh-sungguhlah agar kamu dianggap sebagai orang yang selamat pada salah satu sisinya. Jauhilah untuk dianggap licik, maka akan banyak orang yang menjaga jarak denganmu, yang mungkin dapat merugikanmu atau bahkan dapat membunuhmu.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi, Muhammad Aizat Farhan)

Ibnu Hazm dan kesabaran serta kesungguhan


Menurut Ibnu Hazm, kenikmatan seorang  alim adalah kerana ilmunya, kenikmatan seorang bijak adalah kerana hikmah-hikmahnya, kenikmatan seorang mujtahid di jalan Allah adalah kerana ijtihadnya, kenikmatan orang yang makan adalah kerana makanannya, kenikmatan orang yang minum adalah kerana minumannya, kenikmatan orang yang berusaha sdalah kerana usahanya, kenikmatan orang yang bermain adalah kerana mainannya dan kenikmatan itu melebihi seorang pemimpin dengan apa yang diperintahkannya.

Beliau juga berpendapat, setelah ilmu yang tinggi bersemayam di dalam jiwanya, terbukalah rahsia yang menakjubkan itu untuknya. Allah menyinari fikirannya, inilah harta yang agung, yang selalu dicarinya, yang bisa mengantarnya kepada hakekat kebenaran dan mengusir segala kegelisahan, itulah yang sangat berharga. Dia tidak menemukannya kecuali dengan bertawajjuh (menghadapkan diri) kepada Allah dan dengan amal perbuatan untuk akhirat.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi, Muhammad Aizat Farhan)

Ibnu Hazm dan iman yang kental


Ibnu Hazm sangat beriman dan percaya bahawa Allah SWT yang telah memberikan bakat-bakat pemikirannya, maka dia merasa wajib untuk mensyukurinya, iaitu dengan melaksanakan hak-hakNya dan kalau dia tidak melaksanakan hakNya atau menguranginya bererti dia telah menginkarinya.

Ibnu Hazm sangat mencela orang-orang yang kurang menggunakan bakat-bakatnya. Dia berkata : Jika kamu merasa sombong dengan ilmumu, ingatlah bahawa kamu tidak mempunyai pekerti dalam ilmu itu, padahal itu  adalah pemberian Allah. Tuhanmu telah memberikannya kepadamu, maka janganlah menerimanya dengan sesuatu yang membuatNya marah. Barangkali Allah akan menjadikan kamu lupa dengan alasan Dia sedang mengujimu, kemudian Dia akan menjadikan kamu lupa akan apa yang kamu pelajari dan yang kamu hafalkan.

Abdul Malik bin Tharif seorang ahli ilmu yang cerdas, sederhana dan teliti dalam mencari ilmu memberitahuku bahawa dia mempunyai nasib yang baik dalam menghafal. Setiap apa yang lalu dari telinganya, tidak perlu baginya untuk diulangi dan dia mampu untuk menirunya. Suatu hari dia belayar di lautan, rasa takut menghinggapinya sehingga membuat dia lupa akan apa yang telah dihafalnya, membuat kekuatan hafalannya berkurang dan tidak ada yang dapat menggantikan kecerdasannya lagi.

Sesuatu telah terjadi padaku, yang membuatku sedar. Hilanglah apa yang pernah aku hafal, kecuali hanya sedikit. Aku tidak mampu untuk mengembalikannya lagi, kecuali setelah bertahun-tahun.

Ingatlah bahawa kebanyakkan orang yang bersungguh-sungguh mencari ilmu, mereka bersungguh-sunggih dalam membaca, berdedikasi untuk belajar dan mencari ilmu, kemudian mereka tidak akan mendapat sesuatu darinya. Ingatlah bahawa orang yang bersungguh-sungguh mencari ilmu, kalau hanya dengan berdedikasi pada belajar saja, maka dia akan menemukan banyak orang lain yang lebih darinya, betul bahawa itu adalah pemberian dari Allah. Di sini akan hilanglah rasa kekaguman itu. Ini hanyalah salah satu tempat untuk merendah diri, untuk mensyukuri nikmat Allah, untuk selalu meminta tambahan nikmatNya, dan untuk selalu meminta perlindunganNya.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi, Muhammad Aizat Farhan)

Tuesday, January 1, 2013

Ibnu Hazm dan ilmu


Tatkala  diberi hukuman mental menerusi buku-bukunya dibakar, beliau berkata :

Jika kamu dapat membakar kertas-kertas itu, sesungguhnya kamu tidak  akan dapat membakar apa yang terkandung di dalam kertas itu, kerana semuanya terakam di dalam dadaku.

Ia berjalan bersamaku di mana pun kenderaanku berhenti, ia berhenti di mana pun aku berhenti dan ia akan terkubur di dalam kuburanku.

Ibnu Hazm terus berjalan di salurannya, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalanginya, dia berkata :

Keinginanku dari dunia ini hanyalah ilmu, yang akan aku sebarkan di setiap kampung dan kota.

Ajakan kepada Al-Quran, sunnah nabi yang sudah dilupakan oleh orang-orang dalam ceramahnya.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi, Muhammad Aizat Farhan)

Ibnu Hazm dan Al-Baji


Nama penuh Ibnu Hazm ialah Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm bin Ghalib bin Shalih bin Sufyan bin Yazid. Panggilannya, Abu Muhamad. Beliau dilahirkan di bahagian timur kota Cordova, Andalusia, pada hari terakhir Ramadhan 384 Hijriah.

Ulama Andalusia ini pernah berdebat dengan Abu Walid Al-Baji, pensyarah kitab Al-Muwaththa’, karangan Imam Malik bin Anas.

Kata Al-Baji : Aku lebih mulia daripada kamu dalam semangat mencari ilmu, kerana kamu mencarinya dengan mudah, kamu tidur malam dengan menggunakan lampu dari emas, sedangkan aku mencarinya dan aku tidur malam dengan menggunakan lampu yang mudah, yang sangat mudah ditemui di pasar.

Balas Ibnu Hazm : Ucapan ini untukmu bukan untukku, kerana kamu mencari ilmu dalam keadaan seperti ini dan mengharap ada perubahan seperti keadaanku. Sedangkan aku mencarinya dalam keadaan yang telah engkau sebutkan tadi, tetapi aku tidak mengharapkan darinya, kecuali ketinggian kedudukan ilmiah di dunia dan akhirat.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi, Muhammad Aizat Farhan)