Sunday, October 2, 2011

Abu Zarr Al-Ghifari

Barangan dah ke sana :

Pada suatu hari seorang lelaki masuk ke rumah Abu Zarr Al-Ghifari. Dia menyelongkar segenap penjuru rumahnya. Tetapi gagal menemui sebarang perkakas. Lelaki itu bertanya : Wahai Abu Zarr, mana barang-barang kamu?.

Jawab Abu Zarr dengan tenang : Rumah kita di sana ( di akhirat ). Barang-barang kami yang elok dan bagus telah kami hantarkan ke sana.

Lelaki itu memahami maksud beliau. Dia berkata lagi : Tapi kamu juga mesti mempunyai barangan selama kamu masih berada di dunia ini.

Tapi, pemilik rumah bukannya meninggalkan kita di sini, balas Abu Zarr kembali.


Pemberian :

Gabenor Syam telah mengutuskan 300 dinar kepada Abu Zarr seraya berpesan Pergunakan wang ini untuk menyempurnakan keperluanmu.

Namun Abu Zarr telah mengembalikan pemberian itu. Beliau berkata : Adakah Gabenor Syam tidak menemui seorang hamba Allah yang lebih hina di sisinya daripada saya?.


Tiada seorang lelaki yang ditanggung bumi dan dinaungi langit yang lebih benar daripada Abu Zarr ( Muhammad Rasulullah saw )

Saturday, October 1, 2011

Zaid Al-Khair

Khutbah nabi yang didengarinya :

Sesungguhnya saya lebih baik daripada ‘Uzza dan segala yang kamu sembah. Sesungguhnya saya lebih baik daripada unta hitam yang kamu sembah selain daripada Allah.


Perasaan menjelang pagi :

Saya suka kepada kebaikan dan orang yang melakukannya….Jika saya berhasil melakukannya, saya yakin dengan ganjarannya. Jika saya berpeluang melakukannya, saya sangat rindu untuk melakukannya.

Apabila nabi saw bersabda : Ini merupakan tanda daripada Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya…..beliau meluahkan rasa syukurnya : Segala puji bagi Allah yang menjadikan saya di atas landasan yang dikehendaki Allah dan RasulNya.

Abdullah bin Abbas

Datang …mendatangi :

Saya lebih berhak untuk datang kepada tuan. Ilmu perlu didatangi penuntutnya, bukan ia yang datang kepada mereka.

Peringatan :

Wahai pelaku dosa, jangan kamu merasa selamat daripada akibat dosa kamu. Ketahuilah akibat yang mengiringi dosa itu lebih dahsyat daripada doa itu sendiri.

Sesungguhnya ketawa hilai kamu sewaktu melakukan dosa sedangkan kamu tidak tahu apa yang Allah lakukan kepada kamu adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnya kegembiraan kamu apabila berjaya melakukan dosa adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnnya kesedihan kamu apabila tidak dapat melakukan dosa adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Sesungguhnya ketakutan kamu kepada angin apabila ia menggerakkan kain yang menghalang kamu dilihat orang ketika melakukan maksiat tetapi hati kamu tidak gementar terhadap pandangan Allah kepada kamu adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.

Wahai orang yang melakukan dosa :

Apakah kamu tahu,apakah dosa Ayub as ketika Allah menimpakan ujian bala ke atas tubuh dan hartanya?

Dosanya hanyalah baginda tidak menolong seorang miskin yang meminta pertolongannya untuk menolak kezaliman yang menimpa dirinya (si miskin )

Abdullah bin Jahsy

Doa dua sahabat :

Apabila hampir tercetus pertempuran dalam peperangan Uhud, Sa’ad bin Abi Waqqash yang bertemu dengan Abdullah bin Jahsy bertanya : Tidakkah kamu ingin berdoa kepada Allah?.

“Bahkan. “ jawab Abdullah.

Lalu mereka pun ke suatu sudut sunyi dan berdoa.

Doa Saad : Wahai Tuhan, apabila saya bertemu musuh temukanlah saya dengan musuh yang perkasa dan bengis. Kami saling menyerang dan bertempur. Kemudian kurniakanlah kepada saya kemenangan mengalahkannya sehingga saya berjaya membunuhnya dan mengambil kelengkapannya.

Lalu Abdullah bin Jahsy mengaminkan doa saya.

Kemudian beliau berdoa : Wahai Tuhan, temukanlah saya dengan musuh yang perkasa dan bengis. Saya memeranginya demiMu dan dia juga memerangi saya. Kemudian dia berjaya menewaskan saya dan memotong hidung dan telinga saya. Apabila saya menemuiMu esok, Engkau akan bertanya : ”Mengapa hidung dan telingamu dipotong?. Lalu saya akan menjawab : ”KeranaMu dan kerana RasulMu. ” Engkau akan menjawab : Kamu benar.

Kata Saad bin Abi Waqqash : Sesungguhnya doa Abdullah bin Jahsy lebih baik daripada doa saya. Saya nampak beliau sewaktu lewat petang . Ketika itu beliau telah terbunuh dan mayatnya dikelar. Hidung dan telinganya tergantung dengan tali di sebatang pokok.

Rasulullah saw mengkebumikannya bersama bapa saudara baginda; Hamzah bin Abdul Muttholib dalam satu kubur. Air mata baginda bercucuran membasahi kubur mereka yang berlumuran dengan wangian syahadah.

Abdullah bin Huzafah as-Sahmiy

Nyawa sebulu badan :

Saya menangis kerana hati saya berkata : Sekarang kamu pula akan dicampakkan ke dalam periuk ini. Nyawamu akan melayang. Sebelum ini saya pernah berharap agar saya mempunyai nyawa sebanyak bulu yang ada pada badan saya. Lalu semua nyawa tersebut melayang pada jalan Allah apabila dicampakkan ke dalam periuk ini.


Tiada mudarat. :

Dia merupakan musuh Allah. Jika saya mengucup kepalanya, saya dan tawanan Islam lain akan dibebaskan. Tindakan ini tidak memudaratkan saya.

Abdullah bin Mas’ud

Al-Waqi’ah :

Dikala nazak, Khalifah Utsman ra datang dan bertanya : Apa yang ingin kamu adukan?

Dosa saya, jawabnya.

Apa pula yang kamu inginkan?, tanya Utsman lagi.

Jawab Abdullah : Rahmat Tuhan saya.

Kata Utsman : Adakah perlu saya keluarkan perintah agar peruntukkan untuk kamu yang kamu enggan ambil sejak beberapa tahun diserahkan kepadamu?

Saya tidak perlukannya, tegas Abdullah.

Ia boleh diberikan kepada anak-anak perempuanmu selepas pemergianmu, tingkah Utsman.

Adakah kamu bimbang mereka akan menjadi miskin? balas Abdullah.

Beliau menyambung : Sesungguhnya saya telah memerintahkan mereka agar membaca surah al-Waqi’ah setiap malam. Lantaran saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang membaca al-Waqi’ah setiap malam dia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya.


Abu Ubaidah bin al-Jarrah

JanjiNya benar :

Saya berpesan kepada kamu semua, jika kamu menerimanya kamu akan sentiasa memperolehi kebaikan. Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, berpuasalah di bulan Ramadhan, bersedekahlah, tunaikanlah haji dan umrah, salinglah berpesan dan memberi nasihat kepada pemimpinmu. Janganlah kamu memperdayakan mereka.

Janganlah kamu dilalaikan oleh dunia. Lantaran jika seseorang mampu hidup 1000 tahun, dia tetap akan menuju kematian seperti yang kamu lihat saya sekarang. Sesungguhnya Allah Taala telah menjanjikan kematian kepada anak Adam. Oleh itu mereka pasti mati. Manusia yang paling bijak ialah mereka yang paling taat dengan Tuhannya dan paling banyak melakukan amalan sebagai persediaan untuk hari kebangkitan.

Doakan kerahmatan :

Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah ditimpa kesedihan disebabkan kematian lelaki ini  (Abu Ubaidah bin al-Jarrah ). Demi Allah! Saya tidak pernah kenal lelaki yang lebih berhati mulia dan jauh daripada hasad dengki, terlalu cinta dengan mati dan paling menunaikan tanggungjawab berbanding lelaki ini. Doakanlah kerahmatan untuknya, pasti Allah akan merahmati kamu semua.

( Mu’az bin Jabal )

Ya Allah, rahmati, ampuni dan berlaku ehsanlah kepada kami......ameen.