Pilihan
raya
Bukan
memilih untuk suka-suka
bukan
memilih asalkan sesiapa
bukan
memilih asalkan kerana mendapat apa-apa
bukan
memilih untuk mendapat laba
bukan
memilih kerana amarah tak terkata
bukan
memilih kerana dendam di sukma
bukan
memilih kerana terpesona oleh kata-kata
Pilihan
raya
masa
untuk menilai semua
calon
berwibawa atau calon badut bahan bercanda
janji
tulus atau janji semua bersifat sementara
wawasan
berjejak atau ilusi bersalut gula
pemimpin
bergagasan atau yang tandus fikiran tak bermaya.
Pilihan
raya
menjadikan
kita bijaksana
atau
terkambus dalam bencana.
Awang Sariyan
Di denai kehidupan
DBP, Kuala Lumpur 2016
No comments:
Post a Comment