Asma ul-Husna ke-84
Malik Al-Mulk ertinya Allah Maha Pemilik Kekuasaan, Zat yang mempunyai
kerajaan sebagaimana firmanNya bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad):
Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah memberi kuasa pemerintahan
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau
kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Ali Imran: 26)
Allah Maha Pemilik
Kekuasaan
Malikul-Mulk mempengaruhi kehendakNya dalam kerajaanNya bagaimanapun Dia
berkehendak,membiarkan sebahagian hidup dan yang lainnya binasa. Mulk dalam
konteks ini bererti kerajaan dan Malik adalah Yang Maha Kuasa, Yang Paling
Berkuasa. Segala sesuatu yang ada termasuk dalamkerajaanNya, maka kepunyaanNya
adalah satu kerajaan lantaran segala sesuatu yang ada di dalamnya terkait satu
sama lain.
Malikul-Mulk menjalankan kerajaanNya sebagaimana Dia kehendaki, dan tak
seorang pun dapat menolak ketetapanNya atau tak seorang pun dapat menarik atau
memupusnya. Segala sesuatu yang hidup, dalam semua tingkatan dan level mereka, merupakan satu kerajaan
yang dimiliki oleh Yang Maha Tunggal.
Mempunyai jiwa
memimpin
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelapanpuluh empat
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mempunyai jiwa dan minda sebagai
pemimpin. Lagi pun kita adalah pemimpin walaupun pemimpin di dalam rumah
tangga.
Suatu hari Amirul Mukminin SaidinaAli bin Abu Talib ditanya oleh Ababah bin
Rab’i al-Asdi tentang kemampuan.
Amirul Mukminin balik bertanya kepada Ababah, Apakah engkau melakukannya tanpa
Allah atau denganNya? Ababah tidak mampu menjawab, maka khalifah menyuruhnya
untuk menyatakan sesuatu. Apa yang harus kukatakan, wahai amirul Mukminin?
Tanya Ababah. Beliau menjawab, Engkau harus mengatakan bahawa engkau
melakukannya dengan izin Allah yang mempunyai kawalan sepenuhnya tanpa
pertolonganmu. Apabila Dia memilih untuk memberikannya kepadamu, maka itu
merupakan rahmat yang Dia berikan kepadamu. Dan apabila Diamenghalangnya, itu
merupakan satu ujian dariNya. Dialah pemilik sejati dari harta milikmu dan Zat
yang memiliki apa yang Dia mudahkan bagimu untuk memilikinya. Tidakkah engkau
mendengar tentang (orang yang memohon pertolongan dan kekuatanNya dengan
mengatakan La hawla wala quwwata illa billah (Tiada
daya dan upaya melainkan dari Allah)?.
Orang itu bertanya kepada beliau, Apakah makna ucapan itu wahai Amirul
Mukminin?. Beliau menjawab, Itu ertinya
Kita tidak menjauh dari melakukan tindak tanduk kederhakaan kepada Allah
melainkan Dia melindungi kita dari menderhakaiNya dan kita tidak punya kekuatan
untuk menaatiNya kecuali jika Dia memberi kita pertolonganNya.
Kerajaan setiap dan semua hamba Allah adalah tubuhnya sendiri. Jika
tubuhnya menjalankan kehendaknya berdasarkan hati dan akalnya, maka ia akan
menjadi pemilik kerajaan sesuai dengan tingkatan pengendalian atas tubuhnya.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment