Asma ul-Husna ke-87
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk
(menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya,
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(Ali Imran: 9)
Maha Mengumpulkan
Aj-Jami’ berasal dari jami’ akar
katanya, yang bererti mengumpulkan, menyatukan atau menggabungkan. Hari
perkumpulan adalah hari pengadilan. Ia disebut demikian kerana Allah akan
mengumpulkan seluruh makhlukNya dari generasi pertama hingga generasi terakhir,
dari golongan jin dan manusia, semua penduduk langit dan bumi dan setiap hamba
Allah dan perbuatannya, setiap penindas dan yang ditindas dan setiap hamba
Allah dan perbuatannya, setiap penindas dan yang ditindas, dan setiap nabi dan
kaumnya. Dia juga akan menggabungkan antara ganjaran bagi mereka yang
menaatiNya dan hukuman bagi mereka yang menderhakaiNya.
Berjemaah
Merujuk kepada perkara ini, makasifat manusia yang kelapanpuluh tujuh
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah berjemaah dan bersatu padu dengan
kaum muslimin, tidak bercerai berai yang
menyebabkan hilangnya kekuatan kaum muslimin.
Kalau dikatakan Allah itu bersifat Aj-Jami’, ertinya Maha Mengumpulkan,
maka termasuk di antara makna mengumpulkan ialah menghimpun jemaah kaum
muslimin di dalam satu barisan, yang disebut dengan Saf sebagaimana saf di
dalam solat berjemaah di masjid.
Sesiapun yang berpengetahuannya sempurna dan akhlaknya baik berhak untuk
disebut jami’. Atas alasan ini, seorang yang sempurna adalah orang yang tidak
memadamkan cahaya kesolehan dengan cahaya pengetahuan.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment