Asma ul-Husna ke-92
An-Nafi’ ertinya Allah Maha Pemberi Manfaat, Zat yang memberi manfaat
sebagaimana firmanNya bermaksud:
Apapun kebaikan yang datang
kepadamu (wahai manusia) itu adalah dari Allah dan apapun kemalangan yang
menimpamu, itu dari dirimu sendiri.
(An-Nisa’:79)
Maha Pemberi
Manfaat
Al-Nafi’ adalah sumber faedah dan kebaikan bagi kehidupan di dunia ini dan bagi keyakinan. Hanya Dia
yang menganugerahkan kesihatan yang baik, kekayaan, kebahagiaan, petunjuk dan
kesolehan. Dia mempermudah semuamakhlukNya manfaat dari yang Dia ciptakan untuk
mereka. Dia telah memberi kemudahan jalan menuju kepadaNya bagi orang-orang
yang ingin menempuhnya, yang menolong jiwa-jiwa melalui para nabiNya, yang
memberi vitamin kepada tubuh melalui makanan, yang menjauhkan penyakit melalui
ubat, yang menjauhkan musibah melalui kurnia dan kebaikan dan yang melimpahkan
manfaat kepada setiap orang.
Ibn ’Abbas berkata,Suatu hari saya
tengah duduk di belakang rasulullah saw yang kemudian bagindabertanya kepadaku:
Hai anak muda, aku ingin mengajari beberapa petua (kebijaksanan): apabila
engkau melindungi hak-hakmu padaAllah, niscaya Dia akan melindungimu; apabila
engkau tetap memperhatikan hak-hak Allah terhadapmu, engkau akan menjumpaiNya
(sebagai Zat) yang memeliharamu; apabila
engkau mempunyai suatu permintaan, maka mintalah kepadaNya jika engkau
meminta pertolongan, mintalah pertolongan itu dariNya; dan camkanlah dalam
pikiran bahawa seandainya semua orang berkumpul untuk mendapatkan manfaat
darimu akan sesuatu, mereka tidak mampu berbuat demikian, selain pada apa yang
telah Dia bahagikan untukmu, dan jika mereka semua berkumpul bersama untuk
membahayakanmu, mereka tidak akan pernah mampu berbuat demikian kecuali jika
Dia telah menitahkannya kepadamu; tinta-tinta telah mengering dan laut-laut
telah dipindahkan.
Banyak memberi
manfaat
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilan puluh dua
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah banyak memberi manfaat dan faedah
kepada manusia lainnya dan alam sekitar.
An-Nafi’ adalah Zat yang dariNya segala sesuatu yang baik atau pun buruk
terpancar; semuanya disandarkan kepada Allah dan dijalankan melalui para malaikat,
manusia, benda-benda tak bernyawa atau melalui cara-cara lain.
Maka janganlah mengira bahawa racun, misalnya membunuh dengan sendirinya
atau bahawa makanan dengan sendirinya memuaskan rasa lapar. Para malaikat,
manusia, syaitan atau segala sesuatu yang ada seperti planet-planet atau
benda-benda lainnya, di bawah kawalanNya; mereka tak mampu berbuat apa-apa
selain apa yang telah Allah perintah kepada mereka.
Mereka semua, di samping kekuatan abadi, laksana sebuah pena yang ada di
tangan penulis ketika dilihat oleh seorang yang buta huruf. Apabila seorang
penguasa menandatangani perintah untuk menghukum atau mengganjari seseorang,
pena yang ia pakai untuk menandatangani perintah seperti itu tidak dapat
menyampaikan perbezaan di antara perintah yang satu dan perintah yang lainnya;
atau di antara apa yang menimbulkan bahaya dan yang membawa manfaat.
Dengan bercermin pada sifat an-Nafi’ Allah, kita akan banyak memberi
manfaat dalam kehidupan ini sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang
lain dengan menanamkan akhlak dan etika yang baik.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment