Asma ul-Husna ke-89
Al-Mughni ertinya Allah Maha Pemberi Kekayaan, Zat yang Memberi Kekayaan
tanpa had sebagaimana firmanNya bermaksud:
Wahai orang-orang yang
beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh
itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haram sesudah tahun ini; dan jika
kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari
limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana.
(At-Taubah:28)
Maha Pemberi
Kekayaan
Al-Mughni telah melimpahkan kurniaNya kepada para hambaNya secara melimpah
dan memberikan pelbagai kemudahan kepada mereka dalam pencapaian tujuan dan
maksud mereka serta pemenuhan keperluan mereka sehari-hari. Tidak ada kemandirian selain bahawa Dia
menjadikannya maujud. Dia memperkaya para sahabatNya (wali) dengan kekayaan
cahayaNya, memudahkan bagi mereka yang berdiam di alam semesta mengakses
kemudahan-kemudahan dan rezeki mereka melalui titahNya. Dia memperkaya setiap kebenaran
yang Dia sediakan dalam suatu ukuran kerana Dia, dan hanya Dia, mengetahui
rahsia-rahsianya, apa yang ghaib mahupun
yang nyata.
Bersikap Pemurah
dan Pemberi
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelapanpuluh sembilan
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersikap pemurah, dermawan dan gemar
memberi bantuan terutama kepada golongan yang memerlukan.
Sikap sebegini sebenarnya merupakan pengamalan daripada sifat-sifat
al-Mugni iaitu pemberi kekayaan.Ini membuktikan bahawa kita memerlukan
al-Mughni.
Orang yang percaya pada apa yang Allah miliki daripada percaya apa yang
iasendiri miliki serta bersikap baik dalam memberikan kemurahan dan kasih
sayang terhadap hamba-hamba Allah. Salah satu adab seorang mukmin
berkaitan sifat al-Mughni adalah ketika
ia menyedariNya sebagai Zat satu-satunya yang bebas dari keperluan apapun, Zat
yang memenuhi semua keperluan hamba-hambaNya, ia akan bersandar dan bertawakal
kepadaNya dalam segala sesuatu dan merujuk kepadaNya dalam setiap masalah.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment