Tuesday, March 14, 2017

Al-Mani’

Asma ul-Husna ke-90

Al-Mani’ ertinya Allah Maha Membela, Zat yang Menolak bahaya sebagaimana firmanNya bermaksud:

Atau apakah mereka mempunyai tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari Kami?
(Al-Anbiyaa:43)

Maha Membela, Zat Yang Menolak Bahaya

Al-Mani’ adalah satu dari sekian sifat Allah yang berasal dari man’, lawan dari memberikan atau melimpahi. Ia juga bererti melindungi, menghentikan sesuatu dari gangguan dari yang lain atau satu kelompok manusia dari gangguan manusia lainnya. Kata ini digunakan untuk menjelaskan pertahanan sebuah rumah, benteng yang diperkuat dan lain-lain dari serangan musuh. Ia bererti melindungi dan menolong. Yakni, Dia memiliki kekuasaan untuk menghentikan sebab-sebab kebinasaan atau kekurangan dalam keyakinan dan tubuh. Dia mencegah keburukan dengan cara melindungi dan menjaga. Dia menghentikan pemberian kepada sesiapa sahaja yang Ia kehendaki untuk menguji atau untuk melindungi mereka. Dia memberi anugerah kehidupan kepada sesiapa sahaja yang Dia suka atau tidak, namun Dia tidak memberikan rahmat akhirat (rahim) selain kepada orang-orang yang Dia sukai.

Al-Mani’ melindungi dan menolong orang-orang yang menaatiNya dan Dia menghentikan sebahagian hambaNya dari melakukan sesuatu yang Dia tidak ingin mereka melakukannya ketika memberi apa yang mereka inginkan. Dia mencegah sebab-sebab kehancuran dan penyusutan dalam masalah-masalah yang terkait dengan keyakinan-keyakinan dan umat kerana apa yang Dia ciptakan berupa sebab-sebab bagi pemeliharaan mereka. Halangan dari sebab-sebab kebinasan dan pemeliharaan dari apa yang dibimbing melawan kepunahan merupakan matlamat (objective).

Al-Mani’ melarang kesulitan dari mencapai parawaliNya. Apabila Diamelarang penderitaan dari mencapai para sahabatNya, ini kerana kemurahan indahNya dan jika Dia melarang peberian kepada mereka, itu pun masih merupakan kurnia besar dariNya.

Menjadi Pembela

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menjadi pembela untuk menolak sebarang bahaya, terutamanya bahaya yang merosakkan keimanan.

Allah memberikan kesenangan-kesenangan kehidupan di dunia ini kepada orang-orang yang Dia cintai dan kepada orang-orang yang tidak Dia cintai, namun Dia tidak melindungi hati seorang hambaNya kecuali jika yang kedua termasuk dari salah satu waliNya.

Al-Mani’, Maha Pemberi, sekaligus Maha Menahan. Dia menunda pemberian kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan penundaanNya menganduni pemberian terselubung. Dia mampu menahan pemberian kekayaan melimpah kepada salah seorang hambaNya dan sebagai gantinya memberinya kesempurnaan dan kecantikan. Dia dapat mencabut dari seorang hambaNya kenikmatan kesihatan yang baik dan menjadikannya redha akan keputusanNya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

No comments:

Post a Comment