Asma ul-Husna ke-91
Ad-Darr ertinya Allah Maha Pembuat Bahaya, Zat yang menyampaikan mudharat
sebagaimana firmanNya bermaksud:
Katakan (olehmu wahai rasul
Kami!) : Aku tidak berkuasa atas diriku sendiri untuk mendatangkan manfaat
ataupun mudharat melainkan apa yang Allah kehendaki.
(Yunus:49)
Maha Pembuat
Bahaya dan Mudharat
Ad-Darr bermakna bahaya, lawannya adalah naft’, ertinya manfaat.Allah
adalah ad-Darr, yakni Zat yang memberikan bahaya kepada sesiaa pun yang Dia
kehendaki. Dia menjadikan miskin sebahagian dari hamba-hambaNya atau
menyebabkan mereka jatuh sakit menurut kebijaksanaanNya. Dengan begitu, Dia
menentukan segala sesuatu, dan hanya Dia yang memfasilitasi segala bahaya
sebagai suatu ujian dariNya yang dengannya. Dia membersihkan para pelaku dosa
atau menundukkan salah seorang hambaNya kepada suatu ujian untuk meningkatkan
kedudukannya.
Dia menetapkan bahaya kepada sebahagian hambaNya dan mewujudkan perintahNya
melalui cara-cara tertentu. Dialah Yang Maha Bijak dalam setiap perbuatanNya,
Yang Maha Bijak dalam setiap perbuatanNya, Yang Maha Penyayang dalam
keputusanNya. Sekiranya Dia menitahkan bahaya, itu semata-mata demi kebaikan
bersama dan apabila Dia menentukan suatu penyakit atau musibah, tiada lain itu
merupakan pengubatan yang berguna dalam kehidupan di dunia ini dan akhirat.
Suatu ketika nabi Musa as mengadukan sakit gigi kepada Tuhannya, maka Yang
Maha Kuasa menyuruhnya untuk menempelkan jenis tumbuh-tumbuhanan herbal tertentu
pada tempat yang sakit, yang kemudian dilakukan olehnya. Sakit giginya pun
sembuh. Beberapa hari kemudian, sakit gigi yang sama kembali menyerangnya, maka
ia pergi dan mengambil tanaman herbal yang sama dan menempelkannya, namun kali
ini rasa sakit begitu kuat. Ia mengadu kepada Tuhannya, Ya Tuhan, bagaimana
ini, penyakitku tidak sembuh?
Allah mengilhamkan kepadanya; Wahai Musa! Akulah Zat yang menyembuhkan dan
yang mengurniakan kesihatan yang baik. Engkau datang kepadaKu pada kali
pertama, maka Aku musnahkan penyebab penyakitmu, sedangkan sekarang engkau
mendatangi tumbuhan ini dan bukannya datang kepadaKu.
Rasulullah saw berkata: Barangsiapa
yang mengklaim bahawa Allah menganjurkan perbuatan salah dan dosa, maka ia
berdusta tentang Allah. Dan barangsiapa yang mengklaim bahawa kebaikan dan
keburukan adalah mungkin tanpa kehendak Allah, bererti mencabut Allah dari
kekuasaanNya. Dan barangsiapa yang mengklaim bahawa dosa-dosa dilakukan tanpa
kekuasaan Allah, bererti berkata dusta tentang Allah, dan barangsiapa berkata
dusta tentang Allah, Dia akan melemparkannya ke dalam neraka.
Dalam hadis ini, kebaikan dan keburukan yang ia maksudkan masing-masing
adalah kesihatan dan penyakit memandangkan ayat ini bermaksud,:
Kami mengujimu dengan
keburukan dan (dengan) kebaikan (melalui) sebuah ujian
( Al-Anbiyaa:35)
Membuang Mudharat
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh satu
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah membuang dan memusnahkan apasahaja
yang dapat mendatangkan mudharat dengan bercermin kepada ajaran Allah yang
penuh manfaat dan kemaslahatan.
Syeikh Sayyid Baqir diriwayatkan
pernah mengatakan ; Allah swt lebih pengasih kepada makhluk-makhlukNya daripada
memaksa mereka berbuat dosa kemudian
menghukum mereka kerana melakukan demikian dan Allah lebih berkuasa daripada
berkeinginan untuk melakukan sesuatu dan itu tidak terjadi.
Suatu ketika beliau ditanya apakah ada jarak antara paksaan dan nasib, maka
Syeikh Sayyid Baqir menjawab: Ya, ada. Jaraknya lebih luas antara langit dan
bumi. Beliau juga berkata, Tidak adapaksaan ataupun kebebasan yang tidak
terbatas. Jalan terbaik adalah jalan yang ada di tengah-tengah. Ketika ia
ditanya tentang jalan tengah itu, ia menjawab, Izinkan saya memberi satu
contoh kepada anda:
Katakanlah anda mungkin melihat seseorang melakukan dosa. Anda berusaha
mencegahnya namun ia menolak menghentikannya. Setelah itu anda meninggalkannya
untuk melakukan dosa tersebut. Ketika ia tidak mendengarkanmu dan malahan
berdegil berbuat dosa, itu tidak bererti bahawa anda sendiri telah mendorongnya
untuk melakukan dosa itu.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment