Asma ul-Husna ke-88
Al-Ghaniyy ertinya Allah Maha Kaya Raya, Zat yang Memiliki Kekayaan
sebagaimana firmanNya bermaksud:
Hai manusia, kalianlah yang
perlu kepada Allah dan Allah Dialah Yang Maha Kaya dan Maha Terpuji.
Allah Maha Kaya
Raya
Sacara linguistik, ghina, akar
kata al-Ghani, ertinya kemandirian yakni mampu mencukupi. Lawannya adalah faqr,
miskin, berkeinginan, perlu, memerlukan. Kemandirian atau self-sufficiency memiliki banyak corak.
1. Tidak memiliki keperluan dan tak seorang pun yang bebas dari keperluan
terhadap seseorang atau sesuatu selain Allah. Pengertian ini tercantum dalam
ayat bermaksud:
Kepunyaannya adalah segala
sesuatu yang ada di langit dan segala sesuatu yang ada di bumi. Sesungguhnya
Allah benar-benar Maha Kaya dan Maha Terpuji.
(Al-Hajj:64)
2. Jumlah keperluan seseorang itu sedikit atau terbatas yang diisyaratkan
dalam ayat yang bermaksud :
Dan Dia mendapatimu sebagai
seorang yang kekurangan lalu Dia memberikan kecukupan.
(Adh-Dhuha: 8)
3. Apa yang disuarakan oleh segelintir orang yang jahil di antara
orang-orang beriman yang mendakwa bahawa Allah itu miskin sementara mereka
kaya. Kemudian Zat Yang Maha Memiliki semua kekayaan dan kemuliaan menjawab
tuduhan mereka dalam ayat yang bermaksud:
Sebenarnya Allah itu miskin
dan kami kaya. Pastilah Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan mereka
membunuh paranabi tanpa alasan yang benar dan Kami akan mengata , Rasakanlah
bagi kalian azab yang membakar.
(Ali Imran:
181)
Al-Ghani tidak mempunyai keperluan pada diriNya sendiri atau dalam
sifat-sifat atau perbuatan-perbuatanNya, pada siapapun atau pada apapun. Dia
tidak memerlukan siapapun sementara segala sesuatu memerlukanNya.
Menganggap diri
kaya
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusiayang kelapanpuluh lapan
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menganggap diri sendiri kaya dengan
anugerah dan kurnia yang dilimpahkan Allah berupa kehidupan, rezeki dan
keimanan.
Nabi saw diriwayatkan telah bersabda: Kekayaan
bukanlah berlimpahnya segala sesuatu.Sebaliknya kekayan terdapat pada jiwa
seseorang.
Tingkat tertinggi dari kekayaan adalah kebahagiaan, kepuasan dengan nikmat
yang telah tersedia di bumi. Oleh,
sesungguhnya kekayaan yang sebenar
adalah perasaan bahagia dalam keimanan kepada Allah. Seseorang boleh jadi amat
miskin namun ia mencuba tampil sebaik-baiknya di hadapan manusia. Perhatikanlah
firman Allah yang bermaksud: ......orang-orang
yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari
meminta-minta (Al-Baqarah:273)
Oleh itu, sebagaimana Allah tidak memerlukan sesiapa pun selain diriNya
sendiri, maka kita seharusnya tidak terlalu bergantung kepada makhluknya.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment