Latar belakang
Intergrasi dan peraduan kaum memainkan peranan yang sangat besar bagi
memajukan negara. Kejayaan sesbuah negara dalam era globalisasi dan liberalisasi bergantung kepada perpaduan
rakyat, ketahanan dalaman dan kemampuan daya saing generasi
masa hadapan. Generasi masa ini dan masa
hadapan di Malaysia perlu lebih bersatu padu demi keharmonian sebuah negara
yang majmuk. Hasrat pertubuhan sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh
para pemimpin negara sebagai wahana
untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk
generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara sama lain serta
melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan negara seperti
yang dinyatakan dalam Ordinan Pelajaran
1952.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa
berusaha untuk memperkasakan SK dengan meningkatkan kualiti SK agar menjadi
sekolah pilihan utama ibu bapa tanpa mengira kaum dan agama. Walaupun pelbagai
inisiatif dan program telah dilaksanakan oleh kerajaan, hasrat dan aspirasi
penubuhan SK untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menghadapi pelbagai
cabaran.
Brif ini bertujuan membincangkan isu-isu yang menjadi halangan dan cabaran
dalam hasrat kerajaan memperkasakan SK sebagai sekolah pilihan pelbagai kaun
berserta inisiatif memperkasakan SK yang telah dan sedang dilaksanakan.
Faktor-faktor yang menjadi penghalang dan cabaran adalah seperti peningkatan
permohonan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsan Tamil (SJKT), pemasuhan kuota kemasukan murid warganegara Malaysia,
pelaksanaan Dasar Memartabatkan BahasaMalaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris dan
perkembangan homeschooling. Matlamat brif ini adalah untuk mendapatkan
pandangan daripada ahli Majlis Penasihat berkaitan cadangan langkah ke hadapan
bagi memperkasakan SK.
Isu
Pada masa ini perpaduan kaum yang dihasratkan melalui pendidikan masih
belum tercapai dan SK tidak lagi menjadi pilihan utama untuk semua kaum. Ini
dapat dilihat dengan perkembangan pendidikan di peringkat nasional seperti yang
berikut:
#1 Peningkatan
permohonan penubuhan SJKC dan SJKT
Semenjak kebelakangan ini desakan penubuhan SJKC dan SJKT baharu semakin
meningkat atas alasan peningkatan enrolmen murid di SJKC dan SJKT, Kelulusan
bagi penubuhan sekolah jenis kebangsaan ini boleh mengakibatkan polarisasi kaum
yang lebih meluas. Peningkatan penubuhan SJKC dan SJKT secara tidak langsung
mengakibatkan permohonan bagi penambahan sekolah menengah jenis kebangsaan
(SMJK) sebagai kesinambungan pendidikan vernakular di negara ini. Perkembangan
ini mengakibatkan pengaliran keluar murid Cina dan India dari SK dan data di
bawah menunjukkan penurunan enrolmen murid Cina dan India di SK.
Jadual : Peratus Murid Cina dan India di Sekolah Kebangsaan:
Jenis Sekolah
|
2000
|
2011
|
2014
|
Cina
|
India
|
Cina
|
India
|
Cina
|
India
|
SK
|
8
|
49
|
4
|
38
|
0.9
|
2.8
|
SJKC
|
92
|
5
|
96
|
5
|
85
|
2.2
|
SJKT
|
0
|
47
|
0
|
56
|
0.03
|
99.6
|
Sumber : BPPDP,KPM
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Razali Ibrahim
mempersoalkan kewajaran bilangan SJKC ditambah mengikut desakan
daripada pihak tertentu sedangkan KPM perlu memberi fokus kepada pengukuhan SK.
Oleh itu, beliau meminta kerajaan menghentikan kelulusan permohonan pembinaan
SJKC baharu dan meminta kerajaan mengambil maklum tentang kedudukan SK sebagai
sekolah untuk semua kaum. Sehubungan dengan itu, KPM hendaklah tegas dalam isu
mempertahankan peruntukan dan dasar sedia ada agar agenda mengintegrasikan
rakyat Malaysia dapat dicapai. Walau bagaimanapun, dengan sistem pendidikan
negara yang memberi opsyen kepada pelbagai pilihan persekolahan kepada ibu
bapa, sokongan ibu bapa menghantar anak mereka ke SK semakin berkurangan
terutamanya di kawasan bandar. Akibatnya terdapat beberapa SK menjadi sekolah
kurang enrolmen.
#2 Pemansuhan
kuota kemasukan murid warganegara Malaysia
Susulan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) yang
dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 18 Januari 2012 memutuskan
pembukaan kuota kemasukan murid warganegara ke sekolah antarabangsa daripada 40
peratus kepada 100 peratus. Hakikatnya, murid di sekolah swasta adalah dalam
kalangan ibu bapa berpendapatan tinggi. Keputusan pemansuhan kuota kemasukan
muridwarganegara Malaysia , secara tidak langsung mengakibatkan ibu bapa tidak
memilih SK sebagai sekolah pilihan. Hal tersebut mengakibatkan intergrasi
pelbagai kaum dan sosioekonomi tidak tercapai. Data di bawah menujukan
peningkatan enrolmen murid warga negara di sekolah swasta,
Data juga menunjukkan bahawa
kemasukan murid ke sekolah antarangsa
didapati tidak seimbang daripada segi jumlah murid berdasarkan kaum.
Enrolmen murid Melayu ialah 16 peratus berbanding dengan kaum Cina sebanyak 69
peratus dan 15 peratus kaum India. Jika ini berterusan dikhuatiri jurang di
antara kaum semakin meluas.
#3 Pelaksanaan
Dasar MBMMBI
Pada 8 Julai 2009 Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sainsdan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan
MBMMBI. Pelaksanaan Dasar MBMMBI telah mendapat tentangan daripada pelbagai
pihak yang melihat kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar mata
pelajaran Matematik dan Sains. Dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI, terdapat
peningkatan bilangan sekolah yang menggunakan BM sepenuhnya atau dwibahasa
dalam PdP Sains dan Matematik.
Secaratidak langsung pelaksanaan dasar MBMBI ini menyebabkan berlakunya
perpindahan murid daripada golongan ibu bapa yang berkemampuan ke sekolah
menengah swasta yang mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris.
#4 Perkembangan
homeschooling
Menurut laporan media, homeschooling semakin berkembang dan situasi ini
memberi implikasi kepada enrolmen murid di sekolah menengah. Perkembangan ini
disebabkan terdapat segolongan ibu bapa telah hilang kepercayaan kepadasistem
pendidikan kebangsaan. Walaupun homeschooling tidak digalakkan di Malaysia,
dikhuatiri jumlah murid yang mengikuti homeschooling di peringkat menengah
semakin meningkat. Hal ini adalah kerana pelaksanaan homeschooling tidak jelas
daripada aspek dasar. Secara amnya pelaksanaan homeschooling di Malaysia
berkaitan dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di peringkat pendidikan
rendah (akta Pendidikan 1996, Seksyen 29A) dan berdasarkan Garis Panduan
Pendidikan Wajib (Penangguhan dan Homeschooling) yang menjelaskan
penguatkuasaan Pendidikan Wajib.
Ibu bapa yang ingin melaksanakan homeschooling bagi murid sekolah rendah
perlu memohon kebenaran daripada KPM dan semua aktiviti PdP perlu dilaksanakan
oleh ibu bapa di rumah mereka.Kebanyakan murid yang mengikutihomeschooling
adalah murid di peringkat menengah yang tidak tertakluk kepada dasar pendidikan
wajib. Walau bagaimana pu terdapat homeschooling yang dilaksanakan secara
community based (kebanyakannya murid sekolah menengah) di pusat tuisyen yang
juga melaksanakan IGCSE dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa
pengantar. Perkara ini bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan
Pendaftaran Institusi Pendidikan ) 1997 yang hanya membenarkan pusat tuisyen
memberi pendidikan bimbingan atau membantu seseorang muridyang sedang belajar
di sekolah bagi menyediakan murid tersebut untuk menduduki peperiksaan. Selain
itu, pusat tuisyen hanya dibenarkan melaksanakan mata pelajaran kurikulum
kebangsaan.
Inisiatif
memperkasa SK
KPM berhasrat untuk menjadikan SK sebagai sekolah yang cemerlang dalam
pelbagai aspek. Hal ini meliputi prasarana, pencapaian kokurikulum dan sukan,
penguasaan teknologi komunikasi dan maklumat (TMK), kualiti guru dan kepimpinan
sekolah. Antara langkah yang telah diambil bagi memertabatkan SK sebagai
sekolah aliran pilihan utama adalah dengan :
i) membuka kelas prasekolah di SK bagi memastikan pendidikan awal
kanak-kanak tidak terabai;
ii) menaik taraf infrastruktur SK yang daif
iii) membekalkan kemudahan bekalan elektrik dan air bersih di SK dalam Rancangan Malaysia ke-10 di
sekolah-sekolah yang tiada kemudahan-kemudahan tersebut.
iv) memperkenalkan mata pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai mata
pelajaran tambahan dalam jadual waktu SK;
v) meningkatkan kualiti guru dan pemimpin seperti penempatan pembimbing
guru dan pengetua/guru besar (SISC+ dan SIPartners+) di sekolah, pelaksanaan
Program Peningkatan Profesionalisme (CPD), Program Pemantapan Sekolah
Kebangsaan dan Program Pembangunan Organisasi untuk Kecemerlangan Sekolah
(PrOD) dan
vi) memperluas Program Transformasi Daerah (DTP), fungsi dan peranan
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) diperluas
sebagai rakan pembantu dan pemantau prestasi sekolah serta bertanggungjawab
menganalisis data sekolah.
Secara amnya, pelaksanaan inisiatif di atas tidak dapat melonjakkan imej SK
sebagai sekolah pilihan. Sebagai contoh, langkah melaksanakan pengajaran mata
pelajaran bahasaCina dan Tamil menunjukkan bahawa peratus murid yang berminat
untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di SK adalah sederhana, iaitu kurang
daripada 50 peratus. Daripada 130 buah SK, hanya 9 buah SK mempunyai lebih
daripada 50 peratus murid mempelajari bahasa Cina. Peratus murid yang mengambil
bahasa Cina di 107 buah sekolah adalah kurang daripada 40 peratus. Bagi bahasa
Tamil, 90 daripada 94 buah SK mempunyai kurang daripada 40 peratus murid
mengambil bahasa Tamil. Pengenalan mata pelajaran bahasa Cina dan Tamil tidak
berjaya menarik murid kaum Cina dan India ke SK.
Di samping itu pandangan ibu bapa terhadap kawalan disiplin murid yang
kurang memuaskan serta terlalu menjurus kepada ciri-ciri keislaman merupakan
antara faktor SK tidak menjadi pilihan utama. Pemilihan pengetua dan guru besar
yang kebanyakannya daripada kaum Melayu juga menyumbang kepada pengaliran
keluar murid Cina dan India dari SK.
Kesimpulan
Trend yang berlaku dalam sistem persekolahan pada masa ini amat
membimbangkan. Kepelbagaian pilihan sekolah didapati bercanggah serta tersasar
jauh dari Dasar Pendidikan Negara yang termaktub dalam Laporan Razak dan Rahman
Talib. Ibu bapa boleh memilih untuk menghantar anak-anak mereka kesekolah
kebangsan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah swasta, sekolah
antarabangsa atau homeschooling. Apa yang dapat dilihat sekarang seoalah-olah
seperti suatu pengeluaran yang sistematik dari sekolah kebangsaan. Satu langkah
yang drastik perlu diambil supaya SK menjadi pilihan utama semua kaum bagi merealisasikan matlamat pendidikan untuk
perpaduan tercapai.
Wallahu ’alam
Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012-2015
Sektor Dasar, BPPDP, KPM
ms 81-86