Sunday, May 1, 2011

….orang cemerlang ( bhg ke-2 )


  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MEMBENTUK DAN MEROBOHKAN TEMBOK YANG MENGHALANG HUBUNGAN YANG KENTAL.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MENGGUNAKAN POTENSI MINDA SEOPTIMUM MUNGKIN. MINDA MENGAWAL SETIAP TINDAKAN YANG KITA LAKUKAN.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA CERIA DAN BERSEMANGAT.GUNAKAN PELBAGAI KAEDAH DAN CARA BAGI MEMASTIKAN KITA CERIA DAN BERSEMANGAT SETIAP HARI.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA FOKUS PADA APA YANG DAPAT DILAKUKAN DAN TIDAK PERLU RISAU BERKENAAN APA YANG TIDAK MAMPU DILAKUKAN.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA BERUSAHA MENARIK HIDAYAT TUHAN. BANYAK CARA YANG BOLEH KITA USAHAKAN BAGI MEMASTIKAN KITA DIHUJANI HIDAYAT OLEH TUHAN.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN DAN BERSEDIA MENERIMA TEGURAN ATU NASIHAT DARIPADA ORANG LAIN.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MEMPROGRAM MINDA SETIAP HARI (MENGGAMBARKAN, FIKIRAN POSITIF, BISIKAN POSITIF, GAMBARAN MENTAL YANG JELAS ) GAMBARAN MENTAL YANG JELAS LEBIH BERKESAN DARIPADA AZAM YANG KUAT.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MEMAAFKAN ORANG LAIN DAN MUDAH MEMINTA MAAF DARIPADA ORANG LAIN. KEMAAFAN MEMBAWA PELBAGAI KEBAIKAN DIRI KITA.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MEMBERIKAN RESPONS, BUKAN REAKSI. REAKSI ADALAH TINDAK BALAS. RESPONS ADALAH TINDAKAN SECARA PROKATIF DAN BERHIKMAH. REAKSI KE PADA UMPATAN ORANG ADALAH DENGAN MEMBELA DIRI ATAUPUN MENGATA ORANG. RESPONS PULA ADALAH MENILAI KESILAPAN DIRI YANG MENYEBABKAN ORANG MENGUMPAT KITA.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI KEBERKATAN DALAM SETIAP TINDAKAN YANG DILAKUKAN. INI DAPAT DICAPAI DENGAN NIAT YANG MURNI, MENGELUARKAN ZAKAT, MENDOAKAN IBU BAPA DAN GURU-GURU, BEKERJA DENGAN IKHLAS SERTA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN SEBAGAINNYA.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MEGAWAL PANCAIBDERANYA DENGAN SEMPURNA. JAGA LIDAH, MATA, TELINGA, TANGAN, KAKI DAN HIDUNG.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MENJADIKAN DIRINYA SENTIASA DISAYANGI TUHAN DAN DIBENCI OLEH SYAITAN.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MEMPUNYAI GURU, MENTOR ATAUPUN PAKAR RUJUK YANG DAPAT DIJADIKAN TEMPAT MEMINTA NASIHAT DAN BIMBINGAN.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA MEMECAHKAN KITARAN SENGSARA YANG MUNGKIN BERLAKU KEPADA DIRINYA. ANDAIANNYA SETIAP YANG BAIK DATANGNYA DARIPADA TUHAN DAN SETIAP YANG BURUK ADALAH KESILAPAN DIRI SENDIRI.

  1. ORANG CEMERLANG SENTIASA ZUHUD DAN TIDAK MEMBAZIR. PEMBAZIRAN MENJAUHKAN DIRI KITA DARIPADA MENCAPAI MATLAMAT YANG DIBENTUK.

Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah
PTS Millendia Sdn. Bhd.


No comments:

Post a Comment