Seorang alim berkata : Kehormatan orang zahid itu dalam sepuluh macam
1. Memusuhi syaitan itu dianggap sebagai kewajipan,karena firman Allah : Innasy
syaithana lakum aduwwun fattakhidzuhu aduwa (Sesungguhnya syaitan itu musuhmu,
maka jadikanlah ia sebagai musuh ).
2. Tidak berbuat sesuatu kecuali dengan dalil yang dapat dipertahankannya di hari
kiamat, kerana firman Allah : Qul hatu burhaa nakum in kuntum shaadiqien.
( Katakanlah, tunjukkanlah bukti dalilmu jika kamu benar-benar).
3. Mereka selalu siap untuk menghadapi maut kerana firman Allah : Kullu nafsin
dzaa’iqatulmauut (Tiap jiwa pasti akan merasakan mati).
4. Mereka mencintai atau membenci kerana Allah, kerana firman Allah : Laa tajidu
qauman yu’minuna billahi wal yaumil akhiri yuwaadduna man haadda Allaha
warasulahu, walau kaanu aabaa’ahum au abnaa’ahun au ikhwanahum au asyiratahum,
ulaa’ika kataba fi qulubi himul iemaana. (Tidak akan kamu dapatkan suatu kaum yang
beriman pada Allah dan hari kemudian itu mencintai orang yang menentang pada
Allah dan Rasulullah, meskipun mereka ayah kandung atau anak kandung atau saudara
kandung mereka atau sesuku dengan mereka, mereka itulah orang-orang yang telah
tercatat dalam hati mereka iman kepercayaan. ) Yakni orang yang beriman tidak
berkawan atau bersekutu pada orang yang menentang atau menyalahi perintah Allah,
walau itu ayah, anak atau saudara kandung sendiri.
5. Mereka melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar karana firma Allah : Wamur bil
ma’rufi wanha anil munkari, washbir alaa maa ashabaka, inna dzalika min azmil
umuur. ( Anjurkan kebaikan dan cegahlah yang mungkar (kejahatan) dan sabarlah atas
apa yang menimpa padamu, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang
agung mulia).
6. Mereka selalu memerhati dan memikirkan makhluk Allah karana firman Allah :Wa
yatafakkaruna di khalqissamaawaati wal ardhi. ( Dan mereka memperhatikan kejadian
langit dan bumi ). Di lain ayat : Fa’tabiru ya ulil abshaar. ( Perhatikanlah wahai orang
yang berpemandangan fikiran )
7. Mereka menjaga hati dan fikiran jangan sampai memikirkan sesuatu yang tidak
diredhai Allah kerana firman Allah : Innas sam’a walbashara wal fu’aada kullu
ulaa’ika kaana anhu mas’uula. (Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan
perasaan (hati / pikiran ) semua itu akan ditanyaNya).
8. Tidak merasa aman dari murka Allah (yakni kebalikan dari sesuatu kerana firman
Allah : Falla ya’manu makra Allahi illal qaumul khaasirun. ( Tidak merasa aman dari
murka Allah (kekuasaan Allah untuk membalik sesuatu) kecuali kaum yang rugi.
9. Tidak putus dari rahmat Allah, karana firman Allah : Laa taqnathu min rahmati Allah,
inna Allaha yagh firudz dzunuba jami’a, innahu huwal ghafururrahiem, (Janganlah
kamu putus harapan dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan semua
dosa, sungguh Allah maha pengampun lagi penyayang.)
10. Tidak gembira karana mendapat dunia dan tidak susah jika tidak mendapat bagian
dunia kerana firman Allah : Likallaa ta’sau ala maa faatakum walaa tafrahubimaa
aataakum, (supaya kamu tidak menyesal atas apa yang terlepas dari tanganmu dan
tidak gembira pada apa yang tercapai olehmu). Kerana seorang hamba tidak
mengetahui kebaikan dirinya dalam apa yang dicapai atau terlepas dari tangannya.
Kerana itu seharusnya ia tenang dalam kedua-dua keadaan itu.
Maka contoh seorang mu’min bagaikan bunga aas yang tidak berubah menghadapi dingin dan panas, sedang orang munafiq bagaikan mawar yang mudah rusak kerana sedikit perubahan hawa, maka seorang mu’min tidak berubah dalam senang dan susah, kaya dan miskin, sehat dan sakit kerana ia redha dengan hukum dan takdir Allah yang menimpa pada dirinya sedang orang munafiq jika mendapat ni’mat berbangga, berjingkrak dan merintih jika menderita ujian bala. Maka seharusnya seorang mu’min mengikuti jejak dan bertauladan pada para nabi dan orang-orang zahid yang salihin dan jangan sekali-kali meniru dan terpengaruh dengan perbuatan orang-orang kafir dan munafiq.
Wabillahit taufiq. Wallahu a’lam.
( Tanbihul Ghafilin, 1978 )
No comments:
Post a Comment