Thursday, May 12, 2011

Jalan menuju syurga…..


  1. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan iman seseorang mempunyai cabang sehingga sempurna.
  2. Ini adalah bait-bait daripada kitab “ al Kusyiniy “ iaitu orang-orang yang mengucapkan (menyusun) bait-bait berikutnya setelah beliau mengucapkan selawat dan salam.
  3. Semoga selawat dan salam itu melimpah kepada nabi Muhammad saw, keluarganya, sahabat-sahabatnya selama matahari dan bintang-bintang di langit masih berputar pada garis edarnya.
  4. Iman kita itu ada tujuh dan tujuh puluh cabang di mana orang-orang mulia sangat mengharapkan dapat menuempurnakannya.
  5. Berimanlah kepada Tuhanmu, malaikatNya, kitab-kitabNya, para nabi dan hari di mana seluruh alam akan hancur (iaitu hari kiamat).
  6. Dan berimanlah kepada hari berbangkit, kepastian yang agung dan berkumpulnya kita di padang Mahsyar di mana di dalam padang itu terdapat seluruh makhluk dengan perasaan gentar.
  7. Dan sesungguhnya tempat kembalinya orang Islam itu ke dalam surga-surganya dan sesungguhnya tempat kembalinya orang kafir itu ke dalam neraka jahanam.
  8. Cintailah Tuhanmu, takutlah akan kepedihan siksaNya dan kepada rahmatNya, berharaplah serta bertawakallah wahai orang Islam.
  9. Cintailah nabimu kemudian agungkan derajatnya, berlakulah bakhil dengan agamamu selagi diketahui olehmu dosa
  10. Tuntutlah ilmu kemudian ajarkanlah ia kepada manusia. Agungkan firman Tuhan dan bersucilah maka kamu akan dijaga.
  11. Solatlah, keluarkan zakat hartamu kemudian berpuasalah. Dan beri’kikaflah, kerjakanlah haji, berjihadlah sungguh-sungguh maka kamu akan dimuliakan.
  12. Tetap dan teguhlah, berikan seperlima harta rampasan perang (dari orang kafir) sehingga imam yang menjadi hakim membahaginya.
  13. Merdekakanlah (budak belian), bayarlah kafarat (tebusan), sempurnakanlah janji, bersyukurlah. Jagalah lisanmu, kemudian farjimu (kemaluanmu) maka kamu akan mendapat laba (kebahagian di dunia dan akhirat ).
  14. Mencari penghasilan itu wajib sebagaimana mencari ilmu.
  15. Takutlah kamu akan pakaian berserta bejana (wadah) dan permainan (kesenian) yang benar-benar dilarang. Belanjakanlah dengan baik kalau tidak kamu akan berdosa.
  16. Tinggalkanlah dan tahanlah setiap dendam dan dengki, tutuplah olehmu cacat / cela orang-orang islam niescaya selamatlah kamu.
  17. Ikhlaslah kepada Tuhanmu kemudian gembiralah dengan taat dan susahlah sebab kejelekan, taubatlah sedang kamu adalah orang yang menyesal.
  18. Datangilah (berikanlah) kurban dan berikanlah hadiah kepada ulil amri (pemimpin) taatilah mereka maka tidak berdosa kamu.
  19. Berpeganglah wahai kekasihku apa yang ada pada golongan orang-orang Islam dan putuskanlah (sesuatu perkara) dengan adil serta cegahlah apa-apa yang itu dosa.
  20. Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik sedang kamu taqwa mescaya kamu dimuliakan (disisi Allah).
  21. Merasalah malu kamu kepada Tuhanmu, santunilah baik-baik orang tua,  kepada sanak kerabat hubungilah, perbaguslah budi pekertimu maka kamu dibelas kasihi.
  22. Berbuatlah  baik kepada hamba sahayamu, maafkanlah ia dan didiklah dan taat kepada para majikan bagi hamba sahaya itu wajib.
  23. Jagalah hak-hak isteri dan anak-anak, berikanlah nafkah, didiklah mereka maka yang demikian itu (memberi nafkah dan mendidik ) adalah diwajibkan.
  24. Cintailah para ahli agama, jawablah salam mereka, tengoklah orang-orang sakit, solatilah orang-orang Islam yang mati.
  25. Doakanlah orang Islam yang bersin yang memuji kepada Tuhan, jauhilah wahai saudaraku dari sesuatu yang merosakkan maka kamu tidak dianiaya.
  26. Hormatilah kepada tetangga, kemudian tamu dan tutupilah semua cela ahli agama maka selamat dan beruntunglah kamu.
  27. Dan sabarlah, berlaku zuhudlah dan benar-benar datanglah dengan kecurigaan. Berpalinglah dari percakapan yang sia-sia, dermawanlah, maka kamu jadi mulia.
  28. Hormatilah orang tua, dan kasihanilah anak-anak kita. Perbaikilah hubungan kerana pemboikotan sesama orang Islam, maka kamu dimuliakan.
  29. Cintailah manusia apa yang kamu cintai untuk dirimu agar supaya kamu mendekat kenikmatan di surga.
Wallahu’alam.

(Pustaka Tintamas, 1990)

No comments:

Post a Comment