Saturday, May 7, 2011

……siapalah aku

Siapalah aku sebelum kelahiran
tiada bernama juga gelaran
wujudku nanti bukan hiburan
mengenal Tuhan segala kebesaran

Siapalah aku setelah kelahiran
datangku bersama tangisan kedengaran
lahirku kini mula pelayaran
mengharungi kehidupan penuh cabaran

Siapalah aku di bumi raya
kerdil lemah mudah terpedaya
menjadi khalifah kedudukan mulia
memikul amanah sedaya upaya

Siapalah aku tiada bertuhan
kukuhkah berpaut dahan kerapuhan
sampaikah tujuan tanpa arahan
atau keletihan dalam kebodohan

Siapalah aku dalam kehidupan
sekadar waktu buat persiapan
usah jadikan dunia harapan
semoga kalimah Tuhan akhir ucapan

Siapalah aku tidak lagi bernyawa
berpisah keluarga harta teman ketawa
cuma membawa amal bersama
bila di mana kembali bersua

Siapalah aku sesudah mati
soalan kubur sedia menanti
tiada terlepas semuanya pasti
beruntungnya aku hidup berbakti

Siapalah aku tatkala kiamat
permulaan hari tiada penamat
mendapat balasan ataupun nikmat
semoga beroleh dariMu rahmat

Siapalah aku di hari kebangkitan
dihimpun semua saksi perbuatan
satu persatu terperinci catatan
apa tersembunyi jelas kelihatan

Siapalah aku di hari pembalasan
berdebar menanti bicara keputusan
layakkakh aku beroleh pembebasan
atau penyesalan penuh tangisan

Siapalah aku terhumban ke neraka
sabarkah aku menanggung celaka
di dunia meraung sedikit terluka
bijakkah pilihan hidup yang leka

Siapalah aku mengharap syurga
amalku kurang tidak berharga
SyurgaMu mahal tidak terhingga
ke dalam di larang, biarku di tangga

Siapalah aku di sisiMu Allah
ampuni daku selalu bersalah
beriku cinta tiada berbelah
biar hidup matiku fisabilillah

( Abu Ridhwan Ibn Omar, 2005 )

Catatan :

Hari ini. Kelas Abbasid Poetry. Kena tasmi’ 7 bait syeir. Ustat Maahad ku sungguh kelakar. Ustaz pesan rajinkan diri baca Quran. Jangan asyik dengar Syeikh Ghamidi dalam henpon saja. Nanti henpon pula yang masuk syurga. Ustaz beri contoh.
Contohnya, terjumpa henpon yg kita kenal di bawah pohon di syurga di akhirat nanti. Mana Yusof tuannya? Kitorang dah siap komen.. “ Haisyy.. ustat ni..” dengan sangkaan bahawa ustaz akan kata Yusof masuk neraka. Cuma tak sebut je la. Jawapan ustaz “ Rupanya Yusof di syurga tingkat atas lagi. Henpon tinggal kat syurga bawah.” LOL. Apa punya contoh la ustat bagi ni. Wallahu'alam.

http://tomatosyakira.blogspot.com

No comments:

Post a Comment