Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna,hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami din iaitu cara hidup yg jitu dan unggul, selamatkanlah kami dari segala bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yg tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Ya Allah, berikanlah kami iman yg sebenarnya sehingga kami tidak gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yg bersama-sama kami.
Ya Allah, Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri walaupun kadar sekelip mata atau kadar yg lebih mudah dan cepat wahai Tuhan yg memperkenankan doa. Perkenankanlah....ammen.
No comments:
Post a Comment