Monday, February 28, 2011

Surah Al-Ikhlash (Tulus )

Lima ayat – turun di Mekah

Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang

Keterangan :

Erti  maksudnya dan pelajaran yang kita dapat dari Bismillah itu telah tersebut di permulaan surah Al-Fatihah.

1. Katalah : Dia itu Allah yang Tunggal

Allah Taala menyuruh nabiNya menyampaikan kepada kita atau kepada orang yang bertanya kepadanya, atau Allah Taala memerintah tiap-tiap seorang daripada kita supaya mengaku dan beri’tiqad bahawa Allah itu tunggal iaitu bahawa Tuhan yang menjadikan dan yang memelihara sekalian alam ini hanya satu saja, tidak dua sebagaimana i’tiqad sebahagian daripada manusia bahawa ada Tuhan yang menjadikan dan ada pula Tuhan yang membinasakan dan sebagaimana i’tiqad sebagian lain, bahawa Tuhan yang menjadikan kebaikan itu lain daripada Tuhan yang menjadikan kejahatan dan tidak pula tiga, sebagaimana i’tiqad kaum Nashara bahwa yang dikatakan Allah itu ialah bapak dan anak dan ruh suci dan tidak pula lebih dari itu sebagaimana i’tiqad beberapa golongan manusia daripada penyembah berhala.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat ini :

Di dalam segala hal ehwal kita, pagi dan petang, malam dan siang, susah dan senang, suka dan duka, untung dan rugi, sihat dan sakit, jangan ada lain pegangan kita melainkan Allah : jangan ada tempat kita hadapkan dan tunjukkan ’ ibadat ’ kita lain dari Allah; jangan ada siapa-siapa yang kita takuti melainkan Allah; jangan ada perintahNya yang kita tinggalkan kerana manusia dan jangan ada laranganNya yang kita kerjakan kerana maklukNya kalau betul kita percaya yang Ia itu tunggal, tidak dua, tidak lebih!

2. Allahlah tempat sekalian (makluk) bergantung.

Keterangan :

Allah menerangkan kepada kita bahawa tempat yang makluk bergantung dengan sebenarnya di dalam segala sesuatu tidak lain melainkan Dia.

Sungguhpun banyak manusia yang merasa, bahawa dirinya berkeperluan kepada itu dan ini, si itu dan si ini tetapi yang menghasilkan keperluan-keperluan itu tidak lain melainkan Allah.

Ialah Tuhan yang tidak berkehendak atau berkeperluan kepada siapa-siapa tetapi sekalian yang lain daripadaNya berkehendak dan berkeperluan kepadaNya maupun dengan sengaja ataupun tidak.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat ini :

Menurut akal dan agama tidak ada siapapun yang dapat dijadikan  tempat bergantung oleh makluk melainkan Allah ; tidak ada siapa-siapa yang dapat menenuhi keperluan makluk kecuali Allah.

Oleh sebab itu, sewajibnya dan sepantasnya ditentang pertolongan ghaib, janganlah manusia meminta kepada yang lain datipada Allah ; janganlah manusia minta di tempat-tempat yang dinamakan kubur keramat apalagi di tempat-tempat dan barang-barang yang disangka berkeramat dan berwilayat.

Hendaklah kita ketahui bahawa di antara makluk-makluk ini kalau ada yang berkeramat sebagaimana sangkaan umum tentulah sahabat-sahabat Nabi kita s.a.w. lebih utama mendapat pangkat itu.

3. Tidak Ia Beranak

Keterangan :

Maksudnya bahawa Allah Taala tidak menjadi bapak bagi anak yang dilahirkan oleh seorang perempuan dan tidak ia melahirkan anak dari dzatNya sendiri bahkan Allahlah yang menjadikan sekalian bapak dan ibu. Allahlah yang menjadikan mereka beranak, bercucu,.........

Pelajaran yang kita dapat dari ayat itu :

Tuhan tidak sekali-kali mempunyai anak, sebagaimana anggapan kaum Nashrani bahawa Isa itu anak Allah, Malaikat itu bukan anak-anak perempuan bagi Allah sebagaimana i’tiqad sebahagian dari kaum musyrikin. Tidak ada satu pun yang terbit dari dzat Allah sebagaimana i’tiqad sebahagian daripada kaum yang sesat bahawa ’kita sekalian datang dari Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali’ iaitu mereka maksudkan bahawa kita sekalian terbit dari dzat Allah dan akan kembali masuk kepada dzat itu pula.

4. Dan tidak diperanakkan –Dia

Keterangan :

Maksudnya bahawa Allah Taala tidak diperanakkan, dan tidak jadi anak bagi siapa-siapa.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat itu ;

  1. Isa yang di i’tiqadkan oleh sebahagian kaum Nashara yang ia Tuhan itu sebesar-besar kesalahan kerana Tuhan itu tidak diperanakkan sedang Isa anak bagi seorang perempuan.
Ada beberapa lagi berhala yang dianggap sebagai Tuhan oleh pemeluk-pemeluknya sedang berhala-berhala itu asalnya orang-orang yang keluar dari perut ibunya.
  1. Tuhan tidak berasal atau terbit dari sesuatu kerana dzat yang begitu tak dapat dikatakan : ’Dzat yang tidak diperanakkan oleh sesuatu ’
  2. Allah berdiri dengan sendiriNya, kerana Allah tidak diperanakkan oleh siapa-siapa dan tidak berasal dari apa-apa. Dzat yang diperanakkan atau berasal dari sesuatu itu tak dapat dikatakan berdiri dengan sendiri.
  3. Allah tidak berkehendak kepada siapa-siapa kerana Allah tidak berasal dai apa-apa dan tak dizahirkan oleh siapa-siapa.
5. Dan tidak ada siapa pun yang sebaya dengan Dia

Keterangan :

Allah tidak mempunyai bandingan, tidak ada siapa dan apapun yang sebaya dengan Allah. Tidak ada apa pun yang menyamai dzat Allah, sifat-sifat Allah atau af’al Allah, iaitu tidak ada satupun dzat yang sama keadaannya dengan dzat Allah dan tak ada siapapun bersifat sebagaimana sifat-sifat Allah dan tidak siapapun yang dapat mengerjakan seperti pekerjaan Allah.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat itu :

Tidak boleh kita meminta apa-apa keperluan yang tak dapat dicapai dengan ikhtiar  biasa melainkan kepada Allah kerana meminta kepada yang lain itu bererti menyamakan dia dengan Allah sedang Allah itu tidak berbandingan; tidak ada siapapun yang dapat menyampaikan hajat kita melainkan Allah.

( A. Hassan ;  Al-Hidayah, Pustaka Aman Press 1975 )

Saturday, February 26, 2011

Surah Al-Falaq ( Cuaca subuh )

Lima ayat – turun di Mekah

Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang

Keterangan :

Erti  maksudnya dan pelajaran yang kita dapat dari Bismillah itu telah tersebut dipermulaan surah Al-Fatihah.

  1. Katalah :

Aku berlindung dengan Tuhan (yang menjadikan) cuaca subuh, 2 daripada kejahatan barang yang Ia telah jadikan, 3 dan daripada kejahatan malam apabila kelam.

 Keterangan :

Maksudnya, hendaklah engkau berlindung diri kepada Allah yang menjadikan cuaca subuh daripada sekalian kejahatan yang akan terbit di hari itu dan daripada kejahatan barang-barang atau apa-apa yang Ia jadikan : dan hendaklah engkau berlindung diri daripada kejahatan-kejahatan yang akan terbit di waktu malam apabila kelam.

Ringkasnya, diperintah kita berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan yang berlaku di siang hari dan pada waktu malam.

Siang itu satu masa untuk kita mencari dan menghasilkan keperluan hidup kita kerna keperluan hidup itu satu kewajiban.

Di antara manusia ada terlaku banyak orang yang menjalankan larangan dan tegahan Allah dan RasulNya pada menghasilkan kewajiban itu. Banyak orang yang membunuh orang untuk menghasilkan keperluan penghidupan. Banyak orang yang menipu lantaran sesuap nasi. Tidak sedikit orang yang mencuri kerana hendak menutup kelaparan. Tidak kurang pula orang-orang yang mengerjakan sekalian macam maksiat yang tersebut itu dan lainnya kerana mahu menyempurnakan maksud nafsunya pada mengerjakan maksiat.

Alangkah banyaknya maksiat yang dikerjakan oleh manusia pada siang hari dengan alas an hendak menyempurnakan kewajipan hidup! Alangkah besar dosa-dosa yang dikerjakan oleh manusia pada menghasilkan bekal untuk digunakan dalam maksiat!.

Kalau begitu, tidakkah sepatutnya dan sepantasnya kita minta Tuhan lindungkan diri kita dari kejahatan-kejahatan yang berlaku pada siang hari?

Malam itu satu masa yang Tuhan jadikan bagi manusia untuk berhenti penat dan lelah dari berusaha dan bekerja pada menghasilkan penghidupan di siang hari.

Malam itu satu masa yang Tuhan jadikan bagi manusia untuk berhenti penat dan lelah dari berusaha dan bekerja pada menghasilkan penghidupan di siang hari.

Malam itu satu masa yang sepatutnya dihabisi sebahiannya dengan mengajar dan belajar ilmu-ilmu yang tak dapat dipelajari pada siang hari, dengan nasihat dan musyawarah apa-apa yang perlu untuk penghidupan, pergaulan dan agama, dengan tfakkur dan fakir akan apa-apa yang patut dikerjakan untuk kebaikan diri sendiri dan kebaikan umum, dengan mengenang-ngenang nikmat dan rahmat Allah atas kita supaya kita bersyukur kepadaNya, dengan ziarah dan melawat sahbat handai yang kesusahan atu kesakitan atau yang sudah lama tidak bertemu, dengan beromong-omong, bersukaria dengan anak isteri dan ahli rumah, dengan beribadah dan tafakkur akan akhirat supaya bersih dan lembut hati, dan dengan….dengan……dengan……..

Malam yang begitu besar gunanya, malam yang memberi begitu kelapangan untuk kita mengerjakan kebajikan dan kebaikan, digunakan oleh kebanyakkan manusia pada mengerjakan maksiat kepada Allah.

Pada waktu malam manusia mencuri, berjudi, berzina, bunuh orang, berbuat maksiat itu dan ini!.

Alangkah besar kejahatan yang berlaku pada malam! Tempat bagi mengerjakan kebaikan, digantikan dengan kejahatan!. Bukankah sudah sepantasnya dan selayaknya kita minta Tuhan pelihara kita daripada kejahatan yang akan berlaku pada malam apabila kelam?

Pelajaran yang kita dapat dari Ayat itu :

Di siang hari, dari terbit fajar hingga masuk matahari, manusia akan lakukan maksiat buat mencari bekal untuk keperluan hidupnya dan tidak sedikit pula yang mencari bekal untuk keperluan hawa nafsunya.

Kerana itu, wajib kita berlindung diri kepada Allah dan minta Ia lindungkan diri kita daripada maksiat dan kejahatannya.

Malam hari, dari masuk matahari hingga terbit fajar itu, sungguhpun masa yang sepatutnya digunakan buat segala kebaikan diri sendiri, rumahtangga dan umum tetai kebanyakan manusia gunakan dia dengan sebaliknya.

Kerana begitu jauh terbaliknya keadaan itu, wajib kita berlindung diri dan mohon Allah lindungikan kita daripada sekalian kejahatan dan maksiat yang belaku pada malam hari.

4. Dan daripada kejahatan orang-orang yang meniup-niup di simpulan-simpulan.

Keterangan :

An-Naffa-tsati-fil-’uqadi itu erti lafaznya ialah orang-orang atau perempuan-perempuan yang meniup di simpulan-simpulan. Perkataan ini telah dipakai untuk orang-orang atau perempuan-perempuan tukang sihir kerana telah jadi kebiasaan ahli sihir bahawa kalau mereka hendak memutuskan perhubungan antara seorang dengan seorang atau antara laki-isteri, mereka ambil satu tali lalu mereka simpulkan beberapa simpulan, kemudian mereka baca atau jampi lalu mereka tiupkan di satu-satu simpulan sambil membuka simpulan itu dengan maksud  bahawa simpulan persahabatan atau perikatan laki isteri itu akan terbuka sebagaimana terbukanya simpulan-simpulan tali itu.

Jadi perkataan An-Naffa-tsati fi-’uqadi itu boleh digunakan dengan erti ’tukang-tukang sihir.’ Dan juga digunakan dengan erti ’tukang-tukang fitnah yang menghasut-hasut supaya putus perhubungan antara seorang dengan seorang’. Kerana tukang sihir dan tukang menghasut itu tidak ada bedanya tentang membikin bencana di perhubungan persahabatan dan laki-isteri.

Erti yang akhir inilah yang amat sesuai di tempat ini, kerana di dalam erti’penghasut-penghasut yang memutuskan perhubungan’ itu, termasuk tukang-tukang sihir yang juga memutuskan perhubungan.

Oleh sebab itu, maka erti maksud yang terang bagi ayat yang ke empat tadi bersama ayat-ayat yang dahulunya ada begini : Aku berlindung kepada Allah daripada kejahatan yang berlaku pada siang hari dan pada malam  dan daripada penghasut-penghasut yang hendak memutuskan perhubungan antara satu sama dengan lain.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat itu :

Kejahatan tukang-tukang penghasut itu sebenarnya telah termasuk di dalam perkataan kejahatan yang berlaku pada siang dan malam yang kita minta Tuhan lindungkan, tetapi oleh sebab kefahaman tukang-tukang penghasut itu telah ternyata besar bahayanya daripada sekalian kejahatan maka Allah tegaskan sebutannya supaya kita berjaga diri betul-betul daripada orang-orang yang bersifat begitu.

5. Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia jalankan kedengkiannya.

Erti ayat ini bersama ayat-ayat dahulu, adalah begini : Aku berlindung kepada Allah daripada kejahatan yang berlaku pada siang hari dan malam dan daripada kejahatan penghasut-penghasut yang memutuskan perhubungan antara satu dengan yang lain dan daripada kejahatan pendengki apabila ia jalankan kedengkian.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat itu :

Di dalam perkataan kejahatan yang berlaku pada siang dan malam yang kita minta Tuhan lindungi kita daripadanya itu telah termasuk kejahatan pendengki, tetapi oleh sebab bahaya kedengkian itu tidak kurang daripada bahaya hasutan si penghasut maka Allah telah tegaskan pula supaya kita berjaga-jaga dan berlindung diri kepadaNya daripada kejahatan pendengkian apabila ia menjalankan kedengkiannya iaitu apabila ia berusaha pada merusak orang yang didengkinya.


( A. Hassan ;  Al-Hidayah, Pustaka Aman Press 1975 )

Tuesday, February 22, 2011

Ujian

Ujian yang melanda
mengundang resah jiwa
mengajar diri kita sebagai hamba
mengadu kepadaNya segala-gala

Kesusahan yang tiba
menimpa diri kita
adalah sementara tanda kasihNya
mendidik jiwa kita menguji kesabaran

Semua hanya dugaan daripada Tuhan
yang menyayangi kita
menghapuskan dosa dan mendapat pahala
yang berganda dan berharga

Menghapuskan dosa
jika kita sabar dan berdoa

Ujian yang melanda
mengundang resah jiwa
mengajar diri kita sebagai hamba
mengadu kepadaNya Tuhan Yang Esa

Semua hanya dugaan daripada Tuhan
yang menyayangi kita
menghapuskan dosa dan mendapat pahala
yang berganda dan berharga

Menghapuskan dosa
jika kita sabar dan berdoa

( Mustika )

Sunday, February 20, 2011

Mensyukuri Nikmat

Hidup bagai di persimpangan
antara bermacam tarikan
pada kebaikan atau kejahatan
cabaran jua cubaan
sesungguhnya kita insan dhaif
lemah dan kealpaan
segala nikmat datang dan pergi
mengundang kita bersyukur

Nikmat ditambah bagi yang syukur
azab disedia bagi yang kufur
rezeki melimpah... beringatlah
agar tiada hilang keberkatannya
berzakatlah... mendermalah...
moga bersih harta yang tersimpan
ia menjamin... sejahtera
bahagia di dunia akhirat

Aa... aa... aa... aa...
pembaziran merugikan
menyiksakan pada yang tak punya
berjimat itu satu kemuliaan
menyelamatkan apa kemungkinan

( Rabbani )

Saturday, February 19, 2011

Kuatkan Aku

Oh Tuhan kuatkan aku
untuk lalui jalan hidup ini
yang ku inginkan
selalu ada dalam RidhaMu

Berikanlah petunjukMu
agar diriku tak dalam terus sesat
untuk menuju Syurga yang telah
Kau janjikan

Ampunkan diriku
bila selama ini
hanyalah berbuat dosa

Tak sanggup diriku
bila di akhir hidupku
menanggung siksaMu

Aku hambaMu yang lemah
tak sempurna
menunduk sujud dihadapMu

Oh Tuhan kuatkan aku
untuk lalui jalan hidup ini
yang ku inginkan
selalu ada dalam RidhaMu


(Vagetoz)

Taqwa Sebagai Bekalan

Betapa susah mencari iman
jutaan di dalam ujian
karena iman nilaian Tuhan
penyelamatan di hari pembalasan

Alangkah indahnya taqdir Tuhan
di dalam Qoda dan Qodarnya
penyerahan padaNya di dalam segala
persoalan di dalam kehidupan

Tawalkal di dalam ikhtiar
berdo'a bina kenyakinan
hanya senjata bagi mukmin
dalam mengharungi perjuangan

Bersabar menempuh ujian
derita dalam ketenangan
penyubur iman dalam kasih sayang Tuhan
terbina sifat kehambaan

Bersyukur di dalam curahan
limpahan nikmat kebahagiaan
walau derita namun tetap bahagia
kurniaan ketenangan jiwa

Segala pujian bagi Tuhan
agungnya pada keindahan
keunggulan ni qodrat dalam ciptaan
kebesaran tiada tandingan


( Qudwah )

Friday, February 18, 2011

Istiqamah

Sikap istiqamah atau teguh dalam pendirian selalu akan mewarnai sikap seorang muslim sejati. Dia tidak pernah menyembunyikan sesuatu, tidak keras kepala dan tidak diliputi kepalsuan. Dia tidak bersifat munafik. Perbuatan istiqamah yang dijalankannya bukanlah perhiasan tiruan, melainkan perhiasan asli yang dipilihnya. Kerana hal itu adalah perintah Allah dan RasulNya dan merupakan sikap penting setelah seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t, Allah berfirman :

”Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Rabb kami adalah Allah, kemudian ia istiqamah, akan diturunkan atas mereka malaikat (yang mengatakan) janganlah kalian takut dan khuatir dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu  dalam kehidupan dunia dan akhirat, di dalamnya kamu  memperoleh apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Zat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” – Furshilat 30 – 32.

Sungguh besar sekali pahala bagi orang mukmin yang teguh dalam pendirian, mereka akan mendapatkan tempat yang mulia di sisi Allah, Allah memuliakan dan memberikan mereka kedudukan yang tinggi dengan turunnya para malaikat yang bertugas untuk memenangkan dan menghiburkan mereka.

Sikap teguh dalam pendirian (istiqomah) merupakan tingkatan yang sangat tinggi dan sulit untuk dicapai, seseorang tidak mudah untuk mencapai tingkatan itu kecuali bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa serta ikhlas beribadah semata-mata mengharap redhaNya. Dia tidak menyembah sesuatu apa pun kecuali hanya kepada Allah swt dan dia juga tidak suka dirinya diperhambakan oleh hawa nafsu duniawi yang sering menyeret manusia untuk mengumpulkan kekayaan, kemewahan dan mengejar kekuasaan. Marilah kita mengikhlaskan amal ibadah kita hanya untukNya, mengharapkan redha dari Rabb Yang Maha Gagah perkasa.

Ibnu Abbas ra. meriwayatkan dalam menafsirkan firman Allah, ’Fastaqim kamaa umirta’ (maka istiqamahlah kamu sebagaimana Aku perintahkan kepadamu) dia berkata: ”Apa yang turun pada diri Rasulullah saw (al-Quran) tidak ada yang lebih berat dan sulit baginya daripada ayat tersebut.”-HR Muslim.

Termasuk keutamaan istiqamah adalah bahawa seorang muslim sejati itu selalu tampil dalam satu wajah, tidak mudah goyah dan tidak mudah berubah seperti yang sering dilakukan para pendusta yang oleh Rasulullah saw dinyatakan sebagai ’sejahat-jahat manusia’. Sabda Rasulullah bermaksud :

” Sejahat-jahat manusia adalah yang mempunyai dua wajah, kadang berwajah begini dalam keadaan tertentu dan dalam keadaan lainnya menampakkan wajah yang lain,” – HR Bukhari, Muslim.

( Ibnu Hashim, Personalit Muslim )

Thursday, February 17, 2011

Terima kasih cikgu …….

Terima kasih Cikgu  kerana sudi ajar  mereka
Hingga kenal merah biru tahu nilai budi bahasa
Minta halal segala ilmu Cikgu  beri selama masa
Berkat doa dengan restu  mereka boleh berjaya........

Berkat tekun ajar pelajaran Cikgu beri
Bayang panjang sejengkal sampai cara perintah negeri
Tapi kerana terlebih pandai rosak iman punah budi
Jasa guru demo tak nilai serupa kayu hangus api.........

Berburu padang datar
Dapat rusa belang di kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.....

Umpama kain sehelai
Putih hitam kotor suci
Jasa Cikgu bubuh color
Untuk bina generasi..........

Boleh kita kini maju  Cikgu berilah formula
Berkat keramat pesanan Cikgu hingga mereka boleh berjaya.
Berkat dengan manis madu negara kaya raya
Jasa baik pihak Cikgu tiada siapa boleh lupa........

Untung laba daun sehelai tidak Cikgu kira fikir
Baja umbi buah segar orang lain kutip hasil
Gaya  Cikgu jiwa sabar rela jadi macam lilin
Rela diri hangus terbakar beri cahaya ke orang lain.........

Bersabarlah wahai  Cikgu , kami  kasih kami  sayang
Susah payah Cikgu  lalu orang lain tak faham
Penat lelah sedih pilu redah bukit redah hutan
Rela sampai ilmu laut luas sanggup seberang.........

Wahai ahli masyarakat  hargailah jasa Cikgu
Walau hanya sejemput urat walau jasa sebesar kuku
Didik asuh tegur royat hingga mereka  boleh berjaya
Tidur jenera makan sedap rumah tangga beranak cucu.........

Oh yakinlah wahai Cikgu
Jasamu yang tulus suci
Subur teguh jadi tugu
Tumbuh berakar buah berisi
Jasa baik sudah tentu
Cukup masa genap hari
Niat baik tuhan tahu
Jadi bekal sebelum mati...........

Tabahkan hati
Teruskan berjuang
Membina pertiwi jayakan wawasan
Susah lelah atas diri
Tak harap balasan
Negara duduk nanti
Sinar bulan terang .........

Terima kasih Cikgu
Kerana sudi ajar mereka
Hingga kenal merah biru
Tahu nilai budi bahasa

Minta halal segala ilmu
Cikgu beri selama masa
Berkat doa dengan restu
Kami boleh berjaya......

( Allahyarham Cikgu Naim – Al Fatihah )

Wednesday, February 16, 2011

Munajat Hamba

Di dalam keheningan di dalam kegelapan
Kurenungi segala yang terjadi
Kadang aku terjatuh kadang aku terbangun
Untuk mendapatkan cahayaMu Tuhan

Dan terkadang ku bimbang lama ku memikirkan
Dengan diriku yang penuh kekhilafan
Lama diriku ini lama hatiku ini
Untuk mengharapkan ampunanMu Tuhan

Perjalanan penuh dengan onak dan duri
Kulalui dengan ikhlaskan hati ini
Yakin kasih Allah akan menaungi
Untuk membimbing diri ini

Ya Allahu Ya Rabbi ampunilah hamba
Atas segala dosa yang telah kuperbuat
Ya Allahu Ya Rabbi sayangilah hamba
Berikanlah hidayah untukku

(Naam)

Tuesday, February 15, 2011

Ya Rasulallah

Ya Rasulallah (Salamun Alaik)
Ya Habiballah (Salamun Alaik)
Ya Nabiyallah (Salamun Alaik)
Ya Sofiyallah (Salamun Alaik)
Ya Nabiyallah (Salamun Alaik)
Ya Kalimallah (Salamun Alaik)

Selawat salam buat Junjungan
Rasulullah insan pilihan
Berkat budi tuan agama Islam
Menjadi rahmat seluruh alam

Kekal abadi namamu di hati
Budimu tuan kami sanjungi
Marhaban Ya Marhaban Ya
Marhaban Ya Nural Aini
( Diwani )

Monday, February 14, 2011

Pesanan

Dengan lafaz bismillah, kami panjatkan doa
Salam buat saudara, moga berbahagia
Pesanan dari kami, dengan kasih di hati
Di dunia di akhirat diberkati

Di dalam kita meniti usia
Tentulah penuh dengan pancaroba
Dunia menjanjikan suka duka
Semua dugaan Tuhan Yang Esa

Sabarlah dengan dugaan Ilahi
Beriman kita perlulah diuji
Manusia perlu terus berbakti
Demi akhirat negeri abadi

Beramallah bekal menuju Tuhan
Berdoalah dipelihara Iman
Bersyukurlah kita dikurniakan
Nikmat berharga paling utama
Agama Islam
Alhamdulillah

( Diwani )

Sunday, February 13, 2011

Munajat di Bulan Sya’ban

Munajat Sya’baniyyah adalah munajat Imam Ali bin Abi Thalib (as) di bulan Sya’ban. Berikut ini terjemahannya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah sampaikan salawat kepada Muhammad dan Keluarga Muhammad
Dengarlah doaku, ketika aku berdoa pada-Mu
Dengarlah seruanku, ketika  aku menyeru-Mu
Hampiri daku, ketika aku memanggil-Mu

Aku telah lari menuju-Mu
berhenti di hadapan-Mu
bersimpuh pada-Mu, berserah diri pada-Mu
mengharapkan pahalaku dari hadirat-Mu

Engkau ketahui apa yang ada dalam diriku
Engkau kenali segala keperluanku
Engkau arif akan apa yang tergetar dalam hatiku
Tak tersembunyi bagi-Mu urusan kepulangan dan kembaliku
dan apa yang ingin aku ungkapkan semuanya dari mulutku
dan aku ucapkan dengan keinginanku dan mengharapkannya untuk hari akhirku.

Sudah berlaku ketentuan-Mu padaku duhai Junjunganku
apa yang terjadi padaku sampai akhir umurku
baik yang tersembunyi maupun yang tampak padaku
di tangan-Mu bukan di tangan selain-Mu
kelebihanku dan kekuranganku, manfaatku dan madaratku

Tuhanku, jika sekiranya Engkau menahan rejekiku
maka siapa lagi yang akan memberikan rejeki padaku
Jika Engkau mengabaikan aku
maka siapa lagi yang akan membelaku

Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari marah-Mu dan terlepasnya murka-Mu
Tuhanku, jika aku tidak layak memperoleh kasih-Mu
Engkau sangat layak untuk memberikan anugrah kepadaku dengan keluasan karunia-Mu

Tuhanku, seakan diriku telah tersungkur di hadapan-Mu
dan sebaik-baiknya kepasrahaku pada-Mu telah menaungi aku
lalu Engkau berkata apa yang layak Engkau katakan dan Kau liputi aku dengan ampunan-Mu

Tuhanku, jika Engkau ampuni aku siapa lagi yang lebih pantas melakukannya salain-Mu Jika sekiranya ajalku sudah dekat, tetapi amalku tidak mendekatkanku kepadaMu
maka telah aku jadikan pengakuan dosa ini sebagai wasilahku kepada-Mu

Tuhanku, aku telah berbuat zalim dalam memandang diriku
Celaka sudah diriku, jika saja Engkau tidak mengampuninya

Tuhanku, tidak henti-hentinya kebaikan-Mu mengalir padaku hari-hari hidupku,
maka jangan putuskan kebaikan-Mu padaku pada hari kematianku

Tuhanku, bagaimana mungkin aku berputus asa pada pandangan baikku kepada-Mu
setelah kematianku
padahal Engkau tidak memberikan kepadaku selain yang indah saja dalam hidupku

Tuhanku, perlakukanlah aku apa yang Engkau layak melakukannya
Kembalilah padaku dengan karunia-Mu yang Kauberikan kepada pendosa yang sudah dipenuhi kebodohannya

Tuhanku, jika telah Kaututupi dosa-dosaku di dunia
padahal aku sangat memerlukan penutupan pada hari akhirat nanti
karena Engkau tidak menampakkannya di hadapan orang-orang yang saleh
maka jangan mempermalukan aku pada hari kiamat di hadapan para saksi

Tuhanku, anugrah-Mu meluaskan harapku
maaf-Mu lebih utama dari amalku
Tuhanku, bahagiakan aku ketika berjumpa dengan-Mu pada hari kautetapkan keputusan di antara hamba-hamba-Mu

Tuhanku, permohonan maafku kepada-Mu
adalah permohonan seseorang yang sangat memerlukan penerimaan permohonannya Terimalah permohonan maafku
Wahai yang paling pemurah untuk dimohonkan oleh para pendosa

Tuhanku, janganlah kautolakkan keperluanku
jangan Kausia-siakan kedambaanku
jangan kau putuskan dari-Mu harapanku dan cita-citaku

Tuhanku, sekiranya Engkau ingin menjatuhkan aku, tentulah Engkau tidak memberikan petunjuk kepadaku
sekiranya Engkau ingin mempermalukanku,
tentulah Engkau tidak menyelamatkan daku

Tuhanku, tak pernah aku mengira Engkau akan menolak keperluan yang untuk
memperolehnya dari sisi-Mu telah kuhabiskan seluruh umurku.

Tuhanku, bagi-Mu segala sanjung dan puja, selama-lamanya,
sanjugan yang kekal abadi, berlansung terus,
bertambah dan tak pernah habis, sanjung-puja seperti yang Engkau cintai dan Engkau ridhai.

Tuhanku, jika Engkau menuntutku karena kesalahanku,
aku akan menuntut-Mu dengan maaf-Mu
jika Engkau menuntutku dengan dosaku,
aku akan menuntut-Mu dengan ampunan-Mu
jika Engkau memasukkan aku ke dalam neraka,
aku akan memberitahukan kepada para penghuninya bahwa aku mencintai-Mu

Tuhanku, jika amalku kecil di samping ketaatanku padamu,
kedambaanku besar di samping harapanku kepada-Mu

Tuhanku, bagaimana mungkin aku kembali dari hadirat-Mu dengan tangan hampa yang Kautolakkan,
padahal sangka baikku akan anugrah-Mu
pastilah mengembalikanku dengan keselamatan dan rahmat-Mu yang Kaucurahkan.

Tuhanku, sudah aku habiskan umurku tengelam dalam kelalaian kepada-Mu;
telah aku hancurkan kemudaanku dalam kemabukan keterasingan dari-Mu.

Tuhanku, maka aku tidak bangun dari hari-hari ketertipuanku
dan keterperosokanku pada jalan kemurkaan-Mu.

Tuhanku, inilah aku hamba-Mu anak hamba-Mu menghadap-Mu
bertawasul kepada-Mu dengan kemurahan-Mu.

Tuhanku, akulah seorang hamba yang meninggalkan segala keadaan duka ketika menghadap-Mu dengan sedikitnya rasa maluku akan pandangan-Mu; aku mencari ampunan dari-Mu, karena ampunan adalah sifat kemurahan-Mu.

Tuhanku, aku tidak punya kekuatan untuk meninggalkan maksiatku kepada-Mu kecuali pada waktu Engkau bangunkan aku untuk mencintai-Mu. Dan sebagaimana Engkau inginkan aku untuk menjadi aku seperti sekarang ini, maka aku bersyukur kepada-Mu.karena Engkau telah memasukkan aku dalam anugrah-Mu dan karena Engkau telah membersihkan hatiku dari noda kelalaian pada-Mu.

Tuhanku, pandanglah daku
seperti Engkau memandang orang yang Kau panggil dia
lalu dia menjawab panggilan-Mu
yang Kau bimbing dia dengan bantuan-Mu lalu ia mantaati-Mu
Wahai Yang Dekat dan tidak menjauh dari orang yang kebingungan karenanya
Wahai Yang Pemurah tidak bakhil kepada siapapun yang mengharapkan pahalanya

Tuhanku, anugrahkan kepadaku hati yang kerinduannya mendekatkannya kepada-Mu
dan lidah yang ketulusannya mengankatnya kepada-Mu
dan padangan yang kebenarannya mendekatkanya pada-Mu

Tuhanku, sungguh orang yang mengenal-Mu tidak akan diabaikan
yang berlindung kepada-Mu tidak akan dilalaikan
dan orang yang Kau hampiri tidak akan dibiarkan

Tuhanku, sesungguhnya orang yang mengambil jalan-Mu
akan mendapat pencerahan
orang yang berpegang kepada-Mu akan memperoleh perlindungan
Sungguh aku telah berlindung kepada-Mu

Duhai Tuhanku, janganlah Kau sia-siakan
sangkaku akan kasih sayang-Mu
jangan Kau halangi aku dari santunan-Mu

Tuhanku, tempatkan daku di antara para kekasih-Mu
pada tempat orang yang mengharapkan tambahan kecintaan-Mu

Tuhanku, ilhamkan kepadaku kerinduan
untuk berzikir kepada-Mu setelah berzikir kepada-Mu
Ilhamkan kepadaku keinginan untuk berada pada suka cita
kebahagiaan asma-Mu dan tempat kesucian-Mu

Tuhanku, karena-Mu dan hanya dengan ketentuan-Mu
Engkau masukkan daku pada tempat orang yang mentaati-Mu
dan tempat yang baik dari keridhaan-Mu
karena aku tidak mampu melindungi diriku
dan tidak sanggup memberikan manfaat padanya

Tuhanku, akulah hamba-Mu yang lemah penuh dosa
dan milik-Mu yang penuh noda
janganlah Engkau jadikan daku termasuk
orang yang Engkau palingkan wajah-Mu daripadanya
dan yang kelalaiannya telah menghalangi dari maaf-Mu

Tuhanku, anugrahkan kepadaku kesempurnaan kebergantungan kepada-Mu
terangilah pandangan hati kami dengan cahaya penghilatan kepada-Mu
sehingga mata hati kami menyobekkan tirai-tirai cahaya
dan mengantarkan kami pada mahligai kebeseran-Mu
dan arwah kami bergantung pada keagungan kesucian-Mu

Tuhanku, jadikan daku orang yang Kau panggil dia dan dia menjawab panggilan-Mu
yang Kau perhatikan dia, sehingga ia bergetar karena kebesaran-Mu
Engkau sambut dia secara rahasia dan ia beramal karena-Mu secara terbuka

Tuhanku, aku tidak biarkan keputusasaan mengalahkan sangka baikku kepada-Mu
dan tidak berputus harapanku akan keindahan kemurahan-Mu

Tuhanku, jika kesalahan telah menjatuhkan aku dari sisi-Mu
maka maafkanlah daku dengan seluruh kepasrahanku kepada-Mu

Tuhanku, jika dosa-dosa melemparkan aku dari kemuliaan anugrah-Mu
keyakinan telah mengangkatku kepada kemurahan kasih-Mu

Tuhanku, jika kelalaian telah menidurkan daku
dari persiapan untuk menemui-Mu
telah mambangunkan aku
pengtahuan akan kemurahan anugrah-Mu

Tuhanku, jika besarnya hukuman-Mu telah memanggilku ke neraka
limpahan karunia-Mu telah memanggilku ke surga

Tuhanku, kepada-Mu aku bermohon, kepada-Mu aku berpasrah dan berserah diri
Aku bermohon kepada-Mu agar Kau sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Aku bermohon kepadamu agar Kau jadikan aku
termasuk orang yang selalu berzikir kepada-Mu, tidak melanggar perjanjian-Mu
tidak lalai dari bersyukur pada-Mu, tidak menganggap enteng perintah-Mu

Tuhanku, gabungkan aku dengan cahaya keagungan-Mu yang cemerlang
sehingga aku menjadi orang yang mengenal-Mu dan berpaling dari selain-Mu
serta takut dan selalu merasa diawasi-Mu, wahai Pemilik keagumgan dan kebaikan.

Semoga Allah menyampaikan shalawat kepada Muhammad rasul-Nya dan keluarganya yang suci dan semoga Allah melimpahkan salam kepadanya sebanyak-banyaknya.
(Mafâtihul Jinân, bab2, bulan Sya’ban)

Saturday, February 12, 2011

Lebih lajak dari laju.......

Setiap insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadangkala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi. Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi saw: Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang. Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus.

Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.

Dosa pahala

Hanya Allah dan rasul-Nya yang berhak. Kita tidak pasti melainkan apa yang zahir seperti jika seseorang mati dalam kekufuran setelah datang kepadanya penerangan iman dan Islam yang secukupnya, atau mati dalam maksiat yang jelas. Maka nas al-Quran dan Sunnah menyatakan dia ahli neraka. Itupun hanya pada penilaian zahir sahaja, mungkin dia bersyahadah sendirian sebelum menemui Allah, kita tidak tahu. Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka. Namun, kita tidak tahu, mungkin seseorang itu di samping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya di sisi Allah

Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu. Hanya Allah yang menentukan kedudukannya. Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa. Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka. Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang-kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain. Inilah yang berlaku di kalangan golongan Khawarij yang me'neraka' seseorang hanya kerana satu dosa. Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me'neraka'kan orang lain hanya kerana satu dosa yang dicanangkan.

Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah. Jangan melampau dalam menghukum orang lain. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah saw mengajar kita hakikat ini. "Seorang lelaki bernama 'Abdullah, digelar himar (keldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah saw ketawa. Juga pernah Nabi saw. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: "Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap". Lantas Nabi saw pun bersabda: Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan Rasul-Nya. (Riwayat al-Bukhari).

Bagaimana mungkin orang yang meminum arak boleh mencintai Allah dan Rasul-Nya? Tidakkah Rasulullah saw sendiri bersabda: Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasul-Nya.

Maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya. Namun tidak semestinya, pelaku maksiat membenci Islam. Maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya. Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan rasul-Nya, sayangkan Islam dan marah jika Islam dan kaum Muslimin dihina dan dianiayai. Ya, Rasulullah saw melaknat peminum arak dan yang terlibat dengannya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan secara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti. Setiap insan mempunyai latar dan situasi yang berbeza. Maka kita jangan 'terlebih lajak daripada laju'.

Di sebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya; ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya; bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Di mana kesemua itu faktor yang mengheret seseorang ke neraka. Mungkin juga ada dosa atau kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian. Nabi saw pernah bertanya para sahabat baginda : "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis? Jawab mereka: "Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta". Sabda baginda: Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka (Riwayat Muslim).

Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.

Rahsia

Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya. Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya.

Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang- orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan neraka oleh Allah dan rasul-Nya seperti Iblis, syaitan, Fir'aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.

Orang yang Allah dan rasul-Nya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.

Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat reda, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.
 ( Dr. Mohd Asri ZainUl Abidin )

Friday, February 11, 2011

Selimut Putih

( Atiqah Rahman / Orkes Nur El Suraya )

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Dedikasi buat diri sempena :

( Kepulangan Allahyarhamah Midah Bt Puteh
556 Kg Sura Hujung, Dungun Terengganu
Tanggal : 9 Feb 2011 ( Rabu ) – Al Fatihah )

U-turn ke jalan lurus……

……kisah benar .......... memberitahu kita bahawa semua orang boleh berubah. Walau apa sejarah lampau kita, itu bukan apa-apa untuk masa depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali. Ingat dan sentiasa ingat, alasan untuk jadi baik sentiasa ada dalam bisikan hati sendiri.

Apa yang perlu adalah berani memulakan langkah pertama.Nanti pada langkah kedua pasti dibantu oleh Allah untuk melanjutkan perjalanan seribu batu. Kesukaran paling besar hanya ketika ingin memulakannya.

Melakukan kebaikan sama seperti mengusahakan percikan api bagi membuat unggun. Percikan api kesedaran itu nanti akan terus memakan kayu kering dan kemudian marak dengan sendiri mungkin akan jadi sebesar gunung. Kerja kita hanya bermula dengan membuat percikan api, kemudian semuanya berjalan sendiri.

Apa yang penting adalah titik permulaan. Kuasai titik itu bererti kecemerlangan berada dalam genggaman. Sekiranya terlepas satu titik, segera temui titik lain dan nanti jangan bertangguh.

Dalam keghairahan dan istiqamah melakukan kebaikan sekiranya tersasar dan terlencong segera cari jalan kembali ke jalan lurus dan jangan bertangguh. Sedikit tersasar bererti kita telah terkeluar dari laluan. Andai terus dibiarkan kita tidak akan menjumpai destinasi iaitu keredhaan Allah.

Justeru itu pengajaran dan peringatanlah yang membuat kita mencari U-Turn untuk kembali ke jalan lurus, hidayah yang paling mahal dari Allah.

(Zul Ramli M.Razali,2009)

Jika kita hayati perjalanan ini...

RAMAI yang meminta saya mengulas tentang perkembangan politik tanah air yang gawat, khususnya di Perak. Saya fikir sudah cukup saya bercakap tentang soal prinsip politik dalam agama, memadailah.

Bagi sesiapa yang berminat, sedikit persoalan tentang isu tersebut telah saya coretkan dalam laman web saya, bolehlah merujuk ke sana. Politik tanpa prinsip dan politik taksub adalah dua bala besar dalam negara kita kini. Biarlah saya tinggalkan politik gawat itu, sambil tersenyum sinis melihat mereka bersandiwara di atas pentas dengan masing-masing mendabik dada berbangga dengan politik mereka.

Bak kata al-Quran: (maksudnya) Dan sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku. Kemudian mereka itu berpecah-belah dalam urusan mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada pada mereka. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa. (Surah al-Mukminun, ayat 52-54).

Kadang-kala dalam kejenuhan hidup di dunia ini kita perlu sering diingatkan agar balik semula semula kepada asas insani. Semoga dengannya, jiwa kotor kita dapat diredakan dari taufan kehidupan. Gagal mengingati asas menyebabkan kita hilang kompas dalam kembara hidup. Justeru, mari kita keluar seketika dari kegawatan isu, ketamakan dan kerakusan dunia dengan kembali merenung kepada hakikat hidup. Walaupun bagi sesetengah orang, perbincangan tentang Hari Akhirat bagaikan kurang standard, namun mereka tetap tidak boleh menafikan bahawa hidup ini hanya sementara. Mereka tetap akan mati dan kehidupan dunia mereka akan berakhir tanpa tarikh yang dapat diberitahu oleh sesiapa pun. Sementara, di sana ada kehidupan yang lebih abadi yang sering kita lupai. Justeru, Nabi s.a.w mengingatkan kita tentang kehidupan ini, sabda baginda: Aku di dunia ini hanyalah bagaikan seorang penunggang kenderaan yang berehat di bawah sebatang pokok, kemudian pergi meninggalkannya (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). Demikian kita semua dan dunia ini. Malangnya, hakikat ini sering kita lupa. Kita lupa kita dalam dalam pemusafiran yang sedang menuju ke suatu destinasi. Hari dan waktu yang berlalu saban detik adalah perjalanan yang mengheret kita ke sana, sama ada kita mahu ataupun tidak. Tiada siapa yang menongkat langit di dunia ini. Tiada makhluk yang kekal. Kata ‘Abdullah bin ‘Umar r.a: Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu bersabda: Jadilah engkau di dunia ini bagaikan orang asing, atau seorang musafir. (Riwayat al-Bukhari).

Hidup ini menjadi gawat apabila kita terlupa, atau tidak tahu ke mana destinasi akhir yang hendak dituju? Sehingga ke manakah kita mahu perjalanan hidup ini sampai? Di mana kompas perjalanan hidup? Ramai yang tahu apabila ditanya, tetapi sering terlupa apabila diburu urusan dunia. Lebih malang lagi, di Barat ini ramai yang memang tidak tahu atau tidak beriman dengan destinasi akhir kehidupan. Ramai yang menjadi atheis, dan ramai pula yang masih tertanya-tanya tentang agama. Lalu mereka bertindak dalam hidup ini, seakan dunia tiada Tuhan dan akhirat itu tiada wujud dalam kamus kehidupan.

Kita yang mengaku beriman pun sering terlupa tentang perjalanan ini. Allah mengingatkan kita dalam Surah al-Takathur yang sering kita baca: (maksudnya) Telah melalaikan kamu perbuatan berlumba-lumba untuk membanyak-banyakkan (harta benda, kuasa dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk)! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin. Demi sesungguhnya! kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

Selepas itu, demi sesungguhnya! – kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Selain itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (ayat 1-8). Ya, kita sering dilalaikan oleh politik, kuasa, harta, anak-pinak, persatuan, masyarakat, teman rakan, kerja dan berbagai lagi sehingga kita lupa untuk apa kita lakukan itu semua? Sebagai bekalan perjalanan? Atau sekadar berlumba membanyak atau menguatkan kedudukan dan harta tanpa mempedulikan halal dan haram sehingga menjadi beban perjalanan?. Maka persaingan hidup membawa kita terlupa pada destinasi akhir yang disediakan untuk kita hanyalah dua; syurga ataupun neraka.

Tiada yang ketiga buatnya. Firman Allah: (maksudnya) Adapun sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya, orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya adalah “Haawiyah”. Dan tahukah kamu apa itu “Haawiyah” itu?. (Ia adalah) api yang panas membakar. (Surah al-Qari‘ah, ayat 6-11)

Kita lupa bapa kita Adam asalnya daripada syurga dan kita sepatutnya pulang ke sana. Kita bukan berasal daripada neraka. Al-Quran sering mengulangi kisah Adam, antara hikmahnya, agar kita sering mengingati hakikat ini. Tempat pulang kita adalah syurga yang dilimpahi dengan segala kenikmatan. Sehingga Nabi s.a.w jelaskan tentang keindahan syurga itu, sabda baginda: Allah berfirman: “Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh itu apa yang mata tidak pernah melihatnya, telinga tidak pernah mendengarnya (kelunakan bunyiannya), dan tidak pernah terlintas (keindahan itu) dalam jantung hati manusia. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, kita patut pulang ke sana. Bukan tersalah jalan akhirnya kita ke neraka. Pohon perlindungan Allah dari itu semua! Membaca kisah syurga dalam al-Quran dan as-Sunnah menjadikan jiwa kita rindu dan syahdu. Mendidik jiwa agar beriman dengan syurga dan neraka adalah ubat kepada kegawatan dan kerakusan hidup. Mengingati syurga menjadikan luka dan parah yang terkena dalam perjalanan ini amat kecil dan sedikit. Mengingati neraka menjadikan penderitaan atau susah payah hidup dalam mematuhi prinsip yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan itu, amat ringan.

Nabi saw menceritakan kepada kita tentang kedahsyatan neraka dan kenikmatan syurga dalam sabdanya: Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku! Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan. (Riwayat Muslim). Ya, syurga melupakan kita kepada segala derita dunia, sementara neraka melupakan kita kepada segala kenikmatan dunia.

Jika kita ada kompas ini dalam kehidupan, tentu kita tidak akan terlajak terlalu jauh dalam kesalahan atau penyelewengan. Jiwa dan perasaan kita sentiasa rasa dikawal sehingga kita melihat dunia dengan segala kekerdilannya dan akhirat itu adalah kehidupan sebenar. Maka reda ombak duka, atau kerakusan jiwa. Saya cuba bertanya diri dan rakan-rakan apabila membahaskan sesuatu perkara ilmu; apakah perbahasan ini membawa ke syurga atau ke neraka?

Jika saya boleh bertanya kepada orang politik; pergelutan kalian, cara kalian, bahasa kalian, gelagat kalian, loyar buruk kalian itu semua membawa ke syurga atau neraka? Ya, mungkin soalan itu dianggap tidak standard lagi oleh kelompok politik era moden ini, termasuk yang dahulunya bercakap Islam, tetapi itulah hakikat perjalanan kehidupan.

( DR. Mohd Asri ZainUl Abidin i

Thursday, February 10, 2011

Doa Hari Khamis

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Segala puji bagi Allah, Yang Mengusir Malam yang gelap dengan kodrat-
Nya
Yang Menghadirkan siang yang terang dengan rahmat-Nya
Yang Menutupku dengan cahayaNya, dan membawa padaku nikmat-Nya
Ya Allah, sebagaimana telah Kau lestarikan aku di siang ini,
lestarikan aku pada siang lain seperti ini

Sampaikan selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya
jangan Kau celakakan aku hari ini dan hari yang lain malam atau siang
dengan perbuatan yang terlarang dan kelakuan yang tercela
berikanlah padaku kebaikannya, dan kebaikan apa pun di dalamnya
Palingkan dariku kejelekannya dan kejelekan apa pun di dalamnya dan
kejelekan apapun sesudahnya

Ya Allah, dengan perlindungan Islam, aku tawasul pada-Mu
dengan kemuliaan Al Qur’an, aku bersandar pada-Mu
dengan Muhammad al-Musthafa saw, aku mohon pertolongan-Mu

Ya Allah, berikan perlindungan padaku yang dengannya kuharapkan untuk
mencapai hajatku, wahai Yang Terkasih dari segala yang mengasihi

Ya Allah, tetapkan bagiku pada hari Kamis, lima hal yang tak kan
tercapai kecuali dengan kemurahanMu, yang tak kan tergapai kecuali
dengan kenikmatanMu:
keselamatan yang memperkuat ketaatan pada-Mu
ibadah yang memastikan kelimpahan pahala-Mu
keleluasaan lantaran rezeki yang halal
Kau tenteramkan aku di tempat ketakutan dengan perlindunganMu
Kau lindungi aku dari gundah-gulana dengan benteng-Mu.

Sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
jadikanlah tawasulku dengannya syafaat yang berguna di hari kiamah
Sungguh, Engkaulah Yang Terkasih dari segala yang mengasihi.

Doa Imam Ali Zainal Abidin (as)
(Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)

Wednesday, February 9, 2011

Doa Hari Rabu

Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Segala puji bagi Allah, Yang menjadikan malam sebagai pakaian dan tidur sebagai peristirahatan dan siang sebagai saat bertebaran
segala puji bagi-Mu, Kau bangkitkan aku dari tidurku,
kalau Kau kehendaki, Kau jadikan tidurku tidur abadi, tanpa henti
milik Allah, makhluk tak terhitung

Ya Allah, bagi-Mu segala puji
Kau ciptakan, Kau takdirkan, Kau tentukan, Kau matikan, Kau hidupkan,
Kau sakitkan, Kau sembuhkan, Kau selamatkan, Kau hancurkan
di atas singgasana-Mu Kau bertahta
di atas kerajaan-Mu Kau berkuasa
kusampaikan pada-Mu doa orang yang lemah tenaganya, yang putus
kekuatannya, yang dekat ajalnya, yang mendunia hasratnya, yang berat
keperluannya akan rakhmatMu,yang besar deritaNya karena dosa-dosanya,
yang banyak jatuhnya dan gelincirnya, yang terpusat padaMu saja taubatnya.

Sampaikan selawat kepada Muhammad penutup para nabi serta ahli baytnya yang baik dan suci
curahkanlah padaku syafaat Muhammad saw
janganlah Kau jauhkan aku dari persahabatan dengannya
sungguh, Engkaulah Yang Terkasih dari segala yang mengasihi


Ya Allah, tetapkanlah bagiku empat hal pada hari Rabu:
jadikanlah kekuatanku untuk taat kepada-Mu,
kerajinanku untuk beribadah kepadaMu,
kedambaanku untuk memperoleh ganjaranMu,
dan keenggananku terhadap apa saja yang mengundang kepedihan siksa-Mu

Doa Imam Ali Zainal Abidin (as)
(Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)



Sungguh, Engkaulah pemberi karunia kepada orang yang Kau kehendaki.

Tuesday, February 8, 2011

Pelbagai Nasihat

Hidup di dunia hendaklah diatur dengan baik. Justeru orang yang berakal mengatur hidupnya dengan akal. Jika ia hidup dalam kemiskinan ia berusaha keras untuk mencari rezeki agar ia tidak menjadi sasaran penghinaan. Pada masa yang sama ia juga mengurangi pergantungannya kepada orang lain dengan cara hidup sederhana.

Justeru itu ia hidup tenang dan tidak pernah mendengar kecaman manusia yang dituju kepadanya.Hidupnya mempunyai harga diri di tengah-tengah mereka. Jika ia hidup dalam kekayaan ia menggunakan akalnya agar tidak keterlaluan menggunakan hartanya kerana mungkin pada suatu ketika ia memerlukannya maka ia tidak perlu menjadi rendah dan hina dalam pandangan orang.

Salah besar jika ada orang berharta sengaja menghambur-hamburkan hartanya dan menyombongkan diri dengan harta itu di hadapan musuh-musuhnya seolah-olah ia ingin menundukkan mereka.Cara yang paling bijaksana adalah hidup sederhana dan merahsiakan sesuatu yang perlu dirahsiakan. Orang yang matang dalam membuat rancangan adalah orang yang mampu menjaga hartanya, sederhana dalam membelanjakannya dan mampu merahsiakan apa yang patut dirahsiakannya.

Salah besar jika ada orang memberitahu tentang semua hartanya kepada isterinya. Jika hartanya sedikit siisteri akan menandang rendah kepadanya.Jika hartanya banyak ia akan menuntut barang-barang mewah darinya. Allah swt berfirman :
”Janganlah engkau berikan harta-hartamu kepada orang-orang yang bodoh”
(al-Nisa’ :5)

Begitu juga janganlah memberitahu tentang semua harta kepada anak-anak anda. Jika anda melakukannya ditakuti mereka akan menjadi manja.

Alhamdulillah puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah kerana dengan taufiq dan inayahNya akhirnya saya dapat menuliskan apa-apa yang terlintas dalam fikiran saya dalam sebuah buku.

Melalui buku ini saya cuba mengungkapkan nilai akhlak dan moral yang tinggi lagi mulia berdasarkan ajaran-ajaran Islam. Pada masa yang sama ia cuba memberi batasan-batasan yang jelas tentang akhlak tercela juga berdasarkan ajaran syariat yang mulia. Sesungguhnya Allah memberi peringatan dan nasihat melalui nilai akhlak dan ajaran syariatNya.

Ketahuilah bahawa sebaik-baik buku ialah buku yang mampu membawa manusia kejalan yang benar.Segala puji bagi Allah, selawat dan salam mudah-mudahan sentiasa melimpah kepada Rasulullah saw, keluarga dan para sahabat sekalian.

Wallahu alam.

( Ibnu Al-Jauzi )

Tadbir Allah Lebih Baik Daripada Tadbirmu

Hal yang paling luar biasa adalah hasrat jiwa anda yang kuat untuk mencari apa yang diinginkan. Semakin dicegah hasrat anda, semakin kuat pula dorongan ke sana. Anda mungkin lupa bahawa tertangguhnya perkenan doa boleh jadi disebabkan dua hal : Pertama boleh jadi penangguhan itu lebih baik bagi anda dan menyelamatkan anda dari musibah. Kedua kerana banyaknya dosa-dosa anda sebab dosa-dosa itu akan menghambat terkabulnya doa.

Justeru itu, bersihkanlah jalan-jalan terkabulnya doa dengan menjauhi segala maksiat. Lihatlah apa yang anda minta dan tuntut adakah itu baik bagi agama anda atau hanya sekadar untuk memperturutkan hawa nafsu?

Jika semua yang anda lakukan hanya kerana hawa nafsu maka ketahuilah bahawa tertolaknya apa yang anda minta adalah bukti kasih saying Allah swt kepada anda. Ketika itu, anda seperti bayi yang meminta makanan yang berbahaya bagi anda kepada ayah ataupun ibu. Mereka pun melarangnya kerana mereka saying kepada anda.

Sekiranya hasrat anda baik bagi agama anda mungkin kerana maslahat tertentu boleh jadi ditangguh perkenan doa anda atau boleh jadi tidak dikabulkan apa yang anda minta adalah yang terbaik bagi agama anda.

Dengan kata lain, rancangan Allah swt jauh lebih baik daripada rancangan anda. Ia sering menguji anda dengan mencegah apa yang menjadi kecenderungan anda supaya Ia mencuba sejauh mana tahap kesabaran anda. Perlihatkanlah kepadaNya kesabaran anda yang paling tinggi nescaya akan nampak apa yang paling mudah untuk anda.

Jika anda sudah membersihkan jalan-jalan pengabulan doa dari tompokan dosa dan maksiat dan anda bersabar atas apa yang Ia takdirkan, maka semua yang berlangsung adalah pasti yang terbaik untuk anda, tidak kira sama ada Ia memberi anda ataupun Ia tidak memberi sesuatu kepada anda.

Wallahu alam.

( Ibnu Al-Jauzi )