Tuesday, February 8, 2011

Kepelbagaian Manusia Dalam Menerima Nasihat

Selalunya apabila nasihat disampaikan kepada manusia serta merta timbul dalam diri mereka suatu kesedaran tetapi sebaik sahaja mereka keluar dari majlis ilmu hati mereka menjadi keras semula. Saya berfikir tentang sebabnya saya tahu kemudian saya melihat bahawa manusia berbeza0beza keadaannya dalam hal ini. Umumnya manusia tidak berada dalam keadan yang sama ketika mendengar pengajaran dan nasihat-nasihat mahupun setelah mendengarnya.

Apabila saya merenungkan perkara itu sedalam-dalamnya maka saya memperolehi dua kesimpulan. Pertama nasihat itu ternyata tidak ubah seperti cemati. Dengan kata lain selepas manusia dipukul dan dicambuk ia selalunya tidak merasa sakit.

Kedua apabila mendengar nasihat ia sedang berada dalam keadaan jiwa dan perasaan yang positif, melepaskan diri dari segala ikatan keduniaan dan diam serta khusyuk mendengarnya.Bagaimanapun apabila mula sibuk semula dengan urusan-urusan dunia, penyakit lamanya kambuh semula. Jadi tidaklah mungkin ia kembali sebagaimana ketika nasihat-nasihat itu disampaikan kepadanya!.

Sebenarnya keadaan ini boleh menimpa sesiapa sahaja dari kita. Tidak ada yang boleh lepas darinya kecuali mereka yang mempunyai kesedaran yang tinggi. Orang-orang istemewa ini sahajalah yang boleh mengatasi pengaruh-pengaruh keduniaan tersebut. Ada yang berazam kuat untuk berpegang teguh pada prinsip yang sudah diyakininya lalu ia berjalan ke hadapan tanpa memperdulikan kiri dan kanan. Ia akan memberontak jika perilakunya tidak sesuai dengan tuntutan hatinya seperti Hanzhalah yang pernah memaki dirinya sendiri :”Hanzhalah sudah munafik!”

Sesetengah yang lain ada pula yang terkandung masih beringsut lamban kerana kelalaian atau kerana pengaruh tabiat buruk dirinya sendiri, tetapi pada masa yang sama nasihat itu masih mampu mendorongnya untuk beramal.

Mereka tak ubah seperti cabang-cabang pokok goyah dihembus angin. Terdapat golongan manusia yang tidak mendatangkan apa-apa kesan kepadanya hanya sekadar mendengar mereka tak ubah seperti tunggul kayu yang bisu.

Wallahu alam.
.
( Ibnu Al-Jauzi )

No comments:

Post a Comment