Friday, March 25, 2016

Tidak Peduli

Ya
ketika semua orang
tidak peduli
melihat seorang tua
terketar-ketar kekal
keluar lumrah masa silamnya
saat anak-anak kecil
kehilangan pujuk
seorang pendusta
menjadi pendeta
menjadi sahaya
bukan untuk dipercaya
ketika itu
apakah lagi yang tinggal
takhta kebenaran diinjak pijak
bendera kemanusiaan dicemar carik.

Ketika semua orang
tidak  peduli
nyawa tidak lagi berharga
pasar-pasar menawarkan
kekejaman
murah sekali
kejujuran di hujung peluru
semua orang di jalan
tidak menemui jalan pulang
rumah-rumah  bukan lagi
menjanjikan keselamatan
harga persaudaraan
ditentukan dengan wang.

Ketika semua orang
bersikap tidak peduli
kemanusiaan pun pergi
hati kehilangan hiba
simpati kehilangan rasa
ramai manusia mamai
kehilangan iman di dada.

Shapiai Muhammad Ramly
Batu Pahat Johor
Mingguan Malaysia
29 Februari 2016

Canned Food

In the year 1795, Napoleon was a famous  general. He often led the army to war. The greatest problem they faced wewre the log distance marches where they had to fight intensely and prepare food for many people . The physical strength of the army personner was affected as they were unable to eat on time. Thus, Napoleon  offered a reward of 12,000 francs (French currency) to anyone  who was able to create a better food-preserving method.

In 1810 a French  candy producer, Nicolas Appert, invented a way to preserve food bottles. He put food into glass bottles, killed aal bacteria using high heat, and sealed the bottle with a cork that guaranteed that the food would not turn bad. The method proved to be successful. The army received a good supply of quality and well preserved food while Appert received 12,000 francs promised as a reward for his contribution.

In the same year, Englishman used the same method to produce long-lasting food bt used tin metal instead to substitute for the glass bottle. By the year 1860, a French scientist discovered the best way to preserve food. He stressed that sealing food alone was insufficient in keeping the food fresh; it was better to sterilize it.

Initially, people used hammers and chisels (tool with a specialy-shape cutting edge) to open these cans but this proved to be difficult. In 1855, a British man invented a claw can opener. In later years, a can opener with a butterfly-shaped knob, blade and gear was invented. By the 1970’s, an American can company invented ring-pulled cans which are widely used until today.

Food for Thought :

Demand is the source of innovation. Innovation is the process of solving problems and providing solutions to the daily inconveniences people face.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms  4-5.

Maulid Daiba’i ....bahagian 17

Apabila Halimah mendapatkannya (Muhammad) terlepas dari bencana, dibawanya pulang dengan penuh kegembiraan. Kemudian diceritakan peristiwa itu kepada sesetengah kabin. Maka berkatalah kahin itu: Wahai  putera zamzam dan maqam, putera Arrukun dan Albaitelharan, adakah dalam masa jaga anda lihat semuanya ini atau dalam masa tidur.

Maka sahut baginda; Demi penghormatan kepada Tuhan Raja yang Maha Mengetahui, aku telah melihat mereka terang-terangan, aku tidak ragu-ragu dalam peristiwa itu dan tidak tertipu. Maka kata kahin itu: Bergembiralah wahai anak, kerana andalah orangnya yang akan memperolehi panji-panji kebesaran. Kenabianmu adalah kunci dan penyudah bagi semua nabi. Kepadamu turunnya malaikat Jibril. Atas hamparan qudus Tuhan yang mulia  berkata-kata kepadamu. Siapakah yang dapat menghitung semua kelebihan yang telah anda punyai. Untuk menerangkan sebahagian sahaja dari sifat-sifatmu lemah lisan orang yang memujimu.

Ya Allah Ya Tuhanku cucurilah rahmat dan kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya.
Aameen.

Ustaz Zulkifli Mat Isa
Maulid berzanji & daiba’i
2008

Wednesday, March 23, 2016

Al-Mu’izz


Asma Ul-Husna 25
 
Al-Mu’izz ertinya Allah Maha Pemberi Kemuliaan dan Kemenangan atau yang Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya sebagaimana firmanNya bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
(Ali Imran:26)



Al-Mu’izz memberikan makna sebagai berikut: Zat yang memuliakan siapa saja yang dikehendakiNya di antara para hambaNya.

Secara linguistik, ma’azza kata benda tersebut berasal dari kata kerja yu’izz, ertinya kekuasaan, kekuatan, keperkasaan.

Sesungguhnya Allah adalah  al’Aziz, Zat Yang Maha Kuasa yang menundukkan dan tidak pernah ditundukkan, yang memperkuatkan para waliNya dengan kurniaNya, melindungi mereka dari dosa, memaafkan kesalahan-kesalahan mereka, mengizinkan mereka untuk menghuni syurga. Kemudian Dia memuliakan mereka dengan mengizinkan mereka menyaksikan manifestasiNya dan melihat tanda-tandaNya. Dialah Zat yang menguatkan para nabiNya dengan menjaga mereka dari kesalahan, memberi mereka kemenangan, melindungi mereka, meninggikan kedudukan mereka di antara manusia. Dia memuliakan orang-orang yang menaatiNya sekalipun kemiskinan adalah kekayaannya dan Dia meninggikan kedudukan seorang hambaNya yang soleh sekalipun ia seorang hamba sahaya hitam Afrika.

Sifat manusia yang keduapuluh lima ialah mulia.

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keduapuluh lima dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersikap mulia, menang dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi sama ada urusan dunia mahupun akhirat.

Imam Ali bin Husain Zainal Abidin pernah berkata: Apabila seseorang ingin dihormati dan dimuliakan, maka ia harus keluar dari hinanya kederhakaan dan masuk ke dalam mulianya ketaatan kepada Allah.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010
ms 60 -61

Apple Tree and Gravity


How Newton discovered the principle of universal gravitation

The great physicist, Isaac Newton loved to read and think under a tree. One day, when he was reading under an apple tree, all of a sudden an apple fell on his head. This inspired him to think about the principle of universal gravitation.

Most people probably think that Newton discovered the principle of universal gravitation because of the falling apple but this discovery did not prove that simple.In Actual fact, Newton had spent a lot of time reflecting on the topic and the falling apple might be the triggering factor for his inspiration.

Food for Thought :

Innovation does not rely on inspiration alone, but also contrinuous efforts in studying and repeated thinking on the related topics which will eventually lead to needed solutions.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015

ms 3

Pemenang Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2003

a) Kategori Individu Sekolah Rendah

Johan: Rubiah bt Sidik
SK Laksamana 81907 Kota Tinggi Johor
Tajuk : Program Dam
Sinopsis: Program Dam bertujuan membantu murid mengingati rukun solat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Proses pembelajaran berlaku tanpa disedari oleh murid melalui aktiviti permainan Dam Ular. Proses pembelajaran ini berjaya menarik minat murid semasa pengajaran.

Naib Johan: Hawang Eyong
SK  Giok 89250 Tamparuli Sabah
Tajuk: Program MOPEKA
Sinopsis: Teknik Penulisan Mopeka merupakan penulisan karangan yang menekankan kepada kata kunci dan latihan terancang. Pengenalan kaedah penulisan karangan yang sistematik juga dapat membantu murid menulis karangan dengan berkesan..

Ketiga: Abdul Karim bin Munok
SK Balun Bidai, 36800 Kg Gajah Perak
Tajuk: KACEMM
Sinopsis: KACEMM bertujuan untuk mengatasi masalah murid-murid yang tidak tahu membaca dan menulis. Bahan-bahan yang digunakan ialah buku teks dan buku kerja, perisian power point, kad, kiub mainan, kaset lagu dan kad kerja rumah. Bahan ini boleh dikendalikan secara kelas, kumpulan dan individu.

b) Kategori Individu Sekolah Menengah

Johan: Mohd Nazeri bin Abdul Rahman
SMK St Mary, Sandakan Sabah
Tajuk : Jejak Ekonomi
Sinopsis: Permainan Jejak Ekonomi telah dirancang khas untuk murid yang mengambil mata pelajaran Ekonomi STPM. Kaedah yang dihasilkan lebih tertumpu kepada murid yang lemah dan sederhana. Pendekatan yang digunakan dalam penggubalan permainan ialah Belajar Melalui Bermain. Pendekatan pembelajaran ini didapati amat berkesan kerana sebahagian besar murid mengalami kesukaran untuk berfikir secara abstrak dalam mata pelajaran ekonomi. Permainan jejak Ekonomi telah berjaya menarik dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran ekonomi dan seterusnya meningkatkan pencapaian mata pelajaran ini dalam Stpm. Bahan yang telah disediakan termasuk Kad Jejak Ekonomi, Jalanan Kuantiti Wang, Lembaran Kerja Pembelajaran Kooperatif serta nota, soalan dan esei dalam bentuk digital.

Naib Johan: Tan Tee Hwa
SMK Padang Tempak, Jalan Semarak 54100 Kuala Lumpur
Tajuk: Projek Rocket Air
Sinopsis: Fizik biasanya dianggap mata pelajaran yang susah difahami oleh murid. Murid kurang yakin untuk menguasai konsep Fizik yang abstrak. Stail pengajaran yang kebanyakkannya berpusatkan guru juga menyebabkan murid pasif dan kurang menumpukan perhatian semasa pengajaran dijalankan. Murid hanya menggunakan buku teks atau rujukan untuk belajar mata pelajaran ini. Untuk mendorong murid mempelajari Fizik, kaedah pengajaran berpusatkan murid bersama dengan teknik ICT telah diperkenalkan dalam Projek Roket Air. Dalam projek ini pengajaran raka sebaya digalakkan dan aktiviti bercorak hand on, hearts on dan heads on telah berlaku. Antara bahan yang dihasilkan ialah roket air belon udara panas dan persembahan Power Point untuk tajuk Hukum Newton dan Prinsip Archimedes..

Ketiga: Mohd Zaki bin Abdullah
SMK Jerantut, 27000 Jerantut Pahang
Tajuk: Memacu Prestasi Matematik Tambahan
Sinopsis: Matematik Tambahan adalah subjek yang kurang diminati oleh murid di SMK Jerantut. Ramai murid tidak dapat memahami apa yang diajar kerana kurang  mantap dalam asas matematik. Justeru itu, satu program tindakan yang menitikberatkan pembelajaran berfokus oleh murid disokong dengan bimbingan kauseling telah dijalankan selama empat tahun (1998-2002) untuk membantu murid berjaya dalam pembelajaran Matematik Tambahan serta menanam sikap positif terhadap mata pelajaran itu. Bertitik tolak daripada  masalah pembelajaran yang murid sering mengalami dalam Matematik Tambahan satu modul pembelajaran yang berteraskan kaedah Pembelajaran Masteri telah disediakan untuk dihunakan oleh murid. Program ini telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah untuk Matematik Tambahan dalam peperiksaan SPM kepada lebih daripada 90%.

c) Kategori Kumpulan

Johan: Roffina Henry,Norhaidah Talikun, Helen Gurini, Helen Joseph, Catherine Sompot, Suzen@Alice Kogid & Geoge Gumpah
SMK Tambunan Peti Surat 30 89657 Tambunan Sabah
Tajuk : Amalan Seia Sekata Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral
Sinopsis: Satu kaedah pengajaran Pendidikan Moral berdasarkan penggunaan permainan secara terancang di bilik darjah telah menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran itu. Kesemuanya 9 permainan telah disediakan untuk memberi guru keluwesan menggunakan 1 atau 2 permainan atau beberapa permainan yang disusun dalam bentuk stesen apabila pelajaran Pendidikan Moral dikendalikan. Aktiviti susulan yang dijalankan sebaik sahaja permainan tamat/ dihentikan  termasuk main peranan, bercerita pendek dan penyediaan folio dalam kumpulan.
 
Naib Johan : Nik Rasinah bt Nik Hassan, Wan Besah bt Wan Junoh & Shahir bin Muhammad
SK Pasir Puteh(P), 16800 Pasir Puteh Kelantan
Tajuk: Lets
Sinopsis: Program ini telah berjaya membantu murid belajar tatabahasa, fahaman dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris melalui menyanyi lagu semasa mempelajari Bahasa Inggeris. Bahan Bantu Belajar yang digunakan dalam program ini telah dibekalkan dalam satu kit yang boleh di bawa ke kelas dengan mudah oleh guru. Bahan itu termasuk kaset / CD yang mengandungi 31 buah lagu Bahasa Inggeris serta buku kerja dengan aktiviti pelajaran yang mengiringi lagu yang dinyanyi.Lagu program ini mempunyai lirik dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami diiringi irama lagu popular.

Ketiga: Goh Kian Cheong, Chui Say Poh, Tan Lee Ching & Chang Hooi Nee
SJKC Khoon Aik, 01000 Kangar Perlis
Tajuk: Penambahan pecahan melalui permainan dan aktiviti kumpulan
Sinopsis: Kaedah ini menggabungkan pelbagai aktiviti hands on serta aktiviti bertulis yang membantu murid memahami konsep pecahan setara dengan berkesan. Melalui siri aktiviti yang dijalankan kebanyakkan murid akan menemui algoritma mencari pecahan setara melakui pendaraban pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama. Semua aktiviti dilaksanakan dalam kumpulan supaya murid berpeluang berbincang dengan rakan, menyoal dan berasa selesa dalam pembelajaran. Dalam kaedah ini seorang guru akan mengajar manakala 4 orang guru yang lain memainkan peranan sebagai fasilitator kepada murid yang berkerja dalam kumpulan.

Pemenang Keseluruhan:
Johan: Roffina Henry,Norhaidah Talikun, Helen Gurini, Helen Joseph, Catherine Sompot, Suzen@Alice Kogid & Geoge Gumpah
SMK Tambunan Peti Surat 30 89657 Tambunan Sabah
Tajuk : Amalan Seia Sekata Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Wallahu ’’alam

Direktori Pemenang
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif
Peringkat Kebangsaan 2002-2013

KPM, 2013 ms 9-13

Mencari Tahu

Buku yang tersusun
di  pustaka peribadiku
telah kusimpan
hingga mencecah angka seribu
bila kusemak satu persatu
pada hari minggu yang lalu
rupanya tidak semua
boleh kupanggil buku.

Dalam ghairah saban bulan
aku membeli yang baharu
aksranya diam tidak masuk
ke dalam dadaku
kekal ia sebagai kumpulan kertas berjilid
tercetak barisan kata-kata indah
yang tidak perlu dituliskan
pada awalnya.

Buku di pustaka peribadiku akhirnya
menjadi pameran yang bersalut debu
sedangkan aku telah melangkah
jauh berbatu-batu
menafsir hikmah
kepada perjalanan mencari tahu.

Norziati Mohd Rosman
Pelangi Semenyih.
Berita Harian
6 Mac 2016