Friday, July 5, 2013

Selawat 113



 
Allaahahumma shalli ‘alaa nabiyyinaa Muhammadin kullamaa dzaakiruuna wa ghafala ‘an dzikrikal-ghaafiluun.

Ya Allah, limpahkanlah selawat atas nabi kami Muhammad selama orang-orang yang ingat menyebutMu dan orang-orang yang lalai melupakan dari menyebutMu.

Thursday, July 4, 2013

Golongan yang cerdik



Permata 99

Daripada Syaddad b Aus ra berkata, rasulullah saw bersabda: Orang yang paling cerdik ialah yang sentiasa muhasabah dan beramal untuk selepas mati, sedangkan orang yang lemah sentiasa mengikut hawa nafsu dan berangan-angan terhadap Allah . (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan al-Hakim)

Mutiara Hikmah :

a) Imam al-Shafie : Bertafakurlah sebelum tidur untuk menghisab diri di atas segala kesalahan dan kesilapan semasa aktiviti di siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab ra menyiasati dirinya  dengan pelbagai soalan tentang dosa-dosanya di siang hari.

b) Imam Muslim : Sebelum mata kita terpejam, bertafakurlah seketika agar kita dapat menghitung dosa dan kesalahan kita pada hari ini. Kenang kembali setiap gerak geri kita agar yang kesalahan tidak berulang kembali.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Hukum pendermaan organ



Permata 98

Daripada Buraidah b al-Hasib ra katanya: Apabila rasulullah saw melantik seorang pemimpin atau panglima tentera, nescaya diwasiatkan secara khusus supaya bertakwa kepada Allah dan juga tentera yang bersama dengannya supaya melakukannya dengan kebaikan. Kemudian bersabda: Berperanglah dengan nama Allah pada jalan Allah, berperanglah siapa yang kufur dengan Allah, berperanglah tanpa melakukan tipu daya dan menghina serta mencincang musuh..... (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

Mutiara Hikmah :

a) Memberi derma perlu bermula dari rumah tetapi hampir semua orang tidak mempunyai waktu yang cukup bagi memulakan hal ini.

b) Jangan bimbang menghadapi segala penderitaan, kerana makin dekatnya tercapai cita-cita, makin banyak penderitaan yang kita alami.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Pemikiran Tuk Kenali ( 4 )



Sikap mudah dan merendah diri

Seorang anak murid beliau telah menulis dalam akhbar Saudara, keluaran 29 November 1933 :

....selama hidup, almarhum tidak menyakiti hati, walaupun kepada sesiapa pun kerana perangainya yang tidak suka mencela akan seseorang walau diketahui orang itu kaki judi dan meminum arak melainkan dicari jalan supaya dapat diberi nasihat yang beransur-ansur kerana al-marhum suka mengetahui dan berbahas dalam perkara-perkara siasah dan sangat gemar pula kepada akbar-akbar Melayu dan Arab.

Setiap pertanyaan dan kemusyikilan seseorang mudah dijawab walaupun di mana-mana dengan tidak ditangguh dan disuruh datang ke suatu tempat yang khas.

........beliau mudah dijemput ke mana-mana rumah dengan tidak dikecuali miskin dan kaya.

Wallahu a’lam.

20 sikap dan pandangan Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988

Kemahiran menolong



1. Kemahiran untuk kefahaman

1.1  Kemahiran mendengar
1.1.1        Memberi perhatian
1.1.2        Memprafrasa
1.1.3        Menjelaskan
1.1.4        Memeriksa persepsi

1.2  Kemahiran memimpin
1.2.1        Memimpin secara tak langsung
1.2.2        Memimpin secara langsung
1.2.3        Memberi fokus
1.2.4        Menyoal

1.3  Kemahiran refleksi
1.3.1        Refleksi isi
1.3.2        Refleksi perasaan
1.3.3        Refleksi isi dan perasaan
1.3.4        Refleksi pengalaman

1.4  Kemahiran merumuskan
1.4.1        Merumuskan perasaan
1.4.2        Merumuskan isi
1.4.3        Merumuskan proses

1.5  Kemahiran mengkongfrantasi
1.5.1        Konfrantasi yang menghuraikan perasaan
1.5.2        Konfrantasi yang menyatakan perasaan
1.5.3        Konfrantasi yang memberi maklum balas
1.5.4        Meditasi
1.5.5        Konfrantasi mengulang
1.5.6        Konfrantasi mengait

1.6  Kemahiran mentafsir
1.6.1        Menjelaskan
1.6.2        Menyoal
1.6.3        Berfantasi

1.7  Kemahiran memberi maklumat
1.7.1        Memberi maklumat
1.7.2        Memberi nasihat
1.7.3        Memberi saranan

2. Kemahiran untuk penggunaan keselesaan dan krisis

            2.1 Memberi sokongan
                        2.1.1 Melalui kontak
                        2.1.2 Memberi keyakinan
                        2.1.3 Memberi rasa senang

            2.2 Campur tangan krisis
                        2.2.1 Membina harapan
                        2.2.2 Merujuk
                        2.2.3 Mengawal

            2.3 Memusatkan
                        2.3.1 Menentukan kekuatan
                        2.3.2 Mengkaji semula pengalaman pertumbuhan
                        2.3.3 Mengingat kembali pengalaman-pengalaman kemuncak

            2.4 Merujukkan

3. Kemahiran untuk tindakan positif

            3.1 Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
                        3.1.1 Menentukan masalah-masalah
                        3.1.2 Mengubah masalah-masalah kepada matlamat
                        3.1.3 Menganalisis masalah
                        3.1.4 Meneroka alternatif dan implikasi-implikasi
                        3.1.5 Merancangkan langkah-langkah tindakan
                        3.1.6 Meragamkan kepada masalah-masalah baru

            3.2 Mengubah tingkah laku
                        3.2.1 Melalui modeling
                        3.2.2 Melalui ganjaran
                        3.2.3 Melalui padaman / menghapuskan
                        3.2.4 Melalui peniadaan kederiaan

Panduan Khidmat Bimbingan
Zulkifli Yusuf, DBP 1988




Selawat 112



Selawat al-Shalaah al-‘Adaadiyah

Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin bi’adadi man shalla ‘alaih. Wa shalli ‘alaa Muhammadin bi’adadi man-lam yushalli ‘alaih. Wa shalli ‘alaa Muhammadin kamaa amarta bish-shallati ‘alaih. Wa shalli Muhammadin kamaa tuhibbu an-yusshalla ‘alaih. Wa shalli ‘alaa Muhammadin kamaa tanbaghish-shalaatu ‘alaih.

Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad sebanyak jumlah orang yang berselawat kepadanya. Limpahkanlah selawat kepada Muhammad sebanyak jumlah orang yang tidak berselawat kepadanya. Limpahkanlah selawat kepadanya sebagaimana selawat yang Engkau perintahkan kepadanya. Limpahkanlah selawat kepada Muhammad sebagaimana Engkau suka agar dibacakan selawat atasnya. Dan limpahkanlah selawat kepadanya sebagaimana seharusnya selawat atasnya.

Monday, July 1, 2013

Sifat turunnya wahyu



Permata 97

Daripada Umar al-Khattab ra berkata, rasulullah saw bersabda : Apabila diturunkan wahyu kepada baginda nescaya didengar di sisi wajahnya seperti bunyi lebah. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
 
Mutiara Hikmah :

a) Keunggulan rasulullah saw mestilah dilihat secara holistik (menyeluruh). Rasulullah saw ditakdirkan oleh Allah SWT menceburi pelbagai bidang. Baginda pernah menjadi gembala kambing, usahawan, jeneral tentera, pendakwa dan seorang pemerintah bagi sebuah negara (Madinah).

b) Pada dasarnya ilmu wahyu itu bersifat mutlak, namun boleh berlaku perubahan dari segi pelaksanaan, terutamanya dalam bidang feqah yang bersifat fleksibel selaras dengan perkembangan zaman dan persekitaran.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri