Friday, May 24, 2013

Ramadan dalam fungsi kesucian waktu ( 1 )



Kemuliaan pada sebuah waktu memberi banyak fungsi bagi kita. Setidak-tidaknya kita dapat melihat daripada empat fungsi :

a) Kepatuhan

Definisi Ramadan sebagai bulan mulia, mewajibkan orang-orang beriman tunduk dan patuh. Tidak ada pilihan lain. Bukan pilihan bebas tetapi perintah wajib. Namun terdapat pandangan sebaliknya, yang sombong dan berlagak pandai mengatakan puasa itu tidak istimewa dan bukan ajaran asal Islam. Katanya, di dalam Al-Quran menyebut bahawa berpuasa merupakan ajaran umat-umat sebelum Islam. Padahal umat terdahulu tidak semuanya Islam. Jadi, tiada keistimewaannya secara khusus.

Sementara si pandir yang berkeringat kerana berkerja di bawah panas matahari tidak mahu berpuasa kerana merasa bahawa Tuhan akan memahami kesusahannya. Yang lain hanya mengisi Ramadan dengan separuh hati. Mencampuradukkan kemalasan dan alasan sibuk yang sentiasa banyak urusan. Tetapi ada juga yang menjalaninya dengan penuh semangat, tetapi dengan penghayatan yang sangat terbatas.
 
Dari tahun ke tahun, masalah paradigma seperti ini tidak akan berubah. Maka kesalahan mudah berulang. Ia menyerang sesiapa sahaja. Padahal kemuliaan Ramadan memiliki fungsi kepatuhan dan kepasrahan yang rohnya adalah kerinduan dan bukan paksaan. Hanya orang-orang yang beriman mampu menjalaninya dengan baik.

Dalam ajaran agama kita, banyak hal yang harus kita terima dengan kepatuhan sebelum dijelaskan dengan hujah yang rasional. Tetapi manusia tetap tidak boleh dikiaskan dengan Tuhan. Tidak boleh dibuat perbandingan. Di sini keberadaan kita sebagai makhluk benar-benar perlu dinyatakan secara sikap dan perbuatan

Wallahu a’lam.

Nasihat Ramadan daripada orang-orang soleh
Sulthan Hadi

Selawat 92



 
Ya Allah, kepunyaanMulah segala puji sebagaimana Engkau mempunyai pemuji, limpahkanlah selawat kepada penghulu kami Muhammad sebagaimana Engkau berhak memberikan selawat dan jadikanlah kami sebagaimana Engkau mempunyai hak untuk menjadikan. Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang DiTakuti dan Maha Pengampun.

Thursday, May 23, 2013

Penghulu Istighfar



Permata 55

Daripada Syaddad bin Aus ra, katanya nabi saw bersabda: Penghulu istighfar ialah kamu menyebut: Ya Allah, kamulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah kecualiMu. Engkau menciptkanku dan aku hambaMu. Dan aku atas perjanjianMu dan janjiMu mengikut sekadar kemampuanku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan apa yang aku lakukan. Aku kembali denganMu atas segala nikmatMu atasku dan aku kembali dengan dosaku justeru ampunlah aku kerana sesungguhnya tiada mengampunkan segala dosa kecualiMu. (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Mutiara Hikmah :

a) Fudhail bin Iyadh ra : Istighfar tanpa disertai taubat dianggap sebagai pendusta.

b) Rabiatul Adawiyah ra : Istighfar kita berhajat kepada istighfar yang banyak.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ketentuan takdir



Permata 54

Daripada Abu Hurairah ra, katanya nabi saw bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah menulis (menentukan takdirnya) atas anak Adam bahagiannya daripada zina. Didapati demikian itu tanpa mustahil, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan berkata-kata dan jiwa bercita-cita dan menghendaki sedangkan kemaluan yang membenarkan demikian itu atau mendustakannya. (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
 
Mutiara Hikmah :

a) Menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan menang

b) Penyebab keresahan dan kesuntukan adalah mengabaikan Allah dan mendedikasikan hidupnya untuk dunia, sehinggakan orang yang masuk penjara seumur hidup ini tidak boleh dikatakan hidup kerana sudah tidak berguna lagi dan tidak pula mati yang kerana itu harus diumumkan berita kematiannya.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ramadan : pasak kesucian


Demi memberi nilai dan pasak acuan di tengah kualiti amalan kita, Islam mengajar prinsip kesucian waktu dan perbuatan. Puncaknya apabila bertemu kedua-dua kesucian itu. Menurut Imam Hasan al-Banna :

Pada setiap hari di hadapanmu ada saat-saat istimewa pada pagi hari, juga pada petang hari, serta pada waktu sahur. Pada waktu-waktu itu jiwamu yang bersih dapat meninggi ke langit dan engkau pun boleh mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat. Di hadapanmu juga ada musim-musim ketaatan, hari-hari untuk ibadah, malam-malam untuk bertaqarrub yang telah diajarkan oleh kitab sucimu juga Rasulmu yang mulia. Maka jadilah engkau pada waktu-waktu mulia itu sebagai orang yang banyak berzikir, bukan orang yang lalai. Jadilah orang yang banyak beramal dan bukan orang pemalas. Manfaatkanlah waktu, sesungguhnya waktu bagaikan pedang, janganlah bertangguh kerana tidak ada yang lebih berbahaya selain bertangguh.

Kesucian itu berfungsi seperti pasak dalam lautan lepas.Apabila hidup perlu berenang mengejar harapan, tiang-tiang itu memberi kesempatan kepada kita untuk berpaut melepaskan lelah. Mengumpulkan tenaga, mengatur nafas laku berenang kembali.Begitulah seterusnya. Maka adanya kemuliaan waktu yang berputar, merupakan pasak yang harus kita patuhi, taati dan gunakan sebaik mungkin.

Untuk itu, Ibnu Qayyim pula menyatakan : Tahun adalah sebatang pohon. Bulan adalah dahannya. Hari adalah rantingnya. Jam adalah daunnya dan nafas adalah buah-buahnya. Barangsiapa bernafas untuk ketaatan, maka buahnya pasti baik. Dan barangsiapa bernafas untuk kemaksiatan, maka buahnya pasti pahit. Musim menuainya adalah hari pembalasan. Pada saat itu akan jelas buah yang manis dan mana buah yang pahit. Maka, bagaimanakah buah dari umur kita?

Katanya lagi : Sebelum usia kita berakhir, sebelum segalanya menjadi terlambat, agar kita tidak menuai umur dengan buah yang pahit pada hari pembalasan, maka tanamlah di ladang-ladang waktu kita dengan pohon-pohon yang baik. Belajarlah cara-cara menggunakan waktu yang telah dipraktikkan oleh para salaf, generasi awal Islam. Kerana mereka telah membuktikan bahawa tiada waktu yang mereka lalai dengan sia-sia. Waktu mereka selalu terisi dengan ketaatan, kebaikan dan produktiviti.

Secara fitrah, kita semua mengharapkan kesucian. Dalam ajara Islam, fitrah itu bertemu dengan kemuliaan yang terbimbing. Ada banyak kesucian waktu, ada pula kesucian ibadah. Tetapi waktu selalu datang, sekejap dan pergi dengan cepat. Datang terasa singkatnya, pergi terasa cepatnya. Satu, dua, tiga bulan itu tidaklah lama.Tiba-tiba Ramadan menjelang...dan kita masih seperti ini.

Wallahu a’lam.

Nasihat Ramadan daripada orang-orang soleh
Sulthan Hadi

Ya Allah, selamatkanlah diri kami hingga bulan Ramadan. Ya Allah selamatkanlah Ramadan untuk diri kami. Ya Allah selamatkanlah Ramadan untuk kami sebagai amal yang diterima. Ameen Ya Kareem.

Selawat 91



Ya Allah, limpahkanlah selawat atas Penghulu kami Muhammad saw, dengan suatu selawat yang menyebabkan kami semua selamat dari semua ketakutan dan mala petaka yang menyebabkan Engkau menunaikan semua hayat kami, yang menyebabkan Engkau mengangkat kami ke darjat yang tinggi di sisiMu, dan yang menyebabkan Engkau menyampaikan semua  cita-cita kami berupa kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat.

Tuesday, May 21, 2013

Menamakan yang baik



Permata 53

Daripada Abu Hurairah ra, katanya nabi saw bersabda: Namalah dengan namaku dan jangan gelaran dengan gelaranku. Dan siapa yang melihatku dalam mimpi, maka sesungguhnya dia melihatku kerana syaitan tidak dapat menyerupai dengan rupaku dan siapa yang dusta ke atasku dengan sengaja, nescaya disediakan tempatnya daripada neraka. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)

Mutiara Hikmah :

a) Keharuman bunga tidak pernah semerbak wangi melawan arah angin, tetapi keharuman nama dan jasa-jasa manusia tersebut luas ke segala penjuru.

b) Nama yang baik dan kehormatan adalah sebagai upah daripada apa yang kita kerjakan semalam, tetapi upah itu hendaklah kita kembali setiap hari.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri