Tuesday, February 8, 2011

Persamaan Antara Hari Raya dan Hari Kiamat

Saya perhatikan orang-orang yang merayakan hari raya dan membandingkan ia dengan hari kiamat sebab orang-orang yang akan mengerjakan sembahyang raya setelah bangun dari tidurnya mereka keluar dari rumah seperti keluarnya orang-orang mati dari kubur menuju padang Mahsyar.

Sesetengah daripada mereka ada yang berpakaian dan berkenderaan bagus, ada yang sederhana dan ada pula yang sangat hina.Begitu juga keadaan manusia pada hari kiamat nanti.

Allah swt berfirman :
Ingatlah hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang takwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai utusan yang terhormat. (Maryam:85)

....akan Kami heret orang-orang yang durhaka ke neraka Jahanam dalam keadaan dahaga.
(Maryam : 86)

Rasulullah saw bersabda : Mereka akan dikumpulkan di padang Mahsyar dengan berkenderaan ataupun berjalan kaki dan ada pula yang berjalan dengan wajahnya.

Pada hari raya ada manusia yang terinjak kakinya kerana ramainya manusia. Orang-orang zalim pada hari kiamat akan diinjak-injak manusia dengan kakinya. Pada hari raya ada manusia yang kaya dan bersedekah. Begitu juga pada hari kiamat. Orang-orang yang suka berbuat baik di dunia adalah juga orang-orang yang mendapat kebaikan di akhirat.

Pada hari raya itu pula kita melihat fakir miskin dan pengemis. Begitu juga pada hari pembalasan. Allah sudah mempersiapkan syafaat bagi orang-orang yang berbuat dosa besar. Ada yang tidak dikasihani :

Kami tidak mempunyai pemberi syafaat seorang pun dan tidak pula kawan yang akrab.
(asy-Syu’ara : 100-101)

Pada hari raya bendera-bendera dikibarkan. Bendera-bendera orang-orang yang bertakwa juga akan dikibarkan pada hari kiamat sedangkan terompet ketika itu ditiup kuat.

Demikian juga pada hari kiamat akan dikhabarkan keadaan para hamba dan akan disebutkan : Wahai orang-orang yang berdiri.....sipolan itu sudah hidup bahagia dan tidak akan menderita selamanya dan polan celaka dan tidak akan mendapat bahagia selamanya.

Mereka pun pulang dari raya menuju pintu-pintu bilik yang khusus untuk mereka. Mereka adalah orang-orang yang didekatkan (kepada Allah). ( al-Waqiah : 11)

Allah lalu memberi cop bagi mereka atas kerja yang sudah dilakukan:
Mereka adalah orang-orang yang mendapat balasan yang baik atas usahanya (al-Isra’:19)

Di bawah mereka keadaannya berbeza-beza. Ada yang kembali ke rumah indah : (Kepada mereka dikatakan): Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang sudah engkau lakukan pada hari-hari yang sudah lalu (al-Haqqah:24)

Ada juga yang di tengah-tengah atau kembali ke rumah yang berantakan :
Firman Allah swt : Ambillah pengajaran wahai orang-orang yang mempunyai pandangan (al-Hasyr : 2)

Wallahu alam.

( Ibnu Al-Jauzi )

Kualiti Insan Diketahui Ketika Menghadapi Ujian

Sesiapa yang hidup di bawah bimbingan Allah swt dengan jiwa yang bersih dan jernih pada masa tenang dan damai ia tidak dianggap sebagai pahlawan kecuali ia tetap kukuh dan cekal ketika banyak bahaya kerana di situlah berlaku penentuan. Allah swt akan sentiasa memberi cubaan kepada manusia dengan kekurangan dan kelebihan sesuai dengan kehendakNya. Ketika itulah akan kelihatan dengan jelas mana yang asli dan mana pula yang palsu. Orang-orang yang hanya cekal ketika nikmat banyak sebenarnya tabah kerana nikmat yang sedang mereka alami.Justeru ketika angin cubaan bertiup kencang maka ketabahannya akan hilang dan lenyap.

Hasan al-Bashri berkata : ” Manusia sama sahaja ketika sama-sama dilimpahi nikmat tetapi ketika cubaan menimpa ketika itulah akan nampak perbezaan-perbezaan.”

Orang yang berakal adalah orang yang sentiasa menabung dan menyimpan untuk masa depan. Ia juga akan mempersiapkan bekal dan terus menambah bekalnya supaya mampu berdepan dengan pelbagai cubaan dan bala. Bala itu pasti menimpa sekalipun tidak sekarang boleh jadi ia turun di saat-saat menjelang kematian. Jika seseorang tidak bersedia dengan bekal keimanan dan kemantapan agamanya – kita berlindung kepada Allah swt dari hal itu – ia akan terjerumus ke dalam kekafiran jika tidak mengerti dan berpegang teguh pada makna sabar dan ridha.

Saya mendengar dari beberapa orang yang saya anggap baik dan terhormat. Justeru apabila ia menghadapi kematiannya mereka malah berkata ” ”Tuhan sudah menzalimi aku!” Setelah mendengar kata-kata itu saya sentiasa mempersiapkan pelbagai bekal untuk menghadapi masa-masa kritikal itu. Saya tidak tahu apa jadinya jika saya tidak berbekal dari sekarang sementara syaitan sentiasa mengatakan kepada pengikutnya ketika itu : ” Engkau wajib menghancurkan orang itu sekarang! Jika tidak, engkau tidak akan mampu melakukannya pada masa yang lain. ”

Hati siapakah yang tetap cekal ketika nafas sudah di ujung hayat?. Hati siapakah yang tetap tabah apabila ia tahu bahawa perpisahan dengan orang-orang yang dicintainya sudah di depan mata?. Hati siapakah yang tetap tenang apabila ia sedar sudah tidak tahu ke mana tempat kembalinya yang kekal? Yang ada ketika di depan mata ketika itu hanyalah seksaan dan kuburan.

Kita memohon kepada Allah swt supaya dianugerahi keyakinan ketika kematian mendatangi kita, mudah-mudahan kita tetap ridha dan sabar akan qada Allah swt. Kita harapkan pula kepada Yang Maha merajai supaya melimpahkan kepada kita nikmat-nikmat sebagaimana hal itu dilimpahkan kepada hamba dan kekasihNya.

Kita menganggap bahawa perjumpaan denganNya lebih kita sukai daripada kewujudan kita di dunia ini. Kita memohon kepadaNya bahawa penyerahan diri kita akan takdirNya merupakan perbuatan yang menang sangat kita cintai. Kita berlindung kepadaNya supaya kita tidak terjerumus dan terperangkap dalam tipuan diri kita yang menilai bahawa apa yang kita lakukan sudah mencapai darjat sempurna.

Jika berlaku sesuatu yang tidak kita senangi kita sepatutnya tidak menyalahkan takdir kerana sikap yang demikian itu adalah kebodokan yang nyata. Mudah-mudahan Allah swt melindungi kita.

Wallahu alam.

( Ibnu Al-Jauzi )

Perbaiki Hubungan Anda Dengan Allah

Berhati-hatilah terhadap maksiat kerana akibatnya sentiasa buruk. Alangkah ramainya orang yang melakukan maksiat yang terus jatuh terjerumus mengalami luka-luka di kakinya. Ia sentiasa merasa gundah dan gelisah dengan apa yang tidak didapatnya dari dunia. Ia merasa kecewa mengapa orang lain mendapatnya.

Apabila sudah dekat masa datangnya balasan bagi keburukannya. Pengingkarannya terhadap takdir Allah swt hanya akan menimbulkan seksaan baru. Sesungguhnya benar-benar celaka mereka yang diseksa tetapi tidak merasa disiksa. Alangkah malangnya orang yang seksaannya ditangguh hingga ia lupa apa sebab ia disiksa.

Ibnu Sirin berkata: ”Aku pernah menghina seseorang kerana kefakirannya. Selama empat puluh tahun kemudian aku seperti merasa fakir.” Benar-benar celakalah mereka yang diseksa tetapi sama sekali tidak dapat merasakannya.

Bersegeralah membaharui taubat anda dengan itu mudah-mudahan boleh menutupi segala maksiat anda. Berhati-hatilah terhadap dosa-dosa yang pernah anda lakukan secara sembunyi-sembunyi kerana mencabar Tuhan di tempat sepi sudah tentu membuat anda jatuh hina pada pandangan Tuhan. Perbaikilah sikap anda kepadaNya ketika anda bersendirian kerana Ia sudah memperbaiki sikap zahir anda.

Janganlah sekali-kali anda tertipu wahai orang-orang yang berbuat maksiat kepada Allah swt dengan merasa bahawa anda mendapat perlindungan dengan terjaganya rahsia-rahsia anda. Boleh jadi suatu ketika nanti Ia mendedahkan dosa-dosa anda  hingga anda akan malu besar.

Jangan pula merasa selamat kerana kesabaranNya yang begitu sebab Ia pun boleh murka kepada sesiapa sahaja. Justeru wajiblah ke atas anda untuk bersedih, berlindung kepadaNya dan menundukkan wajah di hadapanNya dengan penyesalan yang sedalam-dalamnya.

Jika boleh demikian maka anda sudah berhasil mendapat suatu hal yang amat berguna. Perbekali diri dengan rasa sedih dan hadirkanlah sentiasa di samping anda gelas-gelas yang bersedia menampung derai air mata tangisan anda. Galilah terus rasa resah sedalam-dalamnya supaya hawa nafsu tidak menutup hati.

Mudah-mudahan usaha keras itu akhirnya dapat menemui sumber air yang dengannya anda boleh mencuci bersih segala kotoran yang melekat di tubuh anda.

Wallaahu a'lam.

( Ibnu Al-Jauzi )

Kepelbagaian Manusia Dalam Menerima Nasihat

Selalunya apabila nasihat disampaikan kepada manusia serta merta timbul dalam diri mereka suatu kesedaran tetapi sebaik sahaja mereka keluar dari majlis ilmu hati mereka menjadi keras semula. Saya berfikir tentang sebabnya saya tahu kemudian saya melihat bahawa manusia berbeza0beza keadaannya dalam hal ini. Umumnya manusia tidak berada dalam keadan yang sama ketika mendengar pengajaran dan nasihat-nasihat mahupun setelah mendengarnya.

Apabila saya merenungkan perkara itu sedalam-dalamnya maka saya memperolehi dua kesimpulan. Pertama nasihat itu ternyata tidak ubah seperti cemati. Dengan kata lain selepas manusia dipukul dan dicambuk ia selalunya tidak merasa sakit.

Kedua apabila mendengar nasihat ia sedang berada dalam keadaan jiwa dan perasaan yang positif, melepaskan diri dari segala ikatan keduniaan dan diam serta khusyuk mendengarnya.Bagaimanapun apabila mula sibuk semula dengan urusan-urusan dunia, penyakit lamanya kambuh semula. Jadi tidaklah mungkin ia kembali sebagaimana ketika nasihat-nasihat itu disampaikan kepadanya!.

Sebenarnya keadaan ini boleh menimpa sesiapa sahaja dari kita. Tidak ada yang boleh lepas darinya kecuali mereka yang mempunyai kesedaran yang tinggi. Orang-orang istemewa ini sahajalah yang boleh mengatasi pengaruh-pengaruh keduniaan tersebut. Ada yang berazam kuat untuk berpegang teguh pada prinsip yang sudah diyakininya lalu ia berjalan ke hadapan tanpa memperdulikan kiri dan kanan. Ia akan memberontak jika perilakunya tidak sesuai dengan tuntutan hatinya seperti Hanzhalah yang pernah memaki dirinya sendiri :”Hanzhalah sudah munafik!”

Sesetengah yang lain ada pula yang terkandung masih beringsut lamban kerana kelalaian atau kerana pengaruh tabiat buruk dirinya sendiri, tetapi pada masa yang sama nasihat itu masih mampu mendorongnya untuk beramal.

Mereka tak ubah seperti cabang-cabang pokok goyah dihembus angin. Terdapat golongan manusia yang tidak mendatangkan apa-apa kesan kepadanya hanya sekadar mendengar mereka tak ubah seperti tunggul kayu yang bisu.

Wallahu alam.
.
( Ibnu Al-Jauzi )

Doa hari Selasa

Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak
aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku,
sungguh nafsu menyuruh pada keburukan
kecuali yang disayangi Tuhanku
aku berlindung kepada Allah dari kejahatan shaitan
yang menambah dosa-dosaku
aku berlindung pada Allah dari semua tiran yang durhaka,
dari semua musuh yang dominan,
dari semua penguasa yang kejam.

Ya Allah
Jadikan aku di antara pasukan-Mu,
karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan.Jadikan aku di antara partaiMu,
karena partaiMu saja yang memperoleh kemenangan
Jadikan aku di antara kekasih-kekasihMu,
karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan

Ya Allah
Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku
Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku,
tempat lari menjauhi kejahatanku
Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan,
Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan

Ya Allah
Sampaikan  selawat kepada Muhammad penutup dan penyempurna para
utusan, kepada keluarganya yang baik dan suci,
kepada para sahabatnya yang terpilih

Berilah aku pada hari Selasa, tiga hal:
jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan
jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan
jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan

Dengan asma Allah, sebaik-baik asma
dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi
aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya
aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya
akhirilah hidupku dengan ampunan
Wahai Pemilik segala kebaikan

Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa)
(Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)


Monday, February 7, 2011

Doa Hari Isnin

Dengan asma AllahYang Maha Pengasih Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan sellawat kepada Rasulullah saw dan keluarganya

Segala puji bagi Allah, yang mencipta langit dan bumi tanpa seorang
saksi,
yang menggelar makhluk tanpa seorang pembantu
tiada sekutu dalam Ilahiyat-Nya, tidak ada setara dalam ketunggalan-Nya
kelu lidah mengungkap sifat-Nya
lemah akal memikirkan makrifat-Nya
merendah segala penguasa karena kehebatan-Nya
rebah segala wajah karena takut pada-Nya
jatuh segala yang agung karena keagungan-Nya
bagi-Mu segala puja
puja yang beruntun tak putus-putus
selawat dan salam bagi Rasul-Nya, salam yang kekal abadi

Ya Allah, jadikanlah permulaan hari ini kebaikan, pertengahannya kejayaan,
dan penghujungnya keuntungan
aku berlindung pada-Mu
dari hari yang permulaannya ketakutan,
pertengahannya kecemasan, dan penghujungnya kesedihan

Ya Allah, aku mohonkan ampun pada-Mu
atas segala nazar yang kunazarkan, atas segala janji yang kujanjikan,
atas segala akad yang kuakadkan, kemudian tak kupenuhi pada-Mu

Aku bermohon pada-Mu
perihal ulahku menzalimi hamba-Mu
bila ada hambaMu, lelaki dan wanita,
yang teraniaya karena kezalimanku pada diri dan kehormatannya,
pada hartanya,pada ahli dan keturunannya.
Atau yang kugunjingkan kejelekannya,
atauyang kusengsarakan karena hawa nafsu, penghinaan,
kesombongan, riya dan kesukuan,
yang hadir dan yang raib, yang hidup dan yang mati
lalu lemah tanganku, sempit tenagaku,
untuk mengembalikan haknya dan meminta kerelaannya.

Karena itu, aku mohonkan pada-Mu
wahai Yang Menguasai segala hajat
hajat yang terpanggil karena kehendak-Nya
hajat yang bergegas memenuhi iradat-Nya

Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
ridhakan dia padaku dengan apa yang Kau kehendaki
berikan padaku dari sisi-Mu rahmat
ampunan tidak akan mengurangi keagungan-Mu,
anugerah tidak akan menyusutkan kebesaran-Mu,
Wahai Yang Maha Kasih dari segala yang mengasihi

Ya Allah,
berilah aku pada hari Isnin  ini dua kenikmatan:
pada permulaannya: kebahagiaan menaati-Mu,
pada penghujungnya: kenikmatan akan ampunan-Mu,
Wahai Dia Yang menjadi satu-satunya Tuhan.
Selain Dia tiada yang dapat memberikan ampunan.

Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa)
(Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)


Sunday, February 6, 2011

Surah An-Naas

Lima ayat – turun di Mekah

Oleh A. Hassan

Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang

Keterangan :

Erti  maksudnya dan pelajaran yang kita dapat dari Bismillah itu telah tersebut dipermulaan surah Al-Fatihah.

1. Katalah :
    Aku berlindung dengan Pemelihara manusia

2. Raja manusia

3. Tuhan manusia

Keterangan :

Maksudnya, hendaklah engkau berlindung diri kepada Tuhan yang memelihara manusia yang jadi Raja bagi manusia, yang jadi Tuhan bagi manusia.

Pelajaran yang kita dapat dari ayat itu ;

Di dalam hal bekerja, berusaha, mencari dan menghasilkan keperluan hidup kita hendaklah kita berserah dan berlindung diri kepada Allah kerana Ialah Rabbin-nas : Pemelihara manusia dengan pemberianNya dan rezekiNya yang tidak putus-putus. Kita berlindung begitu supaya kita tidak tergelincir daripada cara dan jalan yang benar

Di dalam hal kekuasaan, kerajaan dan pemerintahan, tidak ada siapa-siapa yang patut kita menundukkan diri kepadanya melainkan Allah kerana Ialah Malikin-nas : Raja bagi manusia. Yang memerintah manusia dengan hukum-hukum agamaNya yang adil dan suci.

Di dalam hal beribadat dan bertuhan tidak lain yang patut kita mengharap melainkan Allah kerana Ialah Ilahin-nas : Tuhan bagi manusia Yang telah menurunkan agamaNya yang mengandungi pengajaran bagaimana cara kita mesti beribadat kepadaNya buat mendapatkan kebersihan dan kesucian zahir dan batin kita di dunia serta kejayaan di akhirat.


4. Daripada kejahatan pembisik yang menunggu-nunggu peluang

5. yang membisik-bisik di hati manusia

6. daripada jin dan manusia

Keterangan :

Perkataan Al-Waswas itu ertinya pembisik dan maksudnya disini ialah seseorang atau sesuatu kekuatan yang membisik atau mengajak kita berbuat sesuatu kejahatan atau berbuat sesuatu perkara yang akan membawa kita kepada kejahatan atau berbuat sesuatu hal yang akan membawa kita kepada kekeliruan di dalam hal i’tiqad.

Perkataan Al-Khannas itu maknanya penunggu peluang. Seseorang atau sesuatu kekuatan yang menunggu waktu yang dirasainya baik buat memasukkan sesuatu ajarannya di hati-hati manusia.

Perkataan Al-Jinnati maksudnya di sini ialah jin, syaitan, iblis dan lain-lain makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata biasa yang berkekuatan pada mengacau dan menggelincirkan hati manusia.

Tiga ayat ini bersama tiga ayat yang dahulu erti maksudnya begini : Katalah : Aku berlindung diri kepada Allah yang Memelihara manusia, Yang jadi Raja manusia. Yang jadi Tuhan yang patut disembah oleh manusia, daripada kejahatan jin dan manusia yang menunggu peluang kelalaian buat membisikkan kejahatan atau kekeliruan di hati-hati manusia.

Kejahatan yang dibisikkan kepada manusia itu ada macam-macam :

Yang  pertama, kejahatan yang terang seperti : dusta tipu, curi, zina dan lain-lain maksiat yang nyata tersebut larangannya di agama. Begitu juga tentang kejahatan meninggalkan salah satu ibadat atau suruhan agama.

Bisikan kejahatan yang seperti itu bukan yang dimaksudkan betul-betul oleh ayat tadi kerana semuanya itu dapat kita tolak dan wajib kita tolak dengan ikhtiar kita tetapi tidak ada halangan kita sertakan dengan permintaan.

Yang kedua, kejahatan yang datangnya dari jalan kebaikan iaitu umpama dibisikkan kepada kita urusan yang zahirnya pada pandangan kita baik tetapi sesudah kita kerjakan, jadi kecelakaan atau kerosakan bagi kita di dalam hal keduniaan, ibadat atau i’tiqad atau sesudah kita kerjakan kita tertarik kepada apa-apa yang tidak diredhai oleh Allah.

Bisikan kejahatan yang begini, satu daripada yang dimaksudkan oleh ayat tadi kerana kejahatan yang datangnya melalui jalan kebaikan itu sudah tentu tak dapat kita tolak dia dengan ikhtiar kita.

Dari bisikan kejahatan yang seperti itulah kita berlindung dari diri kepada Allah dan minta Ia jauhkan kita daripadanya.

Yang ketiga, kejahatan pada i’tiqad iaitu umpamanya dibisikkan dan diwaswaskan beberapa hal dan urusan yang menyebabkan hati kita jadi syak, waham atau ragu-ragu tentang keadaan Allah atau salah satu sifatNya atau tentang kebenaran nabi atau agama Islam.

Ini juga satu daripada bisikan kejahtan yang kita memohon Tuhan lindungkan  kita daripadanya kerana hal ini memang terlalu payah atau boleh dibilang tak dapat ditolak oleh manusia.

Ringkasan :

Dengan surah ini, Allah mengajar nabi kita, Muhammad saw atau mengajar tiap-tiap seorang pengikutnya meminta perlindungan daripada Allah di dalam urusan penghidupan, di dalam urusan kekuasaan, di dalam urusan ibadat, daripada kejahatan jin, syaitan dan manusia yang suka menganggu dan menggelincirkan hati manusia dengan macam-macam jalan yang tak dapat ditangkis oleh manusia melainkan  dengan pertolongan Allah.

( Al-Hidayah, Pustaka Aman Press 1975 )