Saturday, April 18, 2015

Kelebihan Ilmu dan Ulama

1. Kata Imam Syafi’i ra : Barangsiapa tiada kasih akan ilmu, tiada kebajikan padanya. Maka jangan ada antara kamu dan antaranya berkenalan dan bertaulan dengan dia. Maka bahawasanya, ilmu itu menghidupkan segala hati dan pelita bagi segala hati.

2. Daripada Saiyidina Ali bin Abi Thalib ra : Barangsiapa ada ia di dalam menuntut ilmu adalah syurga itu di dalam tuntutnya. Dan barangsiapa ada ia di dalam menuntut maksiat, adalah neraka itu di dalam tuntutnya.

Wallahu a’lam.

Asy-Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati Yang Lalai
2013



Isteri

Matlamat: Menjadi isteri solehah

v  Mengetahui peranan,hak & tanggungjawab sebagai isteri & ibu
v  Melaksanakan peranan & tanggungjawab ke atas mereka yang berhak
v  Patuh,taat & menghormati suami selama mana tidak bertentangan dengan syariat
v  Bertindak sebagai pengurus rumahtangga & membantu suami dalam urusan rumahtangga & pendidikan anak-anak
v  Sentiasa memberikan kerjasama kepada suami dalam urusan rumah tangga
v  Bertanggungjawab menjaga harta & maruah suami terutamanya ketika ketiadaan suami
v  Menghormati kedua ibu bapa & mertua
v  Menghormati keluarga suami & menjalin hubungan mesra
v  Penyayang terhadap anak-anak & mengamalkan komunikasi yang baik
v  Mengimbangi antara aktiviti luar rumah & keperluan keluarga
v  Menjaga maruah diri & keluarga terutamanya apabila berurusan di luar rumah
v  Menanamkan sifat kepatuhan anak-anak kepada ibu bapa

Wallahu a’lam

Panduan keluarga Mawaddah Negeri Kelantan
Urusetia PWKK&KR
Kerajaan Negeri Kelantan, 2014

Menjadi sahabatmu

Aku setia membaca
puisimu sahabat
Aku harap tiada henti yang mula
Tiada riuh yang bungkam
Tiada bunyi yang diam
Tiada damai yang dendam
Tiada tenang yang suram
Tiada selesa yang gumam
Tiada suka yang muram
Tiada mimpi yang lena
Tiada rawa yang tangis
Tiada jawab yang tanya
Tiada hampa yang budi
Tiada bicara yang bisu
Tiada pandang yang buta
Tiada gopoh yang sabar

Dalam desah tarikan nafas
mengalir ke degup jantung
hadir dalam setiap ruang
siang menjadi malam
malam menjadi siang
semalam yang luka
adalah khilaf aku pelajari

Menjadi sahabatmu
ada damai tercipta
merungkai setiap kalimah
menanam benih muhasabah
menghayati kebesaranNya
mengakar imamat ke lahad sukma
membelai syauqina ke raudhah hijrah
ayat-ayatNya menjadi multazimah

Norjannah MA
Bandar Tasek Mutiara, Pulau Pinang
Berita Harian
12 April 2015

Selawat mencapai kejayaan

 Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami nabi Muhammad saw dan kepada keluarganya, dengan berkat selawat sekalian penduduk bumi. Dan lakukanlah ya Allah akan kehalusanMu yang samar dalam urusanku dan seluruh umat Islam. Aameen.

Fathullah Yasin
Doa & zikir penawar tekanan segera


Friday, April 17, 2015

Cinta akhirat

Iktibar dari 2 pucuk surat

Surat 1

Surat meminta bantuan telah aku terima. Sekarang aku tunjukkan siapakah yang paling berkuasa mendatangkan junud (tentera) iaitu Allah swt. Oleh itu mohonlah pertolongan daripadaNya, yang Muhammad saw juga pernah ditolong dalam perang Badar, padahal tentera rasulullah saw jauh lebih sedikit jumlahnya berbanding dengan jumlah tentera engkau.
-          Saidina Abu Bakar  As Siddiq

Surat 2

Amma ba’du, aku hairan tentang kelewatan menakluki Mesir. Hal ini tidak terjadi kecuali perbuatan engkau sendiri dan kecintaan engkau kepada dunia, sebagaimana kecintaan musuhmu kepada dunia. Sesungguhnya Allah swt tidak akan  menganugerahkan kemenangan kepada suatu kaum kecuali kerana kebersihan niat-niat mereka.

Bangkitkan semangat mereka untuk berperang melawan musuh dan serulah mereka agar mampu bersabar dan menjaga kebersihan niat. Anjurkan pula agar mereka mengangkat suara mengagungkan Allah, kemudian mohonlah pertolongan Allah untuk dapat mengalahkan musuh. Tampilkan empat orang yang aku utus untuk bertempur bersama seperti satu badan (bersatu / berpadu tenaga)
-          Saidina Umar Al-Khattab ra

Wallahu a’lam.

Shuib Sulaiman
Prestasi umat cemerlang, 2012

Tahajud malamnya........

Saya lihat betapa allahyarham betul-betul menjaga sunnah rasulullah saw seperti tahajud malam. Saya masih ingat setiap jam 4 pagi, allahyarham akan bangun dan bawa termosnya lalu pergi ke bilik air untuk mandi. Balik macam mana lewat sekalipun allahyarham pasti menjaga solat tahajudnya. Itu.
 
Allahyarham ada berkata: Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah daripada Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita paling malas pun mintalah apa-apa (berdoa) walaupun sedikit meskipun kita masih di tempat tidur kepada Allah kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya) kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.

Wallahu a’lam....

Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani
Perginya murabbi tiada ganti
Sinar Harian
17 Mac 2015


Ya Allah anugerahkan istiqamah tahajud pada kami. Aameen.

Kerohanian seorang ayah


Matlamat : Ibadah teras kemurnian akhlak

Tahap 1 :
v  Menunaikan silat lima waktu setiap hari dalam waktunya
v  Berpuasa di bulan Ramadhan
v  Boleh membaca al-Quran
v  Telah khatam al-Quran
v  Menutup aurat dengan sempurna
v  Meninggalkan semua dosa-dosa besar (zina,arak,dadah,judi,syirik,sihir,khurafat dll)

Tahap 2 :
v  Menunaikan solat secara berjamaah
v  Menunaikan solat sunat
v  Melaksanakan puasa sunat
v  Membaca al-Quran secara konsisten
v  Memahami maksud bacaan al-Quran
v  Menghafaz beberapa surah dalam al-Quran
v  Memberi sedekah & bantuan mengikut kemampuan
v  Meninggalkan dosa-dosa kecil

Tahap 3 :
v  Menunaikan solat pada awal waktu
v  Mengadakan Qiamullail bersama-sama ahli keluarga
v  Mampu membaca al-Quran dengan tajwid yang betul
v  Khatam al-Quran melebihi 1 kali setahun
v  Melazimi ibadat sunat
v  Mengamalkan zikir-zikir tertentu seperti Maathurat
v  Mampu mengimami solat

Wallahu a’lam

Panduan keluarga Mawaddah Negeri Kelantan
Urusetia PWKK&KR
Kerajaan Negeri Kelantan, 2014