Ya Allah, raja dari segala raja,
Engkau memberikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang Engkau kehendaki dan
mencabutnya dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan siapa pun
yang Engkau kehendaki dan menghinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di
tanganMulah segala kebaikan, dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai
Pengasih dunia-akhirat, juga Penyayang keduanya. Engkau memberikan
dunia-akhirat kepada siapa pun yang Engkau kehendaki dan menahan keduanya dari
siapa pun yang Engkau kehendaki. Berikanlah padaku rahmat, yang dengan rahmat
itu aku tidak lagi memerlukan rahmat dari selainMu. Aameen Ya Rabb.Friday, September 12, 2014
Insan Soleh
Ya Allah, raja dari segala raja,
Engkau memberikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang Engkau kehendaki dan
mencabutnya dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan siapa pun
yang Engkau kehendaki dan menghinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di
tanganMulah segala kebaikan, dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai
Pengasih dunia-akhirat, juga Penyayang keduanya. Engkau memberikan
dunia-akhirat kepada siapa pun yang Engkau kehendaki dan menahan keduanya dari
siapa pun yang Engkau kehendaki. Berikanlah padaku rahmat, yang dengan rahmat
itu aku tidak lagi memerlukan rahmat dari selainMu. Aameen Ya Rabb.Thursday, September 11, 2014
Keutamaan bulan Rejab
Pelajaran ke-25
Diriwayatkan bahawa saiyidina Abubakar Assiddiig ra berkata: Bila malam Jumaat pertama dari bulan Rajab
telah lewat sepertiganya tiada tersisa malaikat di langit maupun di bumi
melainkan berkumpul semuanya dalam Ka’bah, lalu dipandang oleh Allah swt sambil
berfirman: Hai MalaikatKu! Mintalah apa yang kamu kehendaki! Ya Tuhan kami,
jawab para malaikat, Hajat kami agar Tuhan mengampuni mereka yang berpuasa
bulan Rajab. Telah Ku ampuni, firman Allah swt.
Diriwayatkan oleh Siti A’isyah ra bahawa rasulullah saw bersabda : Semua manusia lapar di hari Qiamat kecuali
para nabi dan ahli kerabatnya dan mereka yang berpuasa bulan Rajab, Syaaban dan
Ramadhan.Mereka selalu kenyang tidak merasakan lapar maupun dahaga (
Zubdatuh-Wa’idhin).
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
Pengurusan tatatertib yang berkesan
Terdapat tiga peringkat. Di antara langkah-langkah yang boleh diambil
mengikut peringkat termasuklah :
I) Pencegahan
a) Memastikan peraturan, panduan dan manual prosedur kerja jelas, lengkap
dan kemas
b) Memaklumkan dan memantau sistem, prosedur dan proses kerja pegawai
pelaksana
c) Memantau gaya hidup pegawai dan kakitangan di bawah penyeliaan.
d) Menetapkan standard tempoh masa untuk melaksanakan kerja sehingga
selesai
e) Penurunan kuasa secara bertulis
kepada pegawai-pegawai bawahan dan menentukan kriteria yang jelas dalam membuat
keputusan, polisi dan dasar
f) Mesyuarat dan perjumpaan berkala dengan pegawai bawahan sebagai sistem
pelaporanserta memberi ruang membuat keputusan secara kolektif dan
g) Penilaian prestasi yang berterusan.
II) Pembaikan
a) Perbincangan / rundingan
b) Amaran lisan berekod
c) Lain-lain tindakan seperti penempatan semula bagi mendapatkan suasana
baru dan kursus motivasi
d) Rujuk ke Lembaga Perubatan
e) Rujuk kepada kaunselor jabatan bagi sesi kaunseling dan motivasi
III) Hukuman
a) Melakukan siasatan terhadap pelanggaran tatatertib yang dilakukan
b) Menyediakan laporan kepada Lembaga Tatatertib dan syor hukuman
tatatertib
c) Melaksanakan urusan pentadbiran prosiding tatatertib dan
d) Menjalankan fungsi spesifik seperti dalam Peraturan-Peraturan Awam
(Pegawai dan Tatatertib) 1993 (P.U.A) 395
Wallahu a’lam
Toolkit Pengetua dan Guru
Besar
BPSM, KPM, 2010
Mencapai cinta di bawah bulan
agar tiada lagi pembunuhan
di negara miskin menderita
dikenyangi kebuluran dan
kesengsaraan.
Mari kita anyam lalang menjadi
kain
agar tiada lagi yang berpakaian
buruk
biar kulit mereka terlindung
daripada matahari di langit
berhabuk.
Mari kita tebang pokok
mendirikan rumah
agar tiada lagi yang berlindung
di khemah
jauh dari kampong halaman
setelah mereka menjadi pelarian.
Mari kita buka pintu sangkar
derita
agar tiada lagi yang terkurung
semoga mereka berupaya terbang
mencari cinta di bawah bulan.
Wadi Leta S.A
Pengkalan Chepa, Kota Bharu
Mingguan Malaysia
7 September 2014
Kenikmatan tidak hilang
Wednesday, September 10, 2014
Surat Attaubah, ayat 34
Pelajaran ke-24
Berkata Abudarda’ ra : Sesungguhnya
aku lebih suka dijatuhkan dari atas sebuah gedung terpatah hancur daripada berduduk
berkawan dengan orang kaya, karena aku telah mendengar rasulullah saw bersabda:
Hati-hatilah kamu berduduk berkawan dengan orang-orang mati! Siapakah yang dimaksudkan
dengan orang-orang mati itu? Ditanya rasulullah. Ialah orang-orang kaya, jawab
rasulullah.
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
Klorofil
dan dia setia di situ
menyerap ungu
membalikkan warna daun-daunmu.
Hakikatnya bukan hijau
seperti dibaca oleh mata
tetapi cincin forfirin penyerap
kilau
pemula enjin kitaran kimia
sejagat
sekujur hayat kelangsungan
nikmat.
Dia molekul yang besar
namun kecekapannya kerana
berpasangan
realiti kerjasama yang kita abaikan.
Dia bibit yang rumit
namun utuh dengan lima unsure
dan teguh dengan ratusan atom
reality perpaduan yang kita
persiakan.
Dan lerainya memerangkan daun
menamatkan tahun
di hujung dahan.
Ramlah Abd. Wahab
Desa Alam, Shah Alam Selangor
Mingguan Malaysia
7 September 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)




