Murid
dahulu
hati
kecil rasa terharu
bicara
murid haru biru
apabila
disoal kepala digaru
murid
malu bertanya guru.
Murid
sekarang
murid
belajar pelbagai nahu
pantas
menjawab seolah serba tahu
senyuman
diberi bagai tidak mahu
bertemu
di jalanan hanya mengangkat bahu.
Murid
dahulu
ada
murid yang tangan panjang
bersalam
guru tidak memandang
umpama
segan tidak kepalang
takut
guru marah memanjang.
setiap
pertolongan ada bayaran
tiada
keikhlasan hanyalah samaran
murid
rancak dengan sebaran
facebook
dan whatsapp mebnjadi cabaran.
Murid
dahulu
murid
dan guru saling membantu
tidak
mengira tempat dan waktu
ilmu
dicurah tidak menentu
hebatnya
seorang guru ketika itu.
Murid
dahulu murid sekarang
kurang
ajarnya bukan sebarang
murid
perlu diasah dengan parang
sebelum
dibawa pergi berperang.
Niat
di hati sekadar mendidik
bukan
tujuan untuk mengherdik
agar
murid lebih terdidik
jadi
manusia yang lebih cerdik.
Puteri Idayu Laili
SK Bukit Rahman Putra
Mingguan Malaysia
17 Apr 2016
No comments:
Post a Comment