Saturday, August 20, 2016

Doa UPSR 2016

Ya Allah ya Zal Jalali Wal Ikram. Sesunguhnya kami berkumpul pada hari ini semata-mata mengharapkan keredhaanMu Ya Allah, rahmatilah perhimpunan kami, hindarkanlah dari maksiat dan dosa, qabulkanlah doa-doa kami untuk mendapatkan kebaikan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
 
Ya Allah ya Ghaffar, Ya Fattahul Alim, Ampunkanlah dosa kami, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami dan rahmatilah mereka, seperti mana mereka mendidik kami semasa kecil. Ampunkanlah dosa guru-guru kami dan rahmatilah mereka seperti mana mereka mendidik dan mencurahkan ilmu dan baktinya untuk mendidik kami menjadi insan yang berguna.
  
Ya Allah ya Alim ya Hakim. Telah tiba masanya untuk anak-anak kami, anak-anak didik kami menempuhi peperiksaan UPSR, Kau berilah petunjuk taufiq dan hidayah kepada mereka. Terangilah hati-hati mereka dengan nur hikmah dariMu ya Allah, bersihkanlah hati mereka dari segala maksiat hati, mudahkanlah mereka untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat dan betul.. Bukakanlah hijab yang menghalang mereka dari menerima Ilmu daripada Mu Ya Allah. Berkatilah usaha dan kesungguhan mereka untuk berjaya, berkatilah usaha ibu bapa mereka yang telah mendidik mereka sedaya upaya untuk menjadi insan berguna.
 
Berkatilah usaha guru-guru mereka yang berjuang mencurahkan bakti untuk memastikan mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya seterusnya menjadi insan yang berakhlak mulia dan berguna untuk agama, bangsa dan negara. Ya Allah ya tuhan kami.. kurniakanlah kepada sekolah kami  kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini dengan pencapaian kualiti …………… orang , kuantiti …..……....  dan GPS ………….Semoga dengan pencapaian ini sekolah kami mampu membantu PPD Hilir Perak mencapai hasrat dan cita-cita PPD Hilir Perak No 1 Malaysia..Insya Allah.

Hanya kepada Mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kami memohon, sesungguhnya tiada sebaik-sebaik pertolongan selain dari pertolongan dariMu.

Aammen.


Sumber : PPD Hlir Perak.

No comments:

Post a Comment