Segala
puji bagiMu wahai Penguasa sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, Penguasa di hari pembalasan. Selawat dan salam ke atas junjungan
Besar Nabi Muhammad saw.
Kurniakanlah
kepada anak-anak kami ini kefahaman para nabi dan hafalan para Rasul serta
mendapat ilham dari para Malaikat yang hamper denganMu, juga kurniakanlah
anak-anak kami ini kesihatan dan kesejahteraan.
Maha
Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak penah lalai,
Ingatkanlah anak-anak kami ini apa-apa yang telah mereka
baca, apa-apa yang mereka pelajari dari guru-guru mereka dan tidak akan lupa
apabila diperlukan kelak.
Ya
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Jadikanlah
anak-anak kami ini sebagai anak-anak yang pintar, anak-anak bertaqwa, anak-anak
yang soleh dan solehah, anak yang menjadi harapan untuk memimpin negara pada
masa hadapan serta golongkanlah mereka di kalangan hamba-hambaMu yang berjaya
di dunia dan akhirat.
Ya
Allah Ya Latif
Kami
guru-guru dan ibu bapa mereka dengan rasa rendah hati memohon agar Engkau
kurniakan anak-anak kami yang bakal menduduki ujian ini taufik dan hidayah,
sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu YaAllah, mudah-mudahan segala usaha
yang bersungguh-sungguh selama ini dapat menunai hajat mereka iaitu mendapat
sepenuh kejayaan 6A / 8A dan kecemerlangan di dalam UPSR pada tahun ini.
Anugerahkanlah
anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini cetusan idea yang bernas,
kebijaksanaan akal fikiran, ketenangan rohani dan kesihatan jasmani supaya
mereka dapat mengapai cita-cita mereka, cita-cita guru-guru mereka dan
cita-cita mereka serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.
Ya
Allah Ya Munzilal Barokah
Kurniakanlah kepadamerekasepenuh kekuatan, jauhilah sifat
kegusaran, jauhlah perasaan gemuruh dan gentar agar anak-anak kami yang bakal
menduduki ujian ini mampu menjawab soala-soalan dengan penuh ketenangan, penuh
dedikasi dan cekal dan akhirnya memperolehi keberhasilan yang dicitakan iaitu
6A/8A di dalam UPSR pada tahun ini.
Aameen.
Sumber:
PPD Muar
No comments:
Post a Comment