Saturday, October 31, 2015

Pelajaran 10

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Taala: Hai segala manusia, telah datang akan kamu dalil yang amat nyata.

Hai segala manusia, telah datang akan kamu pengajaran daripada Tuhan kamu dan ubat bagi penyakit yang di dalam hati kamu, maka tiada kamu berbuat baik melainkan bagi barangsiapa yang buat baik kepada kamu dan tiada kamu berhutang melainkan bagi orang yang memperhutang ia akan kamu dan tiada kamu berkata melainkan dengan orang yang berkata ia dengan kamu dan tiada kamu beri makan melainkan bagi orang yang memberi makan ia akan kamu dan tiada kamu permulia melainkan bagi orang yang mulia ia akan kamu.

(Maka) tiada bagi seorang itu kelebihan hanyasanya yang kelebihan itu orang mu’min yang kamil (sempurna) mempercayai mereka itu akan Allah Taala dan akan RasulNya, iaitu orang yang mengasih mereka itu akan orang yang berbuat jahat kepada mereka itu dan berhubung mereka itu akan orang yang memotong ia akan mereka itu dan memberi mereka itu akan orang yang tiada memberi ia akan mereka itu dan menyentosa mereka itu akan orang yang menakut ia akan mereka itu dan berkata mereka itu dengan orang yang tiada berkata ia dengan mereka itu dan memulia itu akan orang yang menghina ia akan mereka itu dan bahawasanya Aku atas kamu itu yang amat menghukumkan dengan barang perbuatan kamu

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007; ms 171

Krisis kepimpinan

Pertama: Krisis Ketinggalan
Kita memiliki manhaj yang jelas di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi masalahnya, siapakah yang mengaplikasinya? Orang yang tidak memahami kedua-duanya?

Kedua: Krisis Proaktif
Krisis kita bersumber lemahnya kemampuan dalam memberikan pengaruh atau memformat otak manusia, yakni memformat nilai-nilai yang rosak dan menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidaklah berharga kata-kata mati yang tidak memiliki gerakan, nafas atau kesan. Sayangnya, di manapun kita bertemu maka kita menularkan penyakit kita kepada orang lain. Kita sekadar buih sungai.

Ketiga: Perasaan
Iaitu hilangnya perasaan akan beratnya kepimpinan dan tidak ada perasaan bahawa kepimpinan adalah beban yang berat dan merupakan amanah. Ketika perasaan ini hilang datanglah perasaan cinta jawatan dan kepimpinan disertai aksi saling cemas demi mendapatkannya. Akibatnya kita menempatkan orang tepat pada kedudukan yang tidak tepat dan orang yang tidak bijak lebih diutama daripada orang yang bijak.

Keempat: Lemahnya kemampuan pemimpin
Umar bin al-Khattab ra di dalam doanya menyatakan: Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari ketangguhan orang fasik dan ketidak berdayaan orang yang boleh dipercayai. Pada suatu ketika beliau ditanya: Apakah kampung-kampung itu akan segera dihancurkan ketika masih ramai orang? Beliau menjawab: Jika orang jahat hanya mendominasi orang baiknya.

Wallahu alam.

Dr Thariq Muhammad As-Suwaidan
& ProfDr Faishal Umar Basyarahil
Pemimpin Hebat, 2015 ms 45-50

Kalau aku buat dosa…..

Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat
Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati
Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan
Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku
Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan
Terasa sempitnya dadaku
Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi
Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku
Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini
Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku
Bahkan binatang ternakan turut melaknatiku
Hanya kehinaan yang layak buat diriku
Hatiku dipenuhi dengan titik-titik hitam
Aku diselubungi kelaknatan
Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan
Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan
Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku
Tanpa disedari nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah
Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi
Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah
Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk
Akhirnya azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat

Ya Allah aku ingin taubat…..
Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang telah aku telah lakukan……

Ibnu al-Qayyim
Ad-Da’wa ad-Dawa’

Pahrol Mohamad Juoi
Semuanya soal hati
Telaga Biru 2013, ms 413

Doa keselamatan




Allaahumma innaa nas-aluka salaamatan fid diin wa’aafiyatan fil jasadi wa ziyaadatan fil ‘ilmi wa barakatan fir rizqi wa taubatan qablal maut wa rahmatan ‘indal maut wa maghfiratan ba’dal maut.

(Ya Allah sesungguhnya kami meminta keselamatan di dalam agama, kesejahteraan badan, bertambahnya ilmu, keberkahan rizqi, bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat setelah mati dan mendapat ampunan setelah mati).

Ilmu rahsia jaga diri
Pustaka Muda 2000

Friday, October 30, 2015

Pelajaran 9

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Taala: Hai anak Adam: Jangan engkau laknatkan akan segala makhluk, maka kembalilah laknat itu atas kamu, yakni jangan kamu katakan si fulan laknat Allah atau binatang ini laknat Allah, yakni jauh daripada rahmat Allah.

Hai anak Adam, berdirilah tujuh petala langit di dalam hawa’ yakni dalam lapang dan kosong dengan tiada tiang, dengan nama yang satu daripada segala namaKu dan tiada betul hati kamu yang satu dengan seribu pengajaran daripada kitabKu.

Hai segala manusia, seperti tiada lembut batu di dalam air demikianlah tiada memberi balas pengajaran pada hati kamu yang keras.

Hai anak Adam, betapa kamu naik saksi bahawasanya kamu hamba Allah kemudian kamu derhaka akan Dia dan betapa kamu dakwa akan bahawasanya mati itu sebenarnya padahal kamu benci akan dia dan kamu katakan dengan segala lidah kamu akan barang yang di dalam hati kamu sangka akan yang demikian itu kecil padahal ia pada Allah Taala itu amat besar.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007; ms 170

Sabar itu indah

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatas takdir
Di situlah noktah segala tadbir.
 
Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.

Ujian itu penebus dosa…..
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak…..
Penghias samudera!

Pahrol Mohamad Juoi
Semuanya soal hati
Telaga Biru 2013, ms 293

Perisai diri dari gangguan setan


Bismillaah, aamantu bil laah, I’tashamtu bil laah, tawakkaltu bil laah, laa haula wa laa quwwata illaa bil laah.

(Dengan nama Allah, aku beriman kepada Allah, aku berserah diri kepada Allah, dan tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah)

Ilmu rahsia jaga diri
Pustaka Muda 2000

Thursday, October 29, 2015

Pelajaran 8

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Subhanahu wa Taala : Hai anak Adam, tiada Aku jadikan akan kamu itu sia-sia dan tiada Aku jadikan akan kamu itu bertempat dan tiada Aku lalai daripada barang yang kamu perbuat dan bahawasanya Aku bagi kamu itu yang mengetahui dan tiada bagi kamu peroleh akan barang yang daripada Aku melainkan dengan kamu sabar atas barang yang kamu bencikan pada menuntut keredhaanKu.

Bermula sabar bagi kamu atas berbuat taat akan Daku itu terlebih mudah bagi kamu daripada sabar atas berbuat maksiat akan Daku.

Bermula meninggalkan dosa itu terlebih mudah bagi kamu daripada kamu rasai azab akhirat.

Hai anak Adam semua hanya kamu sesat melainkan barangsiapa yang Aku tunjuk akan dia dan sekalian kamu itu binasa melainkan barangsiapa yang Aku lepaskan akan dia dan sekalian kamu itu jahat melainkan barangsiapa yang Aku peliharakan dia, maka taubat oleh kamu akan Daku, nescaya Aku kasih akan kamu dan jangan kamu binasakan akan segala rahsia kamu daripada barangsiapa yang tiada bersembunyi rahsia kamu.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,

Al-Hidayah, 2007

Kau ini bagaimana atau aku harus bagai mana

 Kau ini bagaimana?
Kau bilang Aku merdeka, Kau memilihkan untukku segalanya
Kau suruh Aku berpikir, Aku berpikir Kau tuduh Aku kapir

Aku harus bagaimana?

Kau bilang bergeraklah, Aku bergerak Kau curigai
Kau bilang jangan banyak tingkah, Aku diam saja Kau waspadai

Kau ini bagaimana?

Kau suruh Aku pegang prinsip, Aku memegang prinsip Kau tuduh Aku kaku
Kau suruh Aku toleran Kau bilang Aku plin-plan

Aku harus bagaimana?

Aku Kau suruh maju, Aku maju Kau srimpung kakiku
Kau suruh Aku bekerja, Aku bekerja Kau ganggu Aku

Kau ini bagaimana?

Aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku Kau suruh berdisiplin, Kau menyontohkan yang lain

Aku harus bagaimana?

Kau bilang Tuhan sangat dekat, Kau sendiri memanggilnya dengan pengeras suara tiap saat
Kau bilang Kau suka damai, Kau ajak Aku setiap hari bertikai

Aku harus bagaimana?

Aku Kau suruh membangun, Aku membangun Kau merusaknya
Aku Kau suruh menabung, Aku menabung Kau menghabiskannya

Kau ini bagaimana?

Kau suruh Aku menggarap sawah, sawahku Kau tanami rumah-rumah
Kau bilang Aku harus punya rumah, Aku punya rumah Kau meratakannya dengan tanah

Kau ini bagaimana?

Aku Kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi
Aku Kau suruh bertanggung jawab, Kau sendiri terus berucap Wallahu a'lam bissawab

Kau ini bagaimana?

Kau suruh Aku jujur, Aku jujur Kau tipu Aku
Kau suruh Aku sabar, Aku sabar Kau injak tengkukku

Aku harus bagaimana?

Aku Kau suruh memliihmu sebagai wakilmu, sudah kupilih Kau bertindak semaumu
Kau bilang Kau selalu memikirkanku, Aku sapa saja Kau merasa terganggu

Kau ini bagaimana?

Kau bilang bicaralah, Aku bicara Kau bilang Aku ceriwis
Kau bilang jangan banyak bicara, Aku bungkam Kau tuduh Aku apatis

Aku harus bagaimana?
Aku harus bagaimana?

Kau bilang kritiklah, Aku kritik Kau marah
Kau bilang cari alternatifnya, Aku kasih alternatif Kau bilang jangan mendikte saja

Kau ini bagaimana?

Aku bilang terserah Kau, Kau tidak mau
Aku bilang terserah kita, Kau tak suka
Aku bilang terserah Aku, Kau memakiku

Kau ini bagaimana?
Aku harus bagaimana?


(K.H.A. Mustofa Bisri, 1987)

Dijauhkan dari penyakit gila, kusta, buta & lumpuh

Subhaanallaahi wa bi hamdihi subhaanallaahil ‘azhiimi wa bi hamdihi wa laa quwwata illaa bil laah.

(Maha suci Allah dan dengan segala pujiNya, Maha suci Allah yang agung dengan segala pujiNya. Tidak ada kekuatan kecuali dengan Allah)

Nota: Orang yang mau membaca bacaan di atas 3 kali setiap habis solat Subuh dan Maghrib maka dirinya dijaya oleh Allah dari 4 bencana ( Terhindar dari penyakit gila, kusta,kebutaan dan lumpuh).Insyaallah.

Ilmu rahsia jaga diri
Pustaka Muda 2000

Wednesday, October 28, 2015

Pelajaran 7

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Subhanahu wa Taala: Hai hambaKu, bermula dinar dan dirham bahawasanya Aku jadikan keduanya  bagi kamu supaya kamu makan dengan keduanya akan rezekiKu dan kamu pakaikan dengan keduanya segala kainKu dan supaya kamu ucap tasbih akan Daku dan kamu ucap takdis (mensucikan) akan Daku, kemudian kamu ambilkan akan kitabKu, maka kamu jadikan akan dia ke belakang kamu dan kamu ambilkan akan dinar dan dirham, maka kamu jadikan akan keduanya itu ke atas kepala kamu dan kamu tinggikan dengan dia akan segala rumah kamu dan kamu rendahkan akan rumahKu dan kamu hiaskan segala rumah kamu dan kamu runtuhkan akan rumahKu dan kamu jinak akan rumah kamu dan kamu liarkan akan rumahKu, maka bukanlah kamu itu orang yang baik dan pilihan dan bukanlah kamu itu orang yang merdeka, tetapi kamu itu dinamai hamba dunia dan orang yang menghmpunkan hartanya di dalam dunia.

Bermula umpama kamu itu seperti umpama kubur yang dilaburkan dengan kapur dilihat pada zahirnya baik dan batinnya jahat seperti demikianlah kamu berbaik akan diri kamu akan manusia dan kamu berkasih-kasihan kepada manusia dengan segala lidah kamu yang manis dan segala perbuatan kamu dan jauhkan diri kamu daripada Aku dengan segala hati kamu yang keras dan segala kelakuan kamu yang khabis (perbuatan keji)

Hai anak Adam, ikhlaskan olehmu akan ilmu dan jangan engkau pinta daripada Aku maka bahawasanya Aku beri akan dikau terlebih banyak dan terlebih baik daripada orang yang menuntut akan dia oleh orang yang meminta.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

Nasihat Ramadhan buat A. Mustofa Bisri



Mustofa
Jujurlah pada dirimu sendiri mengapa kau selalu mengatakan
Ramadhan bulan ampunan apakah hanya menirukan nabi
atau dosa-dosamu dan harapanmu yang berlebihanlah
yang menggerakkan lidahmu begitu.

Mustofa
Ramadhan adalah bulan antara dirimu dan Tuhanmu
Darimu hanya untukNya dan kau sendiri tak ada yang tahu
apa yang akan dianugerahkanNya kepadamu
semua yang khusus untukNya khusus untukmu

Mustofa
Ramadhan adalah bulanNya yang Ia serahkan padamu dan bulanmu
Serahkanlah semata-mata padaNya.
Bersucilah untukNya
Bersolatlah untukNya
Berpuasalah untukNya
Berjuanglah melawan dirimu sendiri untukNya

Sucilah kelaminmu. Berpuasalah
Sucikan tanganmu. Berpuasalah
Sucikan mulutmu. Berpuasalah
Sucikan hidungmu. Berpuasalah
Sucikan wajahmu. Berpuasalah
Sucikan matamu. Berpuasalah
Sucikan telingamu. Berpuasalah
Sucikan rambutmu. Berpuasalah
Sucikan kepalamu. Berpuasalah.
Sucikan kakimu. Berpuasalah
Sucikan tubuhmu. Berpuasalah
Sucikan hatimu. Berpuasalah
Sucikan pikiranmu. Berpuasalah
Sucikan dirimu

Mustofa
Bukan perut yang lapar bukan tenggorokan yang kering
Yang mengingatkan kedaifan dan melembutkan rasa
Perut yang kosong dan tenggorokan yang kering ternyata hanya penunggu
Atau perebut kesempatan yang tak sabar atau terpaksa
Barangkali lebih sabar sedikit dari mata tangan kaki dan kelamin
Lebih tahan sedikit berpuasa tapi hanya kau yang tahu
Hasrat dikekang untuk apa dan siapa.

Puasakan kelaminmu untuk memuasi Redha
Puasakan tanganmu untk menerima Kurnia
Puasakan mulutmu untuk merasai Firman
Puasakan hidungmu untuk menghirup Wangi
Puasakan wajahmu untuk menhadapi Keelokan
Puasakan matamu untuk menatap Cahaya
Puasakan telingamu untuk menangkap Merdu
Puasakan rambutmu untuk meyerap Belai
Puasakan kepalamu untuk menekan Sujud
Puasakan kakimu untuk menapak Sirath
Puasakan tubuhmu untuk meresap Rahmat
Puasakan hatimu untuk menikmati Hakikat
Puasakan pikiranmu untuk menyakini Kebenara
Puasakan dirimu untuk menghayati Hidup
Tidak
Puasakan hasratmu hanya untuk hadiratNya!

Mustofa
Ramadhan bulan suci katamu
Kau menirukan ucapan nabi atau kau telah merasakan sendiri
kesuciannya melalui kesucianmu
tapi bukankah kau masih selalu menunda-nunda
menyingkirkan kedengkian keserakahan ujub riya takabur
dan sampah-sampah lainnya yang mampat dan comberan hatimu?

Mustofa
Inilah bulan baik saat baik untuk kerjabakti membersih hati.
Mustofa
Inilah bulan baik saat baik untuk merobohkan berhala dirimu
Yang secara terang-terangan dan sembunyi-sembunyi
Kau puja selama ini
Atau akan kau lewatkan lagi kesempatan ini
Seperti Ramadhan-ramadhan yang lalu

K.H.A Mustofa Bisri
Rembang, Sya’ban 1413

Terhindar dari mala petaka yang mendadak


Bismilllaahil ladzil laa yadhurru ma’as mihii syai-un fil ardhi wa’laafis samaa-I wa hu was samii’ul ‘aliim.

( Dengan nama Allah yang tidak membahayakan bersama namaNya akan sesuatu di bumi dan di langit dan Dialah Dzat yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

Ilmu rahsia jaga diri
Pustaka Muda 2000

Tuesday, October 27, 2015

Pelajaran 6


Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Subhanahu wa Taala: Hai anak Adam, tiada Aku jadikan akan kamu supaya banyak. Aku dengan kamu daripada sedikit dan tiada Aku jadikan akan kamu supaya bertaulan. Aku dengan kamu daripada safarKu dan liarKu dan tiada supaya minta tolong. Aku dengan kamu atas pekerjaan yang lemah Aku daripadanya dan tiada kerana mengambil manfaat Aku daripadamu dan tiada kerana menolak mudharat dengan kamu dan tetapi Aku jadikan akan kamu supaya jadi kamu mengenal akan Daku dan kamu menyembah akan Daku dan kamu perbuat segala suruhKu dan kamu tinggal akan tegahKu pada seumur hidup kamu dan syukurkan akan nikmatKu akan sebagai syukur yang banyak dan kerana kamu ucap tasbih dan Daku pada pagi-pagi dan petang-petang.

Hai anak Adam, jikalau bahawasanya awal kamu dan akhir kamu manusia kamu dan jin kamu dan orang yang mati kamu dan orang yang hidup kamu dan yang kecil kamu dan yang besar kamu dan yang muda kamu dan yang tua kamu dan yang merdeka kamu dan segala hamba kamu jika muafakat dan berhimpun mereka itu semua akan berbuat taat akan Daku nescaya tiada menambah oleh yang demikian itu pada KebesaranKu dan KerajaanKu dan seberat zarrah jua pun dan barangsiapa bersungguh ia berbuat taat akan Daku, maka hanyasanya bersungguh ia mengasih ia faedah bagi dirinya dan bahawasanya awal kamu dan akhir kamu dan hidup kamu dan mati kamu dan kecil kamu dan besar kamu dan merdeka kamu dan segala hamba kamu dan manusia kamu dan jin kamu jika muafakat dan berhimpun mereka itu atas berbuat maksiat akan Daku nescaya tiada mengurang ia daripada demikian itu daripada KebesaranKu seberat zarrah jua pun.

Dan barangsiapa bersungguh-sungguh ia akan berbuat maksiat akan Daku hanya bersungguh-sungguh ia atas berbuat mudharat ia bagi dirinya jua bahawasanya Allah Taala Amat Kaya daripada sekalian alam.

Hai anak Adam, seumpama kamu sakitkan akan Daku, Aku sakitkan akan kamu, yakni seumpama kamu dehakakan akan Daku. Aku seksakan akan kamu seperti engkau perbuat akan Daku. Aku perbuat akan dikau.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

Pilihan

Antara kaya & miskin tentu kau memilih miskin
Lihatlah kau seumur hidup tak pernah merasa kaya

Antara hidup & mati tentu kau memilih mati
Lihatlah kau seumur hidup mati-matian mempertahankan kematian

Antara perang & damai tentu kau memilih damai
Lihatlah kau habiskan umurmu berperang demi perdamaian

Antara beradab & biadab tentu kau memilih beradab
LIhatlah kau habiskan umurmu menyembunyikan kebiadaban & peradaban

Antara nafsu & nurani tentu kau memilih nurani
Lihatlah kau sampai menyimpannya rapi jauh dari kegalauan dinia ini

Antara dunia & akhirat tentu kau memilih akhirat
Lihatlah kau sampai menamakan amal dunia sebagai amal akhirat

Antara ini & itu
Benarkah kau memilih itu?

K.H.A Mustofa Bisri
1989

Friday, October 23, 2015

Pelajaran 5


Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Taala: Hai anak Adam: Jangan ada engkau setengah daripada orang yang taksir ia akan taubat dan panjang angan-angan dan harap ia akan kebajikan akhirat dengan ketiadaan amal engkau.

Kata seperti kata orang yang soleh: Dan engkau perbuat seperti perbuatan munafiq jika aku beri akan dikau tiada engkau padakan dan jika tiada aku beri akan dikau tiada engkau sabar. Dan engkau suruhkan akan orang dengan berbuat kebajikan padahal engkau tiada engkau perbuat akan dia. Dan engkau tegahkan akan orang yang lain daripada berbuat kejahatan padahal tiada engkau tegahkan aku akan dirimu daripadanya. Dan engkau kasih akan segala orang yang soleh padahal engkau tiada daripada mereka itu, yakni tiada engkau kerjakan seperti amal mereka itu. Dan engkau bencikan akan segala orang munafiq padahal engkau daripada mereka itu. Engkau kata akan barang yang tiada engkau perbuat dan perbuat barang yang tiada aku suruhkan. Dan engkau tuntut kesempurnaan dan tiada engkau menyempurnakan.

Hai anak Adam, tiada daripada tiap-tiap hari yang datang melainkan bermula bumi itu berkata ia akan dikau dengan katanya berkata ia bagimu.

Hai anak Adam, engkau berjalan atas belakangku dan tempat kembalimu kepada perutku jua dan tertawa-tawa engkau atas belakangku dan engkau menangis di dalam perutku dan engkau memakan akan tiap-tiap yang keinginanmu atas belakangku dan memakan akan dikau oleh ulat di dalam perutku.

Hai anak Adam, Akulah rumah yang liar tempat orang yang duduk di dalamnya dan Akulah tempat menanyai Mungkar wa (dan) Nakir dan Akulah tempat seorang dan Akulah tempat yang amat kelam dan Akulah tempat berdagang dan Akulah tempat kesunyian daripada segala kerabat dan segala sahabat, maka ramaikan olehmu akan Daku dengan mengerjakan segala amal yang soleh dan jangan engkau lupai akan Daku.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

Berkias dan benar

Kau berbicara bahasa berkias
Aku berbicara bahasa benar

Berkias peri cantiknya bahasa
Benar menjauhkan segala onar

Kias makna katanya berbelas-belas
Benar menuju kepada rasa ikhlas

Katamu kias itu menjadi pedoman
Penuh ibarat sarat teladan ajaran

Kataku benar itu menuju kebaikan
Cantik kebajikan berumah kebolehan

Katamu kau menegur penuh berkias
Tidak terus terang ada kata sindiran

Kataku benar itu tepat dan sahih
Tidak salah katanya tetap terpilih

Sebenarnya kita lagi masih sejalan
Bahasa bicara kita tetap
Satu pedoman

Ami Masra
USJ 4, Subang Jaya
BH, 18 Okt 2015

Doa untuk kecerdasan otak dan tidak mudah lupa


Ya Allah, terangilah pandanganku dengan Al-Quran dan dengannya lapangkanlah hatiku dan dapatlah kiranya daku beramal dengannya.

Dan lancarkanlah lidahku dalam mengucapkannya dan teguhkanlah hatiku dengannya

Dan percepatkanlah kefahamanku dengannya dan teguhkanlah tujuanku dengannya, dengan sebab dayaMu dan kekuatanMu.

Sesungguhnya tiada daya untukku melakukan taat dan tiada upaya untukku menjauhkan maksiat melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih bagi sekalian yang berkasih sayang.

Ya Allah daku menitipkan kepadaMu ilmu yang telah Engkau ajarkan kepadaku maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepadaku ketika aku memerlukannya. Dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya. Ya Tuhan semesta alam.

Aameen.

Amalan harian sepanjang zaman
Al-Ust Dato’ Hj Ismail Kamus

Tuesday, October 20, 2015

Pelajaran 4

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Taala: Hai anak Adam, barangsiapa berpagi-pagi padahal dukacita ia akan dunia nescaya tiadalah bertambah daripada Allah Taala melainkan jauh dan tiada bertambah  di dalam dunia melainkan penyakit dan tiada bertambah di dalam akhirat melainkan murka dan melazim oleh Allah Taala akan hatinya dukacita yang tiada berkeputusan daripadanya selama-lamanya dan melazim oleh Allah Taala akan hatinya bimbang yang tiada selesai daripadanya selama-lamanya dan akan papa yang tiada merasai kaya selamanya.

Hai anak Adam, pada tiap-tiap hari kurang ia daripada umurmu dan engkau tiada tahu dan datang akan dikau pada tiap-tiap hari rezekimu padahal engkau tiada memuji akan Daku, maka tiada engkau padakan dengan yang sedikit dan tiada kenyang engkau dengan yang banyak

Hai anak Adam, tiada jua pada tiap-tiap hari melainkan datang akan dikau rezekimu daripada pihakKu dan tiada daripada tiap-tiap malam melainkan mendatang akan Daku oleh malaikat daripada pihakmu dengan amal yang keji dan engkau makan akan rezekiKu padahal engkau derhaka akan Daku dan engkau minta daripada Aku, maka Aku perkenankan bagimu.

(Bermula) kebajikanKu kepadamu turun ia dan kejahatanmu kepadaKu naik ia, maka sebaik-baik Tuhan dan sebaik-baik yang menolong  bagimu. Aku dan sejahat-jahat hamba itu engkau bagiKu dan engkau pinta daripadaKu, maka beri akan dikau dan Aku tutup atasmu akan suatu kejahatan kemudian daripada suatu kejahatan dan satu aib kemudian daripada satu aib.

Bermula Aku itu malu. Aku daripadamu dan engkau itu tiada malu daripadaKu dan engkau lupa akan Daku dan engkau ingatkan akan yang lain daripadaKu dan engkau takut akan manusia dan tiada engkau takutkan akan Daku dan engkau takut daripada marah manusia dan tiada engkau takutkan akan murkaKu.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

Dalam kesederhanaan

Benar sekali kita kalut
jadi penakut, pengecut
kaku gerak, hilang pecut
kita beri, kita suka ajak
fikir banyak telajak
tergadai daulat terlipat
kuasa di tangan pemimpin
mestikah darah jadi daging!

Dalam kesederhanaan
kenapa keberanian hilang?
keris bisa tidak bertuah
dihunus nampak gagah
kenapa disarung mudah
undur sebelum kalah.

Akankah maruah kembali?
berpapah lupa alpa diri
senandung lagu lama
asyik kecewa duka lara
senja usia tidak dirasa.

Siapakah itu sang dalang
pencari wayang hilang
tidak kenal Seri Rama
Sita Dewi, Laksamana
Hanuman atau Rawana
satu Pak Dogol tua sabar
ramai Wak Long mau kucar
serancak tanya ligar berligar
di siasah buta diri tidak sedar.

Ya! Tidak semua main wayang
Ya! Tidak semua berpura-pura
Ya! Yang tahu pandai kira bicara
Ilmu mesti penuh dada.

A.Aziz Deraman
Kuala Lumpur
BH 18 Oktober 2015

Doa tahun ini



Ya Allah, jadikanlah tahun ini adalah tahun yg dipenuhi dengan "bunga kebaikan", sehingga harumnya memberi "kesejukan ibadah" untukku, keluargaku, dan handai tolan. Aamiin..

Monday, October 19, 2015

Pelajaran 3

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Tabaraka wa Taala : Hai anak Adam, padakan oleh kamu dengan yang sedikit supaya kayalah engkau dan tinggalkan olehmu dengki supaya senanglah hatimu dan jauhkan olehmu akan segala yang haram supaya ikhlaskan akan agama.

Dan barangsiapa meninggal ia akan mengumpat-umpat akan seseorang nescaya zahirlah kasih baginya.

Dan barangsiapa menjauhkan dirinya daripada segala manusia nescaya sejahteralah ia daripada fitnah mereka itu.

Dan barangsiapa sedikit perkataannya nescaya sempurnalah aqalnya.
 
Dan barangsiapa redha ia dengan barang yang sedikit, maka sungguh percaya ia akan Allah Taala.

(Hai anak Adam), engkau dengan barang yang engkau ketahui tiada engkau amalkan, maka berapa engkau menuntut akan ikmu yang belum engkau ketahui.

Hai anak Adam, engkau kerjakan di dalam dunia seolah-olah engkau tiada mati selama-lamanya dan engkau himpunkan akan harta seolah-olah engkau kekal selama-lamanya.

Hai dunia, dinding olehmu akan daku daripada orang yang loba akan dikau dan daripada orang yang menghendak kelebihan daripadamu dan jadikan olehmu akan dirimu manis pada mata segala orang yang menilik kepadamu dan segala orang yang gemar kepadamu.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007 ms 159-160