Pertama: Krisis Ketinggalan
Kita memiliki manhaj
yang jelas di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi masalahnya, siapakah yang
mengaplikasinya? Orang yang tidak memahami kedua-duanya?
Krisis kita bersumber
lemahnya kemampuan dalam memberikan pengaruh atau memformat otak manusia, yakni
memformat nilai-nilai yang rosak dan menggantikannya dengan yang lebih baik.
Tidaklah berharga kata-kata mati yang tidak memiliki gerakan, nafas atau kesan.
Sayangnya, di manapun kita bertemu maka kita menularkan penyakit kita kepada
orang lain. Kita sekadar buih sungai.
Ketiga: Perasaan
Iaitu hilangnya perasaan
akan beratnya kepimpinan dan tidak ada perasaan bahawa kepimpinan adalah beban
yang berat dan merupakan amanah. Ketika perasaan ini hilang datanglah perasaan
cinta jawatan dan kepimpinan disertai aksi saling cemas demi mendapatkannya.
Akibatnya kita menempatkan orang tepat pada kedudukan yang tidak tepat dan
orang yang tidak bijak lebih diutama daripada orang yang bijak.
Keempat: Lemahnya kemampuan pemimpin
Umar bin al-Khattab ra
di dalam doanya menyatakan: Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari ketangguhan
orang fasik dan ketidak berdayaan orang yang boleh dipercayai. Pada suatu
ketika beliau ditanya: Apakah kampung-kampung itu akan segera dihancurkan
ketika masih ramai orang? Beliau menjawab: Jika orang jahat hanya mendominasi
orang baiknya.
Wallahu alam.
Dr Thariq Muhammad As-Suwaidan
& ProfDr Faishal Umar Basyarahil
Pemimpin Hebat, 2015 ms 45-50
No comments:
Post a Comment