Tuesday, October 27, 2015

Pelajaran 6


Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Subhanahu wa Taala: Hai anak Adam, tiada Aku jadikan akan kamu supaya banyak. Aku dengan kamu daripada sedikit dan tiada Aku jadikan akan kamu supaya bertaulan. Aku dengan kamu daripada safarKu dan liarKu dan tiada supaya minta tolong. Aku dengan kamu atas pekerjaan yang lemah Aku daripadanya dan tiada kerana mengambil manfaat Aku daripadamu dan tiada kerana menolak mudharat dengan kamu dan tetapi Aku jadikan akan kamu supaya jadi kamu mengenal akan Daku dan kamu menyembah akan Daku dan kamu perbuat segala suruhKu dan kamu tinggal akan tegahKu pada seumur hidup kamu dan syukurkan akan nikmatKu akan sebagai syukur yang banyak dan kerana kamu ucap tasbih dan Daku pada pagi-pagi dan petang-petang.

Hai anak Adam, jikalau bahawasanya awal kamu dan akhir kamu manusia kamu dan jin kamu dan orang yang mati kamu dan orang yang hidup kamu dan yang kecil kamu dan yang besar kamu dan yang muda kamu dan yang tua kamu dan yang merdeka kamu dan segala hamba kamu jika muafakat dan berhimpun mereka itu semua akan berbuat taat akan Daku nescaya tiada menambah oleh yang demikian itu pada KebesaranKu dan KerajaanKu dan seberat zarrah jua pun dan barangsiapa bersungguh ia berbuat taat akan Daku, maka hanyasanya bersungguh ia mengasih ia faedah bagi dirinya dan bahawasanya awal kamu dan akhir kamu dan hidup kamu dan mati kamu dan kecil kamu dan besar kamu dan merdeka kamu dan segala hamba kamu dan manusia kamu dan jin kamu jika muafakat dan berhimpun mereka itu atas berbuat maksiat akan Daku nescaya tiada mengurang ia daripada demikian itu daripada KebesaranKu seberat zarrah jua pun.

Dan barangsiapa bersungguh-sungguh ia akan berbuat maksiat akan Daku hanya bersungguh-sungguh ia atas berbuat mudharat ia bagi dirinya jua bahawasanya Allah Taala Amat Kaya daripada sekalian alam.

Hai anak Adam, seumpama kamu sakitkan akan Daku, Aku sakitkan akan kamu, yakni seumpama kamu dehakakan akan Daku. Aku seksakan akan kamu seperti engkau perbuat akan Daku. Aku perbuat akan dikau.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

No comments:

Post a Comment