Al-Mawa’izd
Al-Badi’iah
Berkata Allah
Subhanallahu Taala: Aku naik saksi bagi diriKu bahawa tiada Tuhan melainkan Aku
jua padahal EsaKu tiada sekutu bagiKu dan bahawasanya Muhammad itu hambaKu dan
RasulKu, dan barangsiapa tiada redha ia akan segala hukumKu dan tiada sabar ia
atas segala balaKu dan tiada syukur ia akan segala nikmatKu dan tiada memadai
ia dengan pemberianKu, maka keluarkan oleh kamu daripada bumiKu dan langitKu,
maka tuntut oleh kamu akan Tuhan yang lain daripada Aku.
Dan barangsiapa
pagi-pagi ia padahal ia dukacita akan
dunia, maka seolah-olah ia marah akan
Daku.
Dan barangsiapa
mengadu-ngadu ia akan kesakitan, maka
sungguhnya mengadu-ngadu ia akan
Daku.
Dan barangsiapa masuk
kepada orang kaya atau bertemu ia dengan dia, maka merendah ia akan dirinya
baginya kerana kayanya nescaya hilanglah dua sulus (pertiga) agamnya
Dan barangsiapa menampar
ia akan mukanya atau kepalanya kerana kematian,
maka seolah-olah ia mengambil ia akan lembing membunuh ia akan Daku dengan dia.
Dan barangsiapa memecah
ia akan kayu atas kubur mayat, maka
seolah-olah meruntuh ia akan pintu
Ka’bahKu dengan tangannya.
Dan barangsiapa berkemeh
(kencing) pada barang mana pintu yang masuk ia padanya nescaya memasuk ia akan
dia oleh Allah Taala ke dalam neraka jahanam.
Dan barangsiapa tiada ia
bertambah pada agamanya, yakni tiada bertambah takutnya akan Allah Taala, maka
iaitu di dalam kekurangan.
Dan barangsiapa ada ia
di dalam kekurangan, maka mati itu terlebih baik baginya dan barangsiapa
mengamal ia akan ilmu yang telah mengetahui ia nescaya memberi akan dia oleh
Allah Subhanahu wa Taala akan ilmu yang tiada mengetahui ia dan barangsiapa panjang
angan-angannya nescaya tiada hasil dengan dia amalnya.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu
Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf
Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah &
Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
ms157-158
No comments:
Post a Comment