Al-Mawa’izd
Al-Badi’iah
Berkata Allah Taala: Hai
segala manusia, telah datang akan kamu dalil yang amat nyata.
Hai segala manusia,
telah datang akan kamu pengajaran daripada Tuhan kamu dan ubat bagi penyakit
yang di dalam hati kamu, maka tiada kamu berbuat baik melainkan bagi
barangsiapa yang buat baik kepada kamu dan tiada kamu berhutang melainkan bagi
orang yang memperhutang ia akan kamu dan tiada kamu berkata melainkan dengan
orang yang berkata ia dengan kamu dan tiada kamu beri makan melainkan bagi
orang yang memberi makan ia akan kamu dan tiada kamu permulia melainkan bagi
orang yang mulia ia akan kamu.
(Maka) tiada bagi
seorang itu kelebihan hanyasanya yang kelebihan itu orang mu’min yang kamil
(sempurna) mempercayai mereka itu akan Allah Taala dan akan RasulNya, iaitu
orang yang mengasih mereka itu akan orang yang berbuat jahat kepada mereka itu
dan berhubung mereka itu akan orang yang memotong ia akan mereka itu dan
memberi mereka itu akan orang yang tiada memberi ia akan mereka itu dan
menyentosa mereka itu akan orang yang menakut ia akan mereka itu dan berkata
mereka itu dengan orang yang tiada berkata ia dengan mereka itu dan memulia itu
akan orang yang menghina ia akan mereka itu dan bahawasanya Aku atas kamu itu
yang amat menghukumkan dengan barang perbuatan kamu
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu
Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf
Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd
Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007; ms 171
No comments:
Post a Comment