Al-Mawa’izd
Al-Badi’iah
Berkata Allah Taala: Hai
anak Adam, barangsiapa berpagi-pagi padahal dukacita ia akan dunia nescaya
tiadalah bertambah daripada Allah Taala melainkan jauh dan tiada bertambah di dalam dunia melainkan penyakit dan tiada
bertambah di dalam akhirat melainkan murka dan melazim oleh Allah Taala akan
hatinya dukacita yang tiada berkeputusan daripadanya selama-lamanya dan melazim
oleh Allah Taala akan hatinya bimbang yang tiada selesai daripadanya
selama-lamanya dan akan papa yang tiada merasai kaya selamanya.
Hai anak Adam, pada
tiap-tiap hari kurang ia daripada umurmu dan engkau tiada tahu dan datang akan
dikau pada tiap-tiap hari rezekimu padahal engkau tiada memuji akan Daku, maka
tiada engkau padakan dengan yang sedikit dan tiada kenyang engkau dengan yang
banyak
Hai anak Adam, tiada jua
pada tiap-tiap hari melainkan datang akan dikau rezekimu daripada pihakKu dan
tiada daripada tiap-tiap malam melainkan mendatang akan Daku oleh malaikat
daripada pihakmu dengan amal yang keji dan engkau makan akan rezekiKu padahal
engkau derhaka akan Daku dan engkau minta daripada Aku, maka Aku perkenankan
bagimu.
(Bermula) kebajikanKu
kepadamu turun ia dan kejahatanmu kepadaKu naik ia, maka sebaik-baik Tuhan dan
sebaik-baik yang menolong bagimu. Aku
dan sejahat-jahat hamba itu engkau bagiKu dan engkau pinta daripadaKu, maka
beri akan dikau dan Aku tutup atasmu akan suatu kejahatan kemudian daripada
suatu kejahatan dan satu aib kemudian daripada satu aib.
Bermula Aku itu malu.
Aku daripadamu dan engkau itu tiada malu daripadaKu dan engkau lupa akan Daku
dan engkau ingatkan akan yang lain daripadaKu dan engkau takut akan manusia dan
tiada engkau takutkan akan Daku dan engkau takut daripada marah manusia dan
tiada engkau takutkan akan murkaKu.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu
Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf
Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah &
Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment