Renungan 32
Manusia sebagai status hamba terhadap Penciptanya
dan khalifah di bumi ini yang diutus untuk mentadbir diri, manusia dan alam
diberi peluang mencorakkan kehidupannya di dunia yang fana ini sebagai jambatan
menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi. Laluilah sisa hidup ini dengan penuh
keberanian dan ketakwaan kepada Allah SWT. Ketahuilah bahawa apabila manusia
beriman dan bertakwa kepada Allah SWT serta banyak mendekatiNya maka Allah SWT
akan mengurniakan kepadanya ketenangan dan kebahagiaan dalam menelusuri
liku-liku kehidupan ini.
Wallahu a’lam.
Ya Allah
Hjh
Maimunah Hj Mohamad
& Dr
Noor Azniza Ishak
2008
No comments:
Post a Comment