Apabila
tiba detiknya
perceraian
sudah terpaksa
gugur
ke semak-samun
menjadi
baja
Kerana
lemahnya kejadian
tidak
bias berucap
melayan
kenangan indah
di
hujung tangkai
dibelai
dingin
dalam
simbahan mentari
waktu
pagi hingga ke senja
menyerlahkan
kehijauan aura.
Tetiba,
rindu menggamit
pada
beburung ramai
terbang
hinggap
berehat
dan menyanyi
membawa
lagu kali nan luas
dan
hamparan padi menguning
di
sebuah delta subur
di
Tanah Melayu
awan
gemawan hanyut belayar
di
langit zaman
membawa
muatan siksa dan derita
para
nelayan
tetapi
mereka tidak pula bersuara
menyatakan
kesedihan
hinggalah
menangis hiba
di
tyepian gunung titiwangsa
tidak
lama kami dedaunan
mengecap
nikmat
tiba
masa dan ketika
gugurlah
ke bumi
sebagai
humas
member
perlindungan
kepada
cacing dan kuman
di
dalam tanah.
Abdullah
Awang
Kota
Bharu, Kelantan
BH,
28 Dis 2014
No comments:
Post a Comment