Saturday, January 31, 2015

Terima seadanya


Renungan 40

Permasalahan yang berlaku dalam pengalaman hidup kita membawa kita mengenali kehidupan dan manusia lain yang akan mengajar kita erti kehidupan. Memahami diri dan memahami serta menerima orang lain seadanya menjadikan kita lebih dewasa dan menuju kematangan.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008


The top ten turnoffs for adult learners


1. Exaggerated or insincere enthusiasm.
2. Too many personal anecdotes that are irrelevant to the topic at hand.
3. Inadequate preparation.
4. Delaying the start of workshops to accommodate atecomes.
5. Staying rooted in one spot
6. Not managing participants who monopolize conversations,
7. Talking down to the group.
8. Conducting childish games.
9. Reading verbatim from overheads, rather than expanding on key points.
10. Not finishing the workshop on time.

Adapted from:
Chamey, C and Conway,K (1998)
The Trainer’s Tool Kit, AMA, New York




Menyelak Diari

 
Di sebuah pentas utama
dia membaca puisinya
senyum bangga

Puisi yang dibacanya
mengupas alam remajanya
yang berjelaga
dia membaca puisinya
seperti membaca luka-lukanya
yang pedih dan perih

Sebuah puisi
yang digarapnya
menyelak selembar demi selembar
diari hidupnya
yang karat dan sompek.
dia membaca puisinya
penuh bergaya
dalam senyum bangga.

Razali Mohd Yusoff
Rumah PENA
BH, 25 Jan 2015

Hebatnya berselawat

Diriwayatkan bahwa rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya terdapat sebuah pohon di syurga bernama Haulab, buahnya lebih besar dari buah epal dan lebih kecil dari buah delima, lebih manis dari madu, lebih putih dari susu dan lebih lemak dari keju. Siapakah yang makan itu, ya rasulullah? Bertanya Abu Bakar ra yang dijawab oleh rasulullah saw: Ialah barangsiapa mendengar namaku lalu berselawat untukku, dialah yang akan memakannya.
(Zahraturriadh)

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977


Friday, January 30, 2015

Redha Allah

Renungan 39

Nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan. Apabila nafsu berkuasa, gelap-gelitalah hati, apabila gelap hati, sempitlah dada, apabila dada telah sempit, buruklah tingkah laku dan apabila kelakuan seseorang itu telah buruk, ia dibenci semua makhluk. Apatah lagi oleh penciptaNya jika taubat nasuha tidak bermula. Maka dosa besar yang telah dilakukan perlukan penyucian yang sesunguhnya dapat diterima Allah kerana matlamat hidup kita adalah mendapat redha Allah bukan redha manusia yang tidak kunjung padam kecewanya kita terhadapnya.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008


A Good Workshop Leader


1. Redefines the workshop topic
2. Keeps in mind what he/she wants participants to know or be able to do after the workshop (has objectives)
3. Is prepared to check out and modify his/her expectations with those expectations participants bring to the experience.
4. Arrives early to set up the room and equipment. Greets participants.
5. Plans ways for the group to discover things about each other that can contribute to interactions during and following the workshop.
6. Assumes that most of the people present have something to contribute.
7. Understands the power of waiting for the group to respond. (Many works leaders keep talking when no one speaks up right away, many of them never stop).
8. Is flexible in structuring activities, adapting to individuals and situations as needed.
9. Plans transitions between activities.
10. Does not force people to participate. Never calls on anyone who does not seem to want to respond.
11. Welcomes questions; does not get defensive.
12. Has techniques for involving large and small groups meaningfully.
13. Knows several techniques for breaking people into small groups.
14. Provides follow-up suggestions and possible next steps; encourages participants to reflect on the experience and verbalize any learnings.
15. Models behaviors expected of participants (i.e., listening in a non-judgmental way)
16. Asks for feedbacks.

National Staff Development Council
P.O Box, Oxford, OH 45056

Jom berselawat

Diriwayatkan oleh Umar Ibnul Khattab ra bahwa rasulullah saw bersabda: Jika malam Jumaat tiba datanglah berziarah ke kuburku seribu malaikat, kemudia mereka berkeliling ke segala penjuru bumi dari barat sampai ke timur, mencatat selawat orang-orang yang mengucapkannya dan meletakkannya di bawah Arasy seraya berkata: Ya Tuhan kami, inilah selawat Fulan. Lalu Allah berfirman: Aku telah berselawat untuk dia berlipat-lipat ganda, bawalah itu semua kepada Jibril untuk disimpannya dan diserahkan kepada pemiliknya di hari Qiamat untuk memberatkan timbangan amal solehnya sehingga ia dapat masuk syurga.
(Mau’idhah)

Wallahu ’alam


H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

Berkias bersajak

Bukanlah sebuah buku
jika dalamnya tiada nahu
bukanlah sebuah pengajaran
jika tiada sindir dan kiasan

sejarah menjadi pengalaman
sambil memikirkan kembara
dari ulat menjadi benang
yang elok menjadi kain terpilih
mutiara tersorok jauh di dasar
jadi sebutan bernilai harga
seperti  padi yang menunduk
tetap bernilai dan dicari-cari.

Sesiapapun boleh berbicara
tapi di kertas berlain nada
hujan pun membawa kias
apatah lagi bisikan kata-kata
sebuah perbincangan serius
dalamnya tersorok pengetahuan
seketika membaca buku
di celahnya terkepak rama-rama
bersila tekun mengaji
akal terbentang kehijauan maknawi
sesaat memikir diri
kuat menyakini
tersadung bangun sendiri.

Pada kelopak bunga
yang terlihat keindahan
pada setitis air
tercermin ilmu terdaya dicari
pada sebutir telur burung
tersirat bujurnya bumi
pada seorang insan
terbahu kudrat tanggungjawab.

Ariff Mohamad
Tanjung Malim,
BH, 25 Jan 2015

Wednesday, January 28, 2015

Keutamaan

Renungan 38

Kadang-kadang dalam hidup ini kita silap memberi keutamaan. Harapan yang tidak tercapai dalam hidup ini sering dirungsingkan dan kita akan cuba mencari alasan-alasan terhadap perkara yang berlaku yang sepatutnya tidak berlaku sedemikian rupa. Seolah-olah taubat kita itu cukup hanya untuk menjadi seorang yang baik pada kaca mata kita sebagai manusia, tetapi tidak pada kaca mata Allah. Dengan kata lain kita tidak gusarkan kesalahan yang telah kita lakukan yang menimbulkan kemurkaan Allah tetapi kita masih gusarkan harapan dan emosi kita yang tidak dipenuhi.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008

Strategi atasi rasa takut berucap




1. Tarikh nafas dalam-dalam
2. Khalayak juga seperti anda
3. Lihat di aras atas kepala
4. Datang lebih awal
5. Lihat wajah mesra
6. Yakin bahawa anda akan berjaya
7. Elakkan daripada memegang kertas
8. Hafal kenyataan awal
9. Tanya soalan
10. Persediaan yang mencukupi
11. Berlatih dan berlatih
12. Bertenang
13. Berdiri di belakang podium
14. Berjalan-jalan di tengah-tengah khalayak
15. Satukan diri dengan khalayak
16. Jangkakan soalan
17. Khalayak tidak dapat membaca keyakinan anda
18. Elakkan daripada menghafal
19. Lakukan senaman kecil
20. Bunuh fikiran negatif

a) Cara terbaik untuk mengatasi rasa takut ketika berucap adalah dengan benar-benar mengetahui perkara yang hendak anda sampaikan.
(Michael M. Mescon)

b) Undang-undang pertama kejayaan ialah tumpuan, menyalurkan semua tenaga ke satu arah dan langsung kepada perkara itu, tidak melihat ke kiri atau ke kanan.
(William Matthews)

Wallahu a’lam.

Jeniri Amir
Berucap seperti pemimpin terbilang
2008

Warkah kepada generasi


Generasiku tercinta
kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat berteduh di langit alaf baru
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
di tanah merdeka milik abadi kita.

Generasiku yang bijak bestari
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memertabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami

Penutup warkah ini
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah
tercabut dari bumi bertuah ini.

Amiruddin Md. Ali Hanafiah
Anak Warisan, 2006
DBP

Sunday, January 25, 2015

Murid Aliran Sains

Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 Aliran Sains Mulai Tahun 2015 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Menengah Rendah

Murid yang mendapat:
(bagi mata pelajaran Sains dan Matematik)

  1. sekurang-kurangnya Gred B

  1. gabungan Gred A/C, B/C atau C/C, mendapat sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah, serta berminat untuk belajar dalam aliran sains (Pentaksiran Psikometrik)

  iii.   Kes Khas
          gabungan Gred A/D, B/D atau C/D, mendapat 
          sekurangnya- kurangnya Band 4 dalam  Pentaksiran
          Sekolah, serta  berminat untuk belajar dalam aliran sains
          (Pentaksiran  Psikometrik)

   iv.    Murid yang mendapat Gred E dalam mana-mana mata pelajaran Sains 
           dan Matematik tidak digalakkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4

Selain daripada kriteria di atas, pihak sekolah boleh mempertimbangkan untuk memasukkan murid ke aliran sains sekiranya mereka berminat dan berkemampuan mengikut aliran sains Tingkatan 4.

Wallahu a'lam.

Petikan Surat Siaran KPM Bilangan 2 Tahun 2015

Takut dalam ucapan


Punca takut dan gementar :
1. Terlalu tertekan kerana keinginan untuk berjaya
2. Takut gagal dalam penyampaian
3. Tidak ada jaminan akan berjaya
4. Dalam khalayak ada orang yang lebih berpengalaman, lebih berjawatan, lebih mahir dan disegani
5. Kurang berpengalaman
6. Harapan yang terlalu tinggi dan hasrat untuk mencapai kese,purnaan.
7. Kelemahan bahasa
8. Takut tidak dapat menjawab soalan.

Apa pun usah takut :
i. dengan ketakutan
ii. kepada ketakutan

a) Tidak ada apa-apa pun dalam hidup untuk ditakuti. Ia hanya untuk difahami.
(Marie Curie)

b) Keberanian bukan bermakna ketiadaan ketakutan tetapi penilaian bahawa ada perkara lain yang lebih penting daripada ketakutan.
(Ambrose Redmoon)

Wallahu a’lam.

Jeniri Amir
Berucap seperti pemimpin terbilang
2008

Pergantungan emosi

Renungan 37

Memahami diri sendiri dapat memberi ruang untuk memahami orang lain dalam konteks dunia dan nilai yang dimilikinya. Perbezaan lelaki dan wanita dari segi fizikal, emosi dan pemikiran sudah cukup memberi jawapan kepada kita bahawa kita adalah berbeza segala-galanya. Untuk menyamakannya adalah sesuatu yang mustahil. Kita hanya mampu meminimumkan perbezaan itu dengan memahami tentang manusia, nilai yang dipegangnya dan meminimumkan harapan-harapan yang kita cipta.Kurangkan pergantungan emosi kepada orang lain dan belajar fokus kepada potensi dan kelebihan yang ada pada diri lantaran perkahwinan bukan dunia fantasi atau mimpi tetapi dunia realiti hidup kita ibarat puzzle yang saling lengkap melengkapi dan menerima hakikat kekurangan diri dan kekurangan orang lain.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008

Hari Guru



i
Hari ini
adalah hari kita
menjunjung amanah
sandaran harapan insan berjuta
yang bernama ibu dan bapa
memikul misi murni
mengasuh mendidik
tunas bangsa
harapan nusa
 
ii
Hari ini
adalah hari yang menuntut kita
bertafakur
apakah tiang azam
masih tegak kukuh
apakah perdu semangat
tak tergoncang ribut
 ataukah langkah kita
sudah pincang tertusuk
duri-duri duga?

iii
Hari ini
ada bunga dikalungkan
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenang
ada salam dihulur
tanda hormat
pada insan yang bergelar GURU.

Selina S.F.Lee
Taman Bahasa Ibunda, 1993
DBP

Saturday, January 24, 2015

Balasan baik


Renungan 36

Kebaikan yang diberikan oleh orang terhadap kita lazimnya kita membalas dengan kebaikan. Namun tidak ramai yang dapat membalas kejahatan orang lain terhadap kita dengan kebaikan.

Kata pujangga: Apabila kebaikan terlepas dari dirimu, maka kejarlah ia. Apabila engkau menemui keburukan, maka tinggalkanlah ia. Perbaiki dirimu, nescaya semua orang akan berbuat baik kepadanya.

Wallahu 'alam

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008



Akhiri ucapan dengan dentuman



1. Buat kesimpulan atau rumusan
2. Ramalan masa depan
3. Mencabar minda dengan soalan
4. Kenyataan mengarah kepada tindakan
5. Rujuk kembali tema majlis
6. Rajuan terakhir
7. Cengkamkan khalayak dengan cara unik
8. Gabungkan rumusan dengan pengulangan
9. Rangsang khalayak dengan cabaran
10. Menutup dengan pantun
11. Penutup dengan petikan
12. Menyuarakan harapan
13. Jangan tidak pandai berhenti
14. Panduan terakhir
15. Jangan perkenalkan idea baharu
16. Mengapa harus memohon maaf
17. Masa tidak bersalah

a) Berucap adalah satu hal; berucap dengan baik adalah satu hal lain
(Sophocles)

b) Begitu hebat seni pendahuluan, hebat lagi seni penutupan.
(Henry Wadsworth Longfellow)

Wallahu a’lam.

Jeniri Amir
Berucap seperti pemimpin terbilang
2008

Sesekali dalam sajak


Hidup di dunia tanpa sempadan
sesekali berkeras lebih baik
daripada berlembut hidung dicucuk
Sesekali menentang lebih baik
daripada tunduk sambil terhantuk
Sesekali celopar lebih baik
daripada bersopan dihina dikutuk
Sesekali kurang ajar lebih baik
daripada patuh mengikut telunjuk
Sesekali mencela lebih baik
daripada memuji belakang mengutuk
Sesekali menjatuhkan lebih baik
daripada diselamatkan sesudah buruk
Sesekali berpisah lebih baik
daripada bersatu mengesan parut
Sesekali berjauhan lebih baik
daripada berdekatan berbau busuk.

Demikian realiti kehidupan duniawi
berkeras mahupun berlembut
menentang mahupun tunduk
memuji mahupun mengutuk
baik mahupun buruk
tiada siapa mutlak bebas
melainkan hidup bersempadan syariat.

Tiada siapa berkecuali daripada
wajib, haram, makruh, harus, sunat
memantau setiap laluan hayat

sama ada siapa, bila atau di mana
sesekali perlu mencabar lumrah
tetapi sesekali-kali tidak mencabar fitrah
apalagi mencabar syariat Allah.

Nawawee Mohammad
Nasi Ayam Laut Sepinggan
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Wednesday, January 21, 2015

KBAT dan Guru

 

1. Apa yang guru perlu ubah?

v  Cara berfikir
v  Cara berkomunikasi
v  Cara menyoal
v  Cara memotivasi
v  Cara pentaksiran
v  Jenis Tugasan
v  Menekankan aktiviti hands-on

2. Peranan guru untuk KBAT

v  Memastikan murid aktif dalam PdP
v  Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan memberi pendapat
v  Mempelbagaikan strategi

v  Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi

Wallahu' alam.

Pendukung gagasan ucapan


Khalayak akan lebih yakin jika dibantu pelbagai alat sokongan seperti :

1. Statistik : biarlah angka berbicara
2. Contoh punyai pengaruh besar
3. Anekdot timbulkan kesan dramatik
4. Takrifan memperjelas idea
5. Testimoni menyakinkan khalayak
6. Humor menggeletek perasaan
7. Kata-kata hikmat
8. Cerita pikat khalayak

Wallahu a’lam.

Jeniri Amir
Berucap seperti pemimpin terbilang
2008


Bimbing


Renungan 35

Membalas kejahatan orang lain kepada kita dengan balasan yang sama mungkin hanya menyedapkan hati dan emosi kita. Namun memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita itu adalah yang paling Allah sukai. Jika kita dapat membimbing orang yang melakukan dosa ke jalan yang benar, maka pasti Allah menjanjikan ganjaran yang baik di akhirat nanti.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak
2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan


Ya Allah berikanlah keberkatan kepada kami pada bulan Rejab & Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya bulan yang berkat ini yang diturunkan al-Quran & dijadikan sebagai petunjuk kepada semua manusia serta sebagai penerangan kepada petunjuk dan kebenaran . Bulan ini telah tiba maka sejahterakanlah kami di dalamnya dan sejahterakanlah bulan ini untuk kami.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu untuk memberikan kami jalan kebaikan, menghindarkan kami dari jalan keburukan yang Engkau tidak suka kepadanya. Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani dan yang Maha Pengampun.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami berpuasa untukMu dan atas rezekiMu kami berbuka. Hilanglah segala kehausan dan diduga keletihan dan akan berkekalan balasan pahala dengan izinMu.

Ya Allah, ya Tuhan kami. Dengan rahmatMu yang Engkau limpahkan pada setiap kejadian, ampunilah kami.

Ya Allah, perbaikilah untuk kami agama kali yang merupakan penjaga urusan kami. Dan perbaikilah untuk kami dunia kami yang di dalamnya adalah kehidupan kami dan perbaikilah untuk kami akhirat kami yang kepadanya kami kembali, dan jadikanlah hehidupan ini untuk kami berbuat kebaikan dan kematian menghentikan daripada setiap kejahatan.

Ya Allah, bebaskanlah kami daripada seksa api neraka dan lapangkanlah untuk kami rezeki yang halal dan palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia. Wahai Zat yang hidup dan terus menerus mengurus makhlukNya.

Ramadhan yang di dalamnya Engkau telah turunkan al-Quran. Kami berlindung dengan kekuasaanMu yang mulia, wahai pemilik fajar yang terbit dan malam-malam kami dan pemilik bulan Ramadhan. KepadaMu kami mengadu akan kesalahan dan dosa kami yang dengannya Engkau akan menyeksa kami pada hari perjumpaan denganMu kelak. Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan sia-sia.

Ya Allah, jadikanlah puasa ini di dalamnya mendapat pahala serta diterima sebagai amalan yang mendatangkan keredhaanMu dan RasulMu serta dihubungkan cabang-cabangnya dengan pokok, dengan hak kemuliaan nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda saw yang suci.

Aameen.

Kau bulan kerinduan
Hadirmu amat dinanti
Dirimu membentang samudera keampunan
Bernaung kasih tiada tepian.

Karangkraf

Nostalgia dedaun

Apabila tiba detiknya
perceraian sudah terpaksa
gugur ke semak-samun
menjadi baja

Kerana lemahnya kejadian
tidak bias berucap
melayan kenangan indah
di hujung tangkai
dibelai dingin
dalam simbahan mentari
waktu pagi hingga ke senja
menyerlahkan kehijauan aura.

Tetiba, rindu menggamit
pada beburung ramai
terbang hinggap
berehat dan menyanyi
membawa lagu kali nan luas
dan hamparan padi menguning
di sebuah delta subur
di Tanah Melayu

Pada waktu setenang hati
awan gemawan hanyut belayar
di langit zaman
membawa muatan siksa dan derita
para nelayan
tetapi mereka tidak pula bersuara
menyatakan kesedihan
hinggalah menangis hiba
di tyepian gunung titiwangsa

tidak lama kami dedaunan
mengecap nikmat
tiba masa dan ketika
gugurlah ke bumi
sebagai humas
member perlindungan
kepada cacing dan kuman
di dalam tanah.

Abdullah Awang
Kota Bharu, Kelantan
BH, 28 Dis 2014

Sunday, January 4, 2015

Anugerah Maulidur Rasul saw kebangsaan 2015

Tokoh Perdana

Tan Sri Dato’ Syaikh Hj Ismail b Hj Muhammad
Imam Besar Masjid Negara

Tan Sri Dato’ Syaikh Hj Ismail b Hj Muhammad merupakan Imam Besar Masjid Negara dari tahun 2007 hingga sekarang. Beliau juga merupakan mantan Imam Besar Masjid Putra 2000 hingga 2006. Mantan Pensyarah dan Timbalan Pengerusi Institut Tadbir Sultan Haji Hasanul Bolkiah, Brunei dari tahun 1992 hingga tahun 2000. Tan Sri Dato’ Syaikh Hj Ismail juga pernah dilantik sebagai Hakim Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa anjuran Malaysia, Brunei, Mesir, Arab Saudi, Dubai, Iran, Qatar dan TV Al-Jazeera. Beliau juga merupakan tokoh Maal Hijrah negeri Terengganu 2010 Masehi 

Mudah-mudahan keluarga saya yang di kampung-kampung, yang mengenali saya akan juga berbangga dengan kurniaan ini dan penghargaan ini. Pada JAKIM dan juga kerajaan Malaysia yang telah memileh saya dan saya ucapkan terima kasih banyak-banyak, mudah-mudahan ianya akan menjadi motivasi saya lagi untuk berkerja lebih kuat lagi walaupun usia saya dah melangkaui 71 tahun. Insyaallah saya akan meneruskan tugas ini selagi mana ada yang memerlukan saya dan kesihatan saya mengizinkan.

Di atas segala sumbangan ini. Tan Sri Dato' Syaikh Hj Ismail b Hj. Muhammad layak menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2015.


Penerima Anugerah Maulidur Rasul saw :

Prof. Madya Dr. Hafidzi b Mohd Noor
Pensyarah Universiti Putra Malaysia

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berusia 49 tahun, berasal daripada Seremban Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi. Beliau merupakan pendakwah dan aktivis kemasyarakatan semenjak masih menuntut di universiti lagi. Beliau merupakan pengerusi GIM International 1999 hingga 2000. Prof. Madya Dr. Hafidzi juga sering menjadi tetamu jemputan dalam wawancara tv, akhbar harian, majalah, radio dan sebagainya. Prof. Madya Dr. Hafidzi sering juga menyertai misi-misi kemanusiaan di serata dunia. Beliau juga banyak menulis buku-buku berkongsi ilmu dan mendidik masyarakat. Di atas segala sumbangan itu Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor layak menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati bt Syed Ismail
Pensyarah Akademik Pengajian Islam, UM

Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati  dilahirkan pada 2 Februari 1969 di Johor Bharu, Johor. Pencapaian Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati  ialah sebagai Ketua Jabatan Siasah Syariah Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pakar rujuk penggubalan dasar wanita negara dan penilai jurnal syariah. Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati  merupakan ahli panel forum Perdana Ehwal Islam di  TV1 RTM. Beliau juga merupakan juri tetap rancangan realiti kanak-kanak yang termasyhur iaitu Adik-Adikku, terbitan JAKIM dan RTM.  Di atas segala sumbangan Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati  bt  Syed Ismail layak menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Muhamad b Abdullah
Pendakwah bebas

Dilahirkan pada 22 Mac 1976, itulah Muhammad b Abdullah. Pada usia 15 tahun beliau telah ke Pakistan untuk program tahfiz kemudian meneruskan perjalanan ke Maahad Muhammadi, Kelantan. Setelah tamat di Universiti Malaya, beliau ke Maahad Insaniah, Pulau Pinang. Selepas itu beliau telah diterima ke Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah. Di Kaherah, beliau telah mengambil diploma Administration of Islamic Judiciary (DAIJ) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Muhamad b Abdullah telah mengasaskan Sekolah Maahad Sains Al-Quran Al-Amin di Sunway, rumah anak-anak yatim di Subang Jaya, rumah HIV Muslim dan bersama Yayasan Al -Ijabah di dalam program amal. Di atas semua sumbangan ini, Muhamad b. Abdullah layak menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Nazrey Johani
Bekas anggota kumpulan nasyid Raihan

Nazrey Johani, memang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri nasyid tanah air. Album nasyid puji-pujian memenangi anugerah industri muzik dan jualannya melebihi 700 000 keping. Beliau berdakwah melalui lagu-lagunya dan begitu diminati oleh semua golongan masyarakat termasuk kanak-kanak. Nazrey Johani menyemarakkan dakwah melalui seni nasyidnya dengan mengadakan beberapa persembahan di dalam dan di luar negara. Antaranya ialah live concert di Edinburg, Scotland. Selain dari itu beliau juga seorang pendakwah dan aktivis kemasyarakatan dan pengerusi projek pembinaan Komplek Tahfiz Bayu Shahadah, Ranau Sabah. Di atas segala sumbangan ini,  Nazrey Johani layak menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Muhammad Azlan b Mat Lazim
Atlet paralimpik

Muhammad Azlan b Mat Lazim berusia 24 tahun, berasal dari Kemaman, Terengganu. Beliau banyak mewakili negeri Terengganu di dalam temasya sukan di seluroh negara seperti paralimpik di Melaka. Begitu juga dengan temasya paralimpik Malaysia di Kuantan, Pahang. Muhammad Azlan juga telah mewakili negara ke IPC Athletics World Championship di Lyon, Perancis. Beliau juga mewakili negara ke temasya sukan Para Asia ke-7 di Myanrmar dan memenangi dua pingat emas. Muhammad Azlan juga telah mewakili negara ke temasya sukan Para Asia di Incheon, Korea dan memenangi  tiga pingat emas. Di atas kecemerlangannya itu, Muhammad Azlan b Mat Lazim layak menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Datuk Mahamud b Abdul
Bekas Pensyarah UKM

Dilahirkan pada 22 Julai 1948 di Kangar, Perlis, beliau ialah Datuk Mahamud b Abdul, seorang pesara daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Datuk Mahamud b Abdul mendapat pendidikan di Madrasah Al-Alawiyah Al-Diniah, Arau Perlis, Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Ain Syam, Mesir. Beliau telah dilantik sebagai juruacara Bahasa Arab Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa dari 1997  hingga sekarang. Beliau juga merupakan juruhebah, penterjemah, penyampai berita dan ulasan berita serta penulis dan penyampaian rancangan mingguan Peristiwa Seminggu Suara Malaysia RTM. Datuk Mahamud Abdul juga banyak membentangkan kertas kerja dan dilantik sebagai pakar rujuk, menulis buku seperti Buku Warisan Tamaddun Islam bahagian Bahasa Arab. Datuk Mahamud b Abdul layak, menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.

Datuk Hj Salleh b Hj Mat @Ahmad
AJK Panel Syariah, JAKIM

Datuk Hj Salleh b  Hj Mat@Ahmad dilahirkan pada 5 Julai 1947 di Seberang Prai, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan tinggi di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan dan Universiti Al-Azhar. Pengalaman akademik beliau antaranya ialah menjadi Pensyarah di Fakulti Syariah Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan, dan Ketua Jabatan Fiqh dan Usul di Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. Datuk Hj Salleh juga dilantik sebagai perunding dan penasihat kepada beberapa institusi Islam seperti Ahli Jawatankuasa Syariah Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Perak, Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan lain-lain lagi. Beliau juga banyak menulis buku-buku  dan artikel serta menyediakan kertas kerja  persidangan. Di atas segala sumbangan ini, Datuk Hj Salleh b Hj Mat @Ahmad layak, menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Leftenan Kolonel Hj Mohd Sakri b Hj Hussin
Pen. Su Bahagian Pengurusan Bencana Majlis Keselamatan Negara

Leftenan Kolonel Hj Mohd Sakri b Hj Husin telah dilahir pada 26 Julai 1960 di kampong Bukit Ajil, Machang Kelantan. Jasa dan pengorbanan Leftenal Kolonel Hj Mohd Sakri amat besar kepada negara. Pada 17 Julai 2014, Leftenan Kolonel Hj Mohd Sakri telah mengetuai satu kumpulan memasuki kawasan pemisah Ukraine untuk berunding bagi membawa keluar kesemua mayat mangsa pesawat MH17 serta membawa pulang kedua-dua kotak hitam dengan seberapa segera tanpa merujuk dan berunding dengan pihak kerajaan Ukraine. Tugas ini amat mencabar sekali kerana kerajaan Ukraine sedang bergolak dengan peperangan. Keadaan begitu sukar kerana pasukan ini terpaksa menempuhi sebelas sekatan jalan raya, check point yang dikuasai tentera Ukraine dan satu titik pemeriksaan oleh pihak pemisah. Selepas mengharungi banyak kesukaran dan rintangan akhirnya, dengan rahmat Allah SWT misi ini selamat dan berjaya diselesaikan dalam masa 24 jam. Oleh itu Leftenan Kolonel Hj Mohd Sakri b Hj Hussin layak, menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.

Wallahu alam.

Masjid Putra, Putrajajaya
3 Jan 2015