Tip Eksekutif Cemerlang
9
Sesebuah organisasi menjayakan operasi menerusi 4M, iatu Machine (Alatan),
Man (Pekerja), Money (Kewangan) dan Method (Kaedah). Gaji yang dibayar adalah hasil daripada pengendalian 4M dengan
cara terbaik. Dengan itu, prinsip tidak makan harta adalah prinsip mendapat
gaji daripada sumbangan tenaga fizikal, atau mental yang berpadanan dan
setimpal.
Prinsip ini mengajar kita supaya tidak makan harta organisasi dengan cara
melengah-lengahkan kerja, ponteng kerja atau pura-pura membuat kerja. Ianya
tindakan tidak bermaruah. Sistem penyeliaan yang tidak berkesan akan melahirkan
pekerja yang tidak ikhlas. Elakkan berbual-bual di tempat kerja dengan segaja
mencuri waktu, begitu juga bekerja perlahan-lahan sambil menunggu masa balik
atau pun rehat.
Jadilah pekerja cemerlang dan popular tanpa memakan harta organisasi.
Elakkan dosa daripada darah daging yang terhasil daripada sumber tidak sah.
Teruskan usaha membantu organisasi membanyakkan hartanya. Jangan haramkan
rezeki yang halal......
Wallahu alam.
Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006
No comments:
Post a Comment