Tip Eksekutif
Cemerlang 10
Ia membawa anda ke masa hadapan yang bakal dilalui sepanjang kehidupan. Pandang
ke depan bermakna kita nampak cita-cita dan harapan yang ingin dicapai kelak.
Konsep ini tidak merujuk pada kekayaan fizikal semata-mata. Ia boleh
ditafsirkan dengan kebahagiaan dan kesenangan. Kesemua kehendak asas dan
keperluan dapat dimiliki dengan mudah. Setiap kehendak itu bergantung pada diri
masing-masing. Tiada siapa boleh menghalang kejayaan anda sekiranya anda mampu
memilikinya dengan usaha ikhlas dan harmoni.
Kita mungkin tidak berani menjadi kaya kerana:
v
Takut
menjadi jahat apabila kaya
v
Takut
menjadi murtad apabila kaya
v
Takut
menjadi sombong apabila kaya
v
Takut
lupa diri apabila sudah kaya
v
Takut
mati apabila sudah kaya.
Untuk itu kita perlu ada kekuatan diri:
v
Kekuatan
mengelakkan diri menjadi gila kuasa
v
Kekuatan
mengelakkan diri menjadi sombong
v
Kekuatan
mengelakkan diri menjadi lupa dan alpa
v
Kekuatan
mengelakkan diri menjadi murtad
v
Kekuatan
mengelakkan diri menjadi jahat dan pelbagai ciri tidak baik yang lain.
Untuk itu susunlah langkah anda agar tidak meruntuhkan istana iman. Di
antara ciri-ciri kejayaan dan kesenangan yang sentiasa diredai ialah:
v
Kesenangan
dimantapkan dengan ilmu
v
Kesenangan
dihiasi cahaya iman dan amal ibadat
v
Kesenangan
berteraskan iman dan amal
v
Kesenangan
yang dapat ditumpang.
Untuk itu, kesenangan menuntut agar kita senang dan mempunyai harta. Di mana
dengannya:
v
Harta
bagi kesenangan keluarga
v
Harta
sebagai lambang kekuatan agama
v
Harta
sebagai simbol Melayu maju
v
Harta
sebagai simbol organisasi berjaya
v
Harta
sebagai lambang negara merdeka
v
Harta
sebagai slogan Tidak Melayu Hilang di
Dunia
Ingat, kebahagiaan adalah ganjaran terbesar dalam hidup. Anda sudah bekerja
keras dan patut menerima ganjaran. Binalah istana anda demi diri dan keluarga.
Bahagiakan insan tercinta dan anda pasti bahagia.
Wallahu alam.
Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006
No comments:
Post a Comment