Tuesday, April 1, 2014

Prinsip tengok depan

Tip Eksekutif Cemerlang 3

Prinsip ini sama dengan prinsip membuat perancangan masa depan ataupun prinsip wawasan. Tengok depan umpama anda memandu kenderaan di jalan raya. Apabila memandu, anda perlu tengok ke hadapan bagi mengelakkan perlanggaran dengan kenderaan lain. Malah orang berjalan kaki juga boleh berlanggar sekiranya tidak melihat ke depan. Prinsip ini menggalakkan semua pekerja organisasi supaya sentiasa berpandangan jauh bagi kejayaan di tempat kerja.

Tengok depan dapat menjanjikan anda melihat perkara-perkara berikut:

v  Nampak peluang yang ada dalam kerjaya diceburi.
v  Nampak halangan dalam pekerjaan anda.
v  Nampak gangguan-gangguan yang tidak dapat dielakkan.
v  Nampak gangguan-gangguan yang dapat dielakkan.
v  Nampak ancaman yang tidak dapat dielakkan.
v  Nampak ancaman yang dapat dielakkan.

Ingatlah:

v  Masa sudah berubah dan anda perlu merancang kerjaya anda supaya tidak termasuk dalam golongan mereka yang miss soru.
v  Menurut tokoh pengurusan barat, pengurus yang baik adalah pengurus yang gemar membuat keputusan pantas dalam kekerapan tinggi. Semakin banyak keputusan dibuat dalam sehari, semakin cemerlang pegawai itu.
v  Ukuran tahap akal bukan melalui lambakan sijil anda peroleh. Sebaliknya bergantung pada keupayaan menggunakan akal fikiran dalam membuat keputusan.

Wallahu alam.

Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006

No comments:

Post a Comment