Ya Allah
di hari yang penuh keberkatan ini
kami menadah tangan
memohon keampunanMu
di atas segala kesilapan kami
dosa kami, kebodohan kami
di masa-masa yang lalu
sesungguhnya Ya Allah
kami amat merasai bahana bala
akibat tersasar daripada
keredaanMu.
Ya Allah
janganlah Kau terus menghukum
kami
menutup pintu-pintu rezeki kami
memberi kesakitan dan penderitaan
yang berterusan.
Ya Allah
bukakanlah pintu taubatMu.
Ya Allah
hindarkanlah negara kami
daripada sebarang kekacauan,
kecelakaan,
perang saudara yang pasti membawa
kesusahan,
kejatuhan ekonomi, kehilangan mata
pencarian dan pekerjaan.
Ya Allah
amankanlah negara kami.
Ya Allah
Kau eratkan ikatan kasih sayang antara
kami
dengan suami-isteri kami, isteri-isteri
kami,anak-anak kami,
ibu bapa kami, kaum keluarga
kami.
Ya Allah
Janganlah Kau biarkan antara kami
berada
dan penderitaan yang berpanjangan.
Ya Allah, kami mencari
kebahagiaan yang sejati.
Ya Allah
Kau sembuhkanlah
apa jua penyakit yang menjangkiti
diri kami ini
Ya Allah
ampunilah kami di atas segala
kealpaan
kami terhadap segala nikmat
kurniaanMu
hingga ada di antara kami
menderita menanggung
pelbagai penyakit
mental, rohani dan jasmani.
Amin, ya Rabbal-alamin.
Datuk Dr Maznah Hamid
Himpunan doa harian, 2013
No comments:
Post a Comment