Tip Eksekutif
Cemerlang 12
Konsep ini menyatukan kita dengan persekitaran. Di mana ianya meliputi bos,
rakan sekerja dan pelanggan kita sama ada luar ataupun dalam. Konsep ini
menekankan pentingnya kita menurut apa yang disukai orang lain. Terutamanya
orang yang penting pada kita.
Biasanya orang yang memiliki persamaan akan mudah serasi dan mesra. Mereka
tidak kekok bersama kerana ada banyak perkara boleh dikongsi dan dibualkan
bersama. Memberikan tumpuan pada hobi dan minat bos satu jihad yang besar dalam
organisasi. Memahami apa kemahuan bos juga kunci kepada strategi kita bagi
mendekati mereka. Bos sentiasa sibuk dengan kerjaya dan tugasan organisasi.
Peluang bersama-sama bos mungkin tipis terutama dengan pekerja biasa dan tidak
popular.
Selidiki apa yang disukai bos sebagai kesukaan anda juga. Prosesnya mungkin
memakan masa tetapi tidak terlalu lama sehingga menggagalkan semangat anda
mengetahuinya. Dekati bos anda. Bukan setakad bagi mengetahui hobi dan
minatnya, malah personalitinya juga. Ini penting supaya anda tidak tersalah
cakap perkara yang dia tidak suka dengar apabila berbicara dengannya.Perbanyakkan
berbual di luar masa pejabat. Perbualan tidak formal begini lebih mesra dan
lebih terbuka. Ini adalah peluang bagi anda mengenali siapa sebenar bos anda.
Apabila berkerja, setiap orang juga berpeluang melihat antara satu sama
lain. Komunikasi dan bertukar fikiran berlaku. Emosi positif dan tanpa stress
mewujudkan keharmonian dan daya saing dalam organisasi. Polisi mesra pelanggan
juga membolehkan urusan berlaku tanpa prejudis. Jangan memilih pelanggan. Jika
tidak, pelanggan juga teragak-agak memilih anda! Jadilah pekerja yang tabah,
berwawasan, tenang dan senyum selalu.
Wallahu alam.
Daripada baik kepada hebat
Samsudin Wahab, 2006
No comments:
Post a Comment