Tuesday, May 22, 2012

Tingkatkan tahap motivasi.

Ramadhan telah datang kepada kita sebagai bulan yang penuh berkat, Allah swt kurniakan keampunan. Oleh itu Allah swt turunkan  keampunan, melenyapkan dosa, perkenankan doa-doa dan melihat kita bersaing untuk kebaikan dan Dia memuji manusia kepada malaikat-malaikatNya. Oleh itu tunjukkanlah yang terbaik kepada Allah swt kerana orang yang engkar kepada perintah Allah swt tidak akan dapat  keampunan dari Allah swt.

Ramadhan juga adalah satu perlumbaan, pertandingan. Berharaplah agar kita termasuk dalam golongan mereka yang dipuji Allah kepada malaikat-malaikatNya. Bayangkan jika Allah swt memanggil nama kita dan memberitahu kepada para malaikat dan menyuruh malaikat datang melihat ibadah yang kita kerjakan sebagaimana yang diperintahkan.

Tingkatkan tahap motivasi.

Lakukankan ibadah ketika di bulan Rajab dan Syaaban lagi. Tingkatkan solat Nawafil (solat sunat) selepas atau sebelum solat fardhu yang 5 waktu. Iaitu 12 rakaat di mana 2 sebelum subuh, 4 sebelum zohor, 2 selepas zohor, 2 selepas maghrib, 2 selepas isya’.

Begitu juga solat sunat Dhuha, Qiamulail, mulai puasa sunat dari bulan Syaaban kemudian membaca Al-Quran selepas solat Subuh.

Untuk itu :

a)      Tidur awal untuk Qiamulail. Banyakkan rehat selepas solat Zohor agar lebih bertenaga untuk beribadah. Pertingkatkan . amalan zikir pagi dan petang dari Quran dan hadis. Jangan sekali-kali tinggalkan zikir harian.

b)      Perbanyakkan doa terutama pada waktu mustajab berdoa seperti satu jam terakhir sebelum berbuka puasa (masa maghrib), pada hari jumaat. Kita sewajarnya melakukan apa-apa sahaja ibadah yang sebelum ini belum pernah kita lakukan.

Wallahu’alam.

(Meraih keberkatan Ramadhan, Umm Irfan)

No comments:

Post a Comment