Malam :
Wahai yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Wahai yang mengeluarkan yang hidup dari orang mati. Dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Wahai pemberi rezeki kepda sesiapa saja yang dikehendakiNya tanpa ia duga. Wahai Allah, yang Maha Kasih. Wahai Allah yang Maha Penyayang. Wahai Allah (3x) . KepunyaanMulah segala nama-nama yang baik dan perumpamaan yang luhur, agung dan tinggi.
Aku memohon kepadaMu agar Kau curahkan rahmatMu kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. Gabungkanlah namuku pada malam ini ke dalam kelompok orang-orang yang mendapatkan kebahagiaan dan rohku ke dalam kelompok para syhada, kebaikanku di balas dengan syurga yang tinggi (illiyyin) dan semua keburukanku diampuni. Anugerahkanlah daku keyakinan yang dengannya hatiku merasa gembira. Kurniakanlah daku keimanan yang dapat menghilangkan keraguan dariku dan anugerahkanlah daku keridhaanMu yang telah Kau janjikan untukku. Demikianlah kurniakanlah padaku kebaikan di dunia dan akhirat dan selamatkanlah daku dari siksa api neraka yang membara.
Maha Suci Allah Yang Maha Mendengar Yang tidak ada yang lebih mendengar daripadaNya. Yang mendengar dari atas ArasyNya, yang mendengar dari bawah tujug lapis bumi, yang mendengar dari kegelapan baik di daratan maupun di dalam lautan, yang mendengar rintihan dan pegaduan, yang mendengar rahsia dan sesuatu yang tersembunyi, yang mendengar perkataan hati dan yang mengetahui khianatnya mata dan apa-apa yang disembunyikan oleh hati dan tidak pula suara manapun yang sanggup membuat tuli pendengaranNya.
Maha Suci allah yang mencipta angin. Maha Suci allah yang mencipta segala sesuatu berpasangan, Maha Suci Allah yang menjadikan kegelapan dan cahaya. Maha Suci Allah yang mencampakkan biji-bijian. Maha Suci allah yang menciptakan segala sesuatu. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu yang tak nampak dan yang nampak. Maha Suci Allah dengan rentetan kalimat-kalimatNya. Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam.
Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, yang Maha Esa dan tidak ada seorang pun yang sepertiNya. Dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Aku bersaksi bahawasanya syurga itu hak, neraka itu hak, hak kiamat itu pasti datang dan tidak ada keraguan sedikitpun tentangnya.
Dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan setiap orang yang berada di dalam kubur. Aku bersaksi bahawa sesungguhnya Dia adalah Tuhanku. Tidak ada seorangpun bersekutu denganNya. Dia tidak beranak dan tidak diperanakakkan.
Aku bersaksi, bahawasanya Engkau memperbuat sesuatu sesuai dengan kehendakMu. Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Dan Engkau menciptakan apa sahaja yang Engkau kehendaki. Engkau berkuasa memaksa siapa saja yang Engkau kehendaki dan mengangat derajat siapa saja yang Engkau kehendaki.
Dialah pemilik segala kekuasaan. Pemberi rezeki atas semua hamba. Dia Maha Pengampun lagi Penyayang. Maha Mengetahui lagi Maha Bijak Sungguh aku bersaksi dengan sebenar-benarnya kesaksian, bahawasanya Engkau adalah pemimpinku. Sedemikian rupa bahkan hingga di atas yang demikian. Orang-orang yang mensifatiMu tidak akan mampu mencapai hakikat keagunganMu.
Ya Allah curahkanlah rahmatMu kepada Muhammad dan keluarganya. Berikanlah daku petunjuk dan janganlah Kau sesatkan aku setelah Engkau memberiku petunjuk. Kerana sesungguhnya Engkau adalah pemberi dan pemilik petunjuk.
Siang :
Ya Allah, tuntunlah daku pada bulan ini menuju keridhaanMu. Janganlah Engkau biarkan syaitan pada bulan Ramadhan, masuk ke dalam jiwaku. Bangunkanlah bagiku di dalamnya rumah dan tempat tinggal untuk kehidupanku di syurga kelak. Wahai yang memenuhi keperluan setiap pencari.
No comments:
Post a Comment