Friday, May 25, 2012

Lali

Latihan telinga : Selalulah mendengar Al Quran dan jangan terjerumus dalam fitnah (mengumpat), berbohong juga hindari daripada mendengar muzik

Latihan lidah – elakan daripada banyak bercakap, latihlah diri untuk perbanyakkan zikir.


Latihlah diri untuk benci membuat dosa.



Kenapakah kita tidak berasa bersalah bila berbuat dosa? Ini adalah kerana kita telah terlampau banyak berbuat dosa sehingga kita tidak berasa takut lagi kepada fitrah asal manusia iaitu takut berbuat dosa. Kita lali dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Ibarat diam dipersekitaran sampah sarap, tangan tak lagi menutupi hidung!..alang bisa tegal biasa!. Kasihanilah diri bila kembali menjawab soalanNya kelak....
Berusahalah dari terus membiarkan diri berterusan melakukan dosa. Latih diri untuk benci berbuat dosa dan kawal nafsu kita.

Wallahu'alam.

(Meraih keberkatan Ramadhan, Umm Irfan)

No comments:

Post a Comment