Malam :
Wahai Dzat yang telah ada dan selalu ada dan tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya (demikian pula) malaikat kerana takut kepadaNya, wahai Dzat yang jika diminta segera mengabulkan, wahai Dzat yang diminta kasih sayangNya segera menyayangi, Wahai Dzat yang para penyifat tidak dapat menjangkau keagunganNya, Wahai Dzat yang pandangan-pandangan tidak dapat menjangkauNya sedang Dia menjangkau setiap pandangan dan Dia Maha Lembut dan Maha Mengetahui.

Siang :
Ya Allah, bantulah aku untuk menunaikan puasa dan menegakkan solat di bulan ini. Jauhkan aku dari lubang-lubang dan petaka-petakanya. Anugerahkan aku dengan petunjukMu agar sentiasa berzikir dan bersyukur padaMu. Wahai Pemberi hidayah orang-orang Mukmin.
No comments:
Post a Comment