Sunday, June 23, 2013

Selawat 106



 
Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa anzilhul-munzalal-muqarraba minka yaumal-qiayaamah.

Ya Allah, limpahkanlah selawat atas Muhammad dan tempatkanlah ia di tempat yang dekat denganMu di Hari Kiamat.

Saturday, June 22, 2013

Super Character



.......saya ingin mengajak semua Guru Malaysia meningkatkan professional will masing-masing untuk berdepan dengan cabaran baharu dalam pendidikan. Saya berpandangan, sistem pendidikan negara memerlukan lebih ramai lagi SUPER CHARACTER dalam kalangan warga guru di negara ini.

Tan  Sri Abdul Ghafar Bin Mahmud
Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Sumber : Petikan kata-kata aluan Buku Program Perayaan Hari Guru Negeri Kelantan ke-42 pada 17 Jun 2013

Panduan memilih sahabat



Permata 87

Daripada Abi Zar al-Ghafari ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Keseorangan lebih baik daripada rakan yang jahat. Rakan yang soleh lebih baik daripada keseorangan. Memenuhi kebaikan lebih baik daripada diam dan diam lebih baik daripada memenuhi kejahatan. (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Mutiara Hikmah

a) Sebahagian ulama tasawuf menasihati murid mereka dengan syair :

Kepada hatimu yang akan menjadi keras dan semakin jauh dariKu:
Anakku jauhilah setiap pelaku bid’ah
Jangan bersahabat dengan siapa yang mempunyai sifat itu
Nescaya sifat kamu akan menjadi seperti mencuri sifatnya
Sedangkan dengan demikian tanpa kamu sedari

b) Imam al-Ghazali menaqalkan syair gurunya:

Redalah engkau dengan Allah sebagai sahabat
Dan tinggallah manusia di sekelilingmu
Zahirkan kebenaran dalam mencintai Allah
Sama ada kamu bersama mereka atau berjauhan
Telitilah manusia berulang kali jika mahu
Nescaya kamu dapati mereka seperti kala jengking
Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Masyarakat yang binasa



Permata  86

Daripada Anas bin Malik ra berkata, rasulullah saw bersabda: Celakalah bagi umatku di kalangan ulama yang jahat. (Riwayat al-Hakim dan al-Manawi)

Mutiara Hikmah

a) Sesiapa yang pernah sekali melakukan kejahatan, dia ingin mengulanginya lagi. Oleh itu, balaslah kejahatan dengan keadilan dan balaslah kebaikan dengan pujian yang penuh dengan penghormatan.

b) Apabila orang berbuat jahat dengan berani, maka anda perlu berbuat baik dengan lebih berani lagi.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Amalan seorang muslim (4)



15. Berzikir dengan zikir yang ringan tetapi pahala dan keutamaannya besar.

Rasulullah saw bersabda : Maukah aku beritahukan kepada kalian amal yang paling baik dan paling suci serta paling meningkatkan derajat kalian di sisi Raja kalian (Allah Taala)?. Amal tersebut lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak dan lebih baik daripada kalian berjumpa dengan musuh, lalu kalian memancung lehernya dan mereka pun memancung leher kalian (Amal itu) ialah zikir kepada Allah.

Diriwayatkan dari Juwairiyah bahawa nabi saw keluar dari sisinya di suatu pagi untuk solat subuh. Kemudian beliau kembali setelah waktu dhuha. Sementara Juwairiyah masih dalam keadaan duduk. Nabi bersabda: Engkau masih dalam keadaan seperti ketika aku berpisah dengannmu?

Juwairiyah menjawab: Benar

Maka nabi saw bersabda: Sungguh, setelah engkau mengucapakan empat kalimat sebanyak tiga kali. Seandainya kalimat itu ditimbang dengan apa yang engkau katakan hari ini, nescaya kalimat yang aku ucapkan itu lebih berat timbangannya, iaitu Subhaanallaah wa bihamdihi....wa midaada kalimaatihi ( Mahasuci Allah, dan aku memujiNya sebanyak bilangan makhlukNya, sejauh keredaan DiriNya, seberat timbangan ArsyNya dan sebanya tinta tulisan kalimat-kalimatNya).

Rasulullah saw bersabda :Barangsiapa membaca : Subhaanallaahi ’azhiimi wa bihamdih (Mahasuci Allah Yang Mahaagung, aku memujiNya, maka ditanam baginya sebatang pohon kurma di surga.

Diriwayat  dari Abu Dzarr ra ia berkata, Rasulullah saw bersabda kepadaku : Maukah aku beritahukan kepadamu perkataan yang paling dicintai Allah Taala> Maka aku (Abu Dzarr) berkata: Ya rasulullah beritahu aku perkataan yang paling dicintai Allah. Maka beliau benjawab : Sesungguhnya perkataan yang paling dicintai Allah adalah : Subhaanallah wabihamdih (Mahasuci Allah, aku memujiNya).

Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa mengucapkan : Subhaanallaahi wa bihamdih (Mahasuci Allah dan aku memujiNya) dalam sehari seratus kali, maka digugurkan dosa-dosanya sekalipun seperti buih lautan.

Rasulullah saw bersabda: Perkataan yang paling dicintai Allah Taala ada empat : 1) Subhaanallah (Mahasuci Allah, 2) Alhamdu lillaah (Segala puji hanya bagi Allah), 3) Laa ilaaha illallaah (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar selain Allah) , 4) Allahu akhbar (Allah Mahabesar ). Tidak mengapa dengan kalimat yang mana saja engkau memulainya.

Rasulullah saw bersabda: Zikir yang paling utama adalah Laa illaaha illallaah (Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan benar selain Allah) Dan doa yang paling utama adalah alhamdu lillaah (segala puji hanya bagi Allah).

Rasulullah saw bersabda: Wahai Abu Dzar, maukah aku tunjukkan kepadamu satu perbendaharaan dari perbendaharaan-perbendaharaan surga? (Iaitu) Laa haula walaa quwwata ilaa billah (Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Wallahu a’lam

Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah
Pustaka Ibnu Umar

Selawat 105



Ya Allah. Limpahkanlah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sehingga tidak tersisa satu selawat pun lagi dan sayangilah Muhammad dan keluarga Muhammad hingga tidak tersisa satu rahmat pun lagi dan berkatilah Muhamad dan keluarga Muhammad hingga tidak tersisa satu berkat pun lagi, dan limpahkanlah kesejahteraan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sehingga tidak tersisa satu kesejahteraan pun lagi.

Friday, June 21, 2013

Nilai dunia berbanding akhirat



Permata 85

Daripada al-Mustaurid bin Syaddad al-Fihri ra berkata rasulullah saw bersabda: Demi Allah tiadalah kelebihan dunia berbanding dengan akhirat melainkan seperti seseorang kamu mencelup jarinya di dalam laut ini kemudian melihat apa yang ditinggalkannya. (Riwayat Muslim dan Ibn Majah)

Mutiara Hikmah

a) Jaringan dunia ini terjalin daripada ’keharusan’ dan ’kemungkinan’. Akal manusialah yang dapat menempatkan dirinya antara kedua-duanya dan ia mengetahui bagaimana untuk mengaturnya.

b) Yunus bin Ubaid ra : Dunia ibarat seorang lelaki yang tidur lalu dia bermimpi perkara yang disukai dan juga dibencinya. Sedang dia asyik dibuai mimpinya itu, tiba-tiba dia terjaga dari tidurnya.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri