Friday, February 24, 2012

timbangan


Ya Allah! Ya Tuhanku, apabila nama kami dilupakan, kesan kami terhapus serta jasad kami reput dan ingatan pada kami sudah hilang maka tiada siapa lagi yang menziarahi kami dan tiada siapa lagi yang akan ingat pada kami. Ya Allah! Kasihanilah kami pada hari segala rahsia terbuka, yang tersembunyi timbul, segala daftar amalan tersebar dan ditimbang dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Memberi….ameen Ya Rabb.

Thursday, February 23, 2012

Petah




Barang siapa yang mengenal  Allah, maka lidahnya kurang petah..
(Syeikh Abdul Qadir Jailani)


Ya Allah Ya Tuhanku, kenalkan diri kepadaMu sehingga aku mengenalMu....ameen Ya Raab.

Wednesday, February 22, 2012

kuasa


Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada tuhan selain Engkau, hanya kepada Engkau kami bertawakal, Engkau adalah Tuhan Arsy Yang mulia, apa yang Engkau kehendaki akan ada dan apa yang tidak Engkau kehendaki maka tidak ada, tidak ada tipu muslihat dan kekuatan kecuali Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung, aku mengetahui sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya Dialah yang menguasai setiap sesuatu.Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada Engkau dari keburukan diriku sendiri dan setiap keburukan haiwan yang melata. Engkaulah yang memelihara mereka, sesungguhnya Tuhanku, di atas jalan yang lurus. Ameen ya Rabb.

Tuesday, February 21, 2012

Bahagia

 

Tanda-tandanya :

  1. Tiap bertambah ilmunya bertambah pula rendah hatinya.
  2. Tiap bertambah amalnya bertambah pula takutnya kepada Allah
  3. Tiap bertambah umurnya beransur kurang lobanya terhadap keduniaan.
  4. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya bertambah dekatnya pada orang ramai.

Sebaliknya :

  1. Bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya.
  2. Tiap bertambah amalnya, bertambah bongkaknya.
  3. Tiap bertambah umurnya, bertambah pula lobanya lepada harta.
  4. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya.
  5. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah jauhnya dari orang ramai.

Tiap orang akan memperolehi kesenangan selama ia tidak berhasrat menyusahkan orang lain. Tumbuhkanlah lebih dahulu apa yang menjadi kesukaan orang lain, sebelum diri mengemukakan kesukaan diri sendiri. Wallahu'alam.

Ya Allah, ku memohon kesabaran bersamaMu, ketakwaan, kecukupan dan kosong dari segala sesuatu agar sibok denganMu dan diangkatkan hijab antaraku dan Engkau. Belas kasihanilah diri ini dalam takdir dan qadhaMu.

Ya Allah, lapangkanlah diri ini di dunia, zuhudkan padanya dan janganlah Engkau cabut dunia itu dari diri ini juga janganlah Engkau sukakan dunia itu kepadaku lalu diri ini binasa untuk mencarinya……..ameen Ya Rabb.

( Mohd Azizi B Nik Muhammad, Sembang Pagi)

Saturday, February 18, 2012

Menyintainya



—        Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
—        Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
—        Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
—        Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
—        Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
—        Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.
—        Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.
—        Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

Yang pasti
mengapa tidak?
wahai kerjayaku
aku mencintaimu
kernaNya...........

( Mohd Zanal bin Dirin, Putrajaya )

Friday, February 17, 2012

Urutan keutamaan mandian


Jenazah lelaki :

      a)      Ayah, jika tiada berpindah kepada datuk,  ke atas
b)      Anak, jika tiada berpindah ke cucu, ke bawah
c)      Saudara lelaki seibu sebapa
d)      Saudara lelaki sebapa
e)      Anak saudara seibu sebapa
f)       Anak saudara sebapa
g)      Bapa saudara (sebelah ayah) seibu sebapa
h)      Bapa saudara (sebelah ayah) sebapa
i)        Sepupu (seterusnya seperti  urutan pembahagian pusaka)

Jenazah perempuan :

a)      Anak perempuan, cucu perempuan ke bawah.
b)      Ibu, nenek ke atas
c)      Saudara perempuan seibu sebapa
d)      Saudara perempuan sebapa
e)      Anak saudara perempuan seibu sebapa
f)       Anak saudara perempuan sebapa (seterusnya)

(Persediaan ke alam abadi, Zamri Mat Isa)

Thursday, February 16, 2012

Refleksi diri dalam cermin


Dalam sehari berapa kali kita bercermin? Setiap ketika apabila memandang cermin, tidak lain doa yang patut dibaca ialah: “Ya ALLAH, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka Engkau elokkan juga akhlak diriku.”
Tidak mahulah kita dikata orang, muka sahaja cantik tetapi perangai hodoh. Begitu juga, untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat ALLAH, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabbur.

Malah lebih manis lagi apabila saya terkenang nasihat seorang ustazah katanya, agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum lima kali sehari dengan air wuduk.

Kata alim ulama, air sembahyang jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Saya setuju tentang fadilat ini dan tidak payah untuk diamalkan. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa pada waktu-waktunya.

Sekarang dalam dunia moden ini pesan-pesan sebegini senang sahaja untuk dibaca. Boleh ditemui di mana-mana bukan sahaja dalam buku, ada dalam Facebook, blog, video, bahkan ada juga kita terima pesanan tiga para di atas dalam talian telefon.

Namun apakah tindakan kita seterusnya? Apakah mendengarnya dan membacanya sahaja? Kemudian pesan-pesan itu berlalu begitu sahaja, hingga entah bila-bila pesan itu akan datang lagi kepada kita?

Harapnya apabila pesan kali kedua sampai, kita sudah berubah tidak seperti yang dulu lagi. Kehidupan ini memang penuh dengan tekanan demi tekanan. Kadang kala kerana itulah juga muka kita selalu kelihatan kelat sahaja.

Banyak kedut sudah melingkar di wajah. Muka yang dulu ceria, perlahan-lahan sudah pudar dimakan masa. Bukanlah tulisan ini hendak menyalahkan sesiapa, namun wajar juga sesekali kita menyesali diri sendiri.

Apabila menoleh semalam dan kelmarin yang tidak akan datang semula, diri kitalah yang wajar dipersalahkan jika ada pahala yang tercicir.
Atau ada dosa yang kita angkut untuk hari-hari mendatang.
Tuntutan hidup dan pekerjaan kadangkala menenggelamkan serba sedikit rasa kekeluargaan. Dalam masa sama juga urusan dengan jiran juga selalu kita abaikan. Inilah antara punca stres. Maka jumlah pesakit mental juga terus meningkat kepada 15.6 peratus pada 2011 dan semestinya semakin bertambah menjelang akhir 2012.

Kadang-kadang timbul pertanyaan dalam hati apabila melihat status-status kematian pada rakan-rakan di Facebook. Ramai sangat yang menulis Al-Fatihah pada hujung tulisan mereka. Lalu timbul pertanyaan, apakah Al-Fatihah itu hanya pada tulisan?

Betulkah ada bacaan Al-Fatihah yang sempurna dan lengkap sebaik sahaja kita meletakkan noktah pada ucapan itu? Adalah wajar kita ikhlaskan hati tatkala kita melakukan kebaikan. Al-Fatihah kita biarlah sempurna. Jika tidak, jangan tulis kalimat itu!

Sekarang ini, semuanya mahu cepat. Memberi salam pun sekadar `Salam’ atau `Akum’ sahaja. Kebaikan yang kita hendak ternyata hanya senipis kulit bawang sahaja.

Kata seorang ustaz; jika engkau letih melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan hilang. Namun pahalamu sudah tersimpan dan kekal. Jika engkau berlazat dan berseronok berbuat dosa, seronok dan lazat itu juga akan berlalu. Namun dosa dan azabnya masih kekal.

Ini samalah juga kalau kita sakit dan kena berpantang makan namun kita makan juga, sedapnya hanya seketika. Sakit pula bertambah-tambah. Tuhan itu adil. Apa yang positif tetap positif. Begitu juga negatif tetap negatif.

Tidak mengapa jika anda ingin berlama-lama melihat cermin pada hari ini. Lihatlah bibir yang selalu berkata… buruk atau baik. Lihatlah mata yang selalu memandang… perbuatan keji atau pahala. Renunglah tangan, apa yang kita dapat dan ke mana wang kita keluarkan.

Lihatlah seluruh tubuh, sudah cukupkah kita berterima kasih atas kewujudan kita atau kita hidup hanya untuk memenuhkan dunia. Untuk menumpang saja tanpa memberi sedikit pun kebaikan.

Jangan pula kita lihat cermin dan bertanya; wahai cermin hikmat dan berkuasa, siapakah yang paling cantik di dunia ini selain aku yang berada di hadapanmu ini.
 
( Sri Diah, Sinar Harian 16 Feb 2012 )